Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UPSI
Selamat Datang ke Laman Forum SEARAH.

Laman ini adalah Hak Milik sepenuhya oleh Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UPSI.

Anda dikehendaki LOG IN terlebih dahulu untuk memulakan Forum ini.

Sekiranya Anda masih baru, Sila klik butang REGISTER.





~Hidup Warisan Cekak~

sila post kerja kursus anda di thread ini..

Page 3 of 3 Previous  1, 2, 3

View previous topic View next topic Go down

Re: sila post kerja kursus anda di thread ini..

Post  cik syidah on Mon Feb 14, 2011 8:06 pm

NAMA: WAN RASYIDAH BINTI OTHMAN
NO MATRIK: D20091036625



Spoiler:
NAMA: WAN RASYIDAH BINTI OTHMAN
NO MATRIK: D20091036625

SILAT CEKAK 2
SOALAN 1
Pantus Silat Cekak yang telah dikarang oleh Almarhum Ustaz Hanafi n. Ahmad.
Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan
Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri
Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah
Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya
Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat
Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat
Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka
Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.

‘Penghayatan Pantun Silat Cekak dalam kehidupan’
Dewasa ini sering diperdengarkan dengan permasalahan kelunturan semangat sayang akan diri, lantaran ramai dalam kalangan anak muda yang terjebak dengan pelbagai bentuk gejala sosial dan keruntuhan akhlak. Sebagai contoh, di bandar besar dan kecil malahan di kampung pedalaman sekalipun, anak muda kita ramai yang terlibat dengan perlumbaan haram setiap malam minggu dan penagihan dadah. Nyawa dibiarkan melayang begitu sahaja seolah-olah tidak ada harganya lagi atau dengan kata lain "mati katak" telah menjadi sesuatu yang lumrah. Bermacam-macam lagi budaya negatif yang merosakkan nilai ketimuran dan agama telah menjangkiti anak muda kini.
Pantun Silat Cekak hasil karya Almarhum Ustaz Hanafi n. Ahmad adalah amat bermakna di dalam kehidupan apabila dihayati setiap bait perkataan. Rangkap pertama pantun membawa maksud terciptanya silat cekak atas dasar kesedaran dan bukan bertujuan untuk bermusuhan. Silat cekak juga bertujuan mendaulatkan seni kebangsaan dan bersesuaian dengan erti kemerdekaan. Rangkap kedua pantun menceritakan Silat Cekak adalah yang asli dan bukan hasil adaptasi dari mana-mana seni mempertahankan diri. Pesanan juga diberikan apabila berkehendakan mempelajari seni silat cekak mestilah mempelajarinya dengan sepenuh hati dengan tujuan menjaga diri sendiri dan bukan niat sebaliknya. Ini melahirkan masyarakat yang saling menyayangi dan bertanggungjawab antara satu sama lain.
Pantun Silat Cekak pada rangkap ketiga membawa maksud Silat Cekak merupakan seni mempertahankan diri yang mudah bagi mereka yang mendapat hidayah. Namun setiap ahli harus tabah dalam setiap dugaan yang menimpa. Harapan agar mendapat faedah daripadanya. Rangkap keempat menceritakan Silat Cekak pada lahirnya merupakan pengertian gerak pada batin. Setiap pengamal hendaklah mahir pada seluruh anggota dan hendaklah jujur pada jiwanya. Ini jelas menggambarkan ilmu bela diri merupakan satu cabang ilmu (jasmani dan rohani) yang digunakan untuk menjaga diri secara bersistem. Berdasarkan takrifan oleh Silat Cekak, silat bermaksud gerak bela diri orang Melayu. Gerak ini pada hakikatnya bukan kita punya tetapi dikurniai oleh Allah kepada hambanya. Oleh itu silat sebenarnya merangkumi kedua-dua aspek iaitu gerak zahir dan batin. Zahirnya perlu mahir dan batinnya pula kuat mentauhidkan Allah. Sejarah lampau telah membuktikan betapa silat Melayu telah menjadi wasilah di dalam menjaga agama, bangsa dan negara dari berbagai bentuk ancaman luar dan dalam. Silat Cekak menjelaskan secara mendalam tentang konsep diri dan mengenal diri untuk mengenal pencipta-Nya.
Pada rangkap kelima, pesanan tentang keberkataan ilmu apabila menghormati dan taat pada guru. Keberkatan dapat dilihat apabila dipermudahkan dalam pembelajaran walaupun tempohnya sedikit. Pesanan agar tidak menderhaka pada guru juga disampaikan agar tidak menjadi mudarat dan semua ilmu hilang. Pantun Silat Cekak rangkap keenam membawa maksud guru adalah hakikat dan dikuatkan dengan amalan syariat, ditambah pula ilmu makrifat dan berpakaian oula dengan isyarat. Pesanan yang disampaikan pada rangkap ketujuh pula ialah agar tidak menderhaka kepada kedua ibubapa kerana terlalu besar jasa mereka kepada kita. Jika menderhaka kepada kedua ibubapa, bahaya akan menimpa apabila di akhirat akan dimasukkan ke dalam neraka. Rangkap terakhir menceritakan yang kita wajib menjaga diri sendiri dan menerimanya sebagai amanah Tuhan Rabbi. Semoga menjadi mukmin sejati demi menegakkan Islam yang suci.












SOALAN 2
Senaraikan 20 buah peringkat jatuh serta pecahannya (jika ada) berserta gambar dan tuliskan pemakan bagi setiap buah tersebut.
Bil Senarai Buah Sasarannya
1 Buah Pertama
Rusuk dan Liang ketiak
2 Buah Keputusan Gayung Fatani Pecahan Pertama


Khalkum dan Mata
3 Buah Keputusan gayung Fatani Pecahan Kedua

Kaki dan kunci pelipat
4 Buah Keputusan Gayung Fatani Pecahan Ketiga

Tangan dan kaki
5 Buah Keputusan Gayung Fatani Pecahan Keempat
Kaki dan tangan
6 Buah Sendeng Atas
Dagu, Sendi, Lengan dan Rusuk
7 Buah Kilas Belakang

Khalkum
8 Buah Kilas Hadapan
Dada dan Muka
9 Buah Kidong Kiri
Sendi, Lengan dan Rusuk
10 Buah Kuntau Jatuh
Dagu atau Khalkum
11 Buah Kuntau Kiri
Lengan
12 Buah Kuntau Kiri Gantung

Lengan dan Pelipat
13 Buah Kuntau Kanan Gantung
Pelipat dan Tangan
14 Buah Hentak
Liang ketiak
15 Buah Ali Patah Atas
Khalkum dan Tangan
16 Buah Ali Patah Sudah Pecahan Pertama
Khalkum dan Leher
17 Buah Selendang
Lengan, Dada dan Siku
18 Buah Gari Pecahan Pertama
Leher dan Tangan
19 Buah Gari Gunting
Leher dan Tangan
20 Buah Paras Pecahan Pertama

Tengkok dan Leher
21 Buah Paras Pecahan Kedua
Tengkok dan Leher
22 Buah Paras pecahan Ketiga

Tengkok, Leher, Sendi tangan
23 Buah Keputusan Pasung Kemanga
Tangan dan Leher
24 Buah Keputusan Terlak
Tangan dan Lengan
25 Buah Keputusan Lintau
Perut dan Leher
26 Buah Hempok

Kepala dan Badan



cik syidah
New Member
New Member

Posts : 3
Join date : 2011-02-14

Back to top Go down

HASNOR IZZATI BINTI CHE RAZALI (D20091035119)

Post  d035119 on Mon Feb 14, 2011 8:06 pm

NAMA : HASNOR IZZATI BINTI CHE RAZALI
NO.MATRIK : D20091035119



Spoiler:
UKK 2241
SILAT CEKAK II

KERJA KURSUS INDIVIDU KO-CEKAK 2

NAMA : HASNOR IZZATI BINTI CHE RAZALI
NO.MATRIK : D20091035119
PROGRAM : PENDIDIKAN SAINS (AT16)

TENAGA PENGAJAR: ENCIK ROSLAN BIN MOHAMMAD




Soalan 1:
-Tuliskan Pantun Silat Cekak yang telah dikarang oleh Almarhum Ustaz Hj Hanafi Bin Hj Ahmad.

Jawapan:

Pantun Silat Cekak
Lahirnya Cekak kerana kesedaran,
bukan bermusuh sebagai tujuan,
untuk mendaulatkan seni kebangsaan,
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan.

Silat Cekak benar-benar asli,
tidak bercampur hak luar negeri,
hendaklah belajar bersungguh hati,
untuk menjaga diri sendiri.

Wajiblah menjaga diri sendiri,
menerima amanah Tuhan Rabbi,
supaya menjadi mukmin sejati,
demi menegak Islam yang suci.

Silat Cekak tersangatlah mudah,
bagi mereka yang mendapat hidayah,
sungguhpun begitu hendaklah tabah,
InsyaAllah mendapat faedah.

Silat Cekak pada lahirnya,
pengertian gerak pada batinnya,
hendaklah mahir seluruh anggota,
hendaklah jujur pada jiwanya.

Sebenar guru ada hakikat,
dikuat pula amalan syariat,
ditambah pula ilmu makrifat,
berpakaian pula dengan isyarat.

Taat ke guru membawa berkat,
sedikit belajar banyak yang dapat,
jika menderhaka menjadi mudarat,
semua ilmu tiada yang lekat.

Dua ibu bapa tak boleh derhaka,
besar jasanya kepada kita,
kalau menderhaka bahaya menimpa,
di akhirat kita masuk neraka.

Nukilan Oleh : Allahyarham Ustaz Hanafi Haji Ahmad














-Tulis sebuah esei bertajuk "Penghayatan Pantun Silat Cekak Dalam Kehidupan". Panjang esei adalah sekitar
300-500 patah perkataan.

Jawapan:

Ilmu bela diri merupakan satu cabang ilmu jasmani dan rohani yang digunakan untuk menjaga diri secara bersistem. Kepada orang Melayu, ilmu bela diri dikenali sebagai silat atau gayung. Berdasarkan takrifan oleh Silat Cekak, silat bermaksud gerak bela diri orang Melayu. Gerak ini pada hakikatnya bukan kepunyaaan kita tetapi dikurniai oleh Allah kepada hambanya. Oleh itu silat sebenarnya merangkumi kedua-dua aspek iaitu gerak zahir dan batin. Zahirnya perlu mahir dan batinnya pula kuat mentauhidkan Allah. Sejarah lampau telah membuktikan betapa silat Melayu telah menjadi wasilah di dalam menjaga agama, bangsa dan negara dari berbagai bentuk ancaman luar dan dalam. Di samping penjelasan tentang diri, Silat Cekak juga menjelaskan tentang komponen diri. Diri kita terdiri daripada dua komponen asas iaitu yang zahir dan yang batin, kedua-duanya perlu dididik agar seimbang. Pendidikan yang diterapkan menerusi Seni Silat Cekak Malaysia mampu menjadi salah satu elemen utama ketahanan diri dan seterusnya mengekalkan jati diri pengamalnya.

Guru, ibu dan bapa merupakan tiga orang yang tidak memiliki sifat dengki dan sentiasa mengharapkan atau mendoakan kejayaan murid dan anak-anaknya. Tidak boleh derhaka kepada guru, ibu dan bapa ialah perintis kepada konsep mengenang jasa dan tatatertib dalam menuntut ilmu. Tiada ibu dan bapa, maka takkan wujud kita di dunia. Manakala tanpa guru pula, tiadalah kita menjadi seseorang yang berilmu. Implkasi atau kesan daripada menderhaka kepada guru ialah ilmu yang diperolehi tidak mendapat berkat di dunia dan di akhirat. Istilah seperti ‘ilmu tak menjadi’, ‘ilmu menjadi tawar’, ‘ilmu makan diri’ dan sebagainya juga amat berkait rapat dengan kesan derhaka kepada guru. Ilmu yang tidak menjadi dan tidak bermanfaat akan merugikan diri pengamalnya.

Dengan berkat dan didikan guru, kita akan terhindar daripada melakukan kerja-kerja mungkar dan sifat buruk seperti khianat, rasuah, ego, berbohong dan sebagainya. Melalui gurulah kita akan dididik untuk mentaati Rasulullah SAW dan Allah SWT. Gurulah yang kita dapat lihat secara lahiriah untuk mendidik kita mentaati yang ghaib dan tidak terlihat menerusi mata kasar. Guru juga merupakan seorang yang kebih arif. Menghormati orang yang lebih arif merupakan tanggungjawab setiap idividu kerana Rasulullah SAW sangat mencintai orang yang menghargai ilmu. Bahkan Saidina Ali ra. sendiri pernah berkata : "Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat (sunat) dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapatlah suatu kekosongan dalam Islam yang tidak dapat ditutup selain oleh penggantinya atau orang yang berilmu juga".

Keredhaan Allah itu bergantung kepada keredhaan ibu bapa terhadap kita. Di dalam Islam orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya termasuk ke dalam kategori dosa besar setelah mensyirikkan Allah, dan akan di masukkan ke dalam neraka. Bagi orang yang tidak menghormati kedua ibu bapanya maka hukumnya berdosa besar. Begitu juga jika tidak menghormati orang lebih tua daripada kita, baik tua dari segi usia mahupun tua atau matang dari segi ilmu pengetahuan seperti seorang guru. Taatilah mereka selagi mana tidak bercanggah dengan hukum Islam. Kesimpulannya, pendidikan dalam Seni Silat Cekak juga berupaya melahirkan anggota masyarakat yang sayang akan diri, agama, bangsa dan negara dan seterusnya menjadikan pengamalnya selamat di dunia dan di akhirat.












Soalan 2:
Senaraikan 20 buah peringkat jatuh serta pecahannya (jika ada) berserta gambar dan tuliskan pemakan bagi setiap buah-buah tersebut.

Jawapan:

BUAH JATUH
1) PERTAMA
2) KEPUTUSAN GAYUNG FATANI - PECAHAN PERTAMA
- PECAHAN KEDUA
- PECAHAN KETIGA
3) KEPUTUSAN SENDENG ATAS
4) KILAS BELAKANG
5) KILAS HADAPAN
6) KIDONG KIRI
7) KUNTAU JATUH
Cool KUNTAU KIRI
9) KUNTAU KIRI GANTUNG
10) KUNTAU KANAN GANTUNG
11) HENTAK
12) ALI PATAH ATAS
13) ALI PATAH SUDAH - PECAHAN PERTAMA
- PECAHAN KEDUA
14) SELENDANG
15) GARI - PECAHAN PERTAMA
- GARI GUNTING

16) PARAS - PECAHAN PERTAMA
- PECAHAN KEDUA
- PECAHAN KETIGA

17) KEPUTUSAN PASUNG KEMANGA
18) KEPUTUSAN TERLAK
19) KEPUTUSAN LINTAU
20) HEMPOK



SENARAI BUAH JATUH BERSAMA PEMAKAN

1) BUAH PERTAMA
Pemakan: - Khalkum
- Dada
- Penyawa

2) BUAH KEPUTUSAN GAYUNG FATANI
- GAYUNG FATANI PECAHAN PERTAMA
Pemakan: - khalkum
- Dada
- Penyawa

- GAYUNG FATANI PECAHAN KEDUA
Pemakan: - Tangan
- Bahagian dada

- GAYUNG FATANI PECAHAN KETIGA
Pemakan: - belakang lengan
-belakang tengkuk

3) BUAH KEPUTUSAN SENDENG ATAS
Pemakan: - belakang lengan
- belakang lengan

4) BUAH KILAS BELAKANG
Pemakan: - belakang tengkuk
- lengan

5) BUAH KILAS HADAPAN
Pemakan: - Dada
- Muka

6) BUAH KIDONG KIRI
Pemakan: - belakang lengan
- belakang tengkuk

7) BUAH KUNTAU JATUH
Pemakan: - Penyawa

Cool BUAH KUNTAU KIRI
Pemakan: - belakang tengkuk

9) BUAH KUNTAU KIRI GANTUNG
Pemakan: - Tengkuk

10) BUAH KUNTAU KANAN GANTUNG
Pemakan: - Kedua-dua sendi lengan

11) BUAH HENTAK
Pemakan: - Penyawa
- Dada
- Muka
-Ketiak

12) BUAH ALI PATAH ATAS
Pemakan: - Rusuk muda

13) BUAH ALI PATAH SUDAH
- ALI PATAH SUDAH PECAHAN PERTAMA
Pemakan: - khalkum

- ALI PATAH SUDAH PECAHAN KEDUA
Pemakan: - khalkum


14) BUAH SELENDANG
Pemakan: - Dada
- Pematahan siku

15) BUAH GARI
- GARI PECAHAN PERTAMA
Pemakan: - Leher

- GARI GUNTING
Pemakan: - Leher

16) BUAH PARAS
- PARAS PECAHAN PERTAMA
Pemakan: - leher

- PARAS PECAHAN KEDUA
Pemakan: - Leher

- PARAS PECAHAN KETIGA
Pemakan: - Sendi tangan

17) BUAH KEPUTUSAN PASUNG KEMANGA
Pemakan: - Leher

18) BUAH KEPUTUSAN TERLAK
Pemakan: - Tangan
- Bahagian dada

19) BUAH KEPUTUSAN LINTAU
Pemakan: - Perut
- Leher

20) BUAH HEMPOK
Pemakan: - Rusuk muda

d035119
New Member
New Member

Posts : 6
Join date : 2010-07-24
Location : KHAR

Back to top Go down

AFIDA BINTI AHMAD PAHMIN D20091034795

Post  p9 on Mon Feb 14, 2011 10:06 pm

AFIDA BINTI AHMAD PAHMIN
D20091034795



Spoiler:



SOALAN 1
PANTUN SILAT CEKAK
Oleh: Almarhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad


Lahirnya Cekak kerana kesedaran,
Bukan bermusuh sebagai tujuan,
Untuk mendaulatkan seni kebangsaan,
Menyesuaikan dengan makna kemerdekaan.

Silat Cekak benar-benar asli,
Tidak bercampur hak luar negeri,
Hendaklah belajar sesungguh hati,
Untuk menjaga diri sendiri.

Wajiblah menjaga diri sendiri,
Menerima amanah tuhan Rabbi,
Supaya menjadi mukmin sejati,
Demi menegak Islam yang suci.

Silat Cekak tersangatlah mudah,
Bagi mereka yang mendapat hidayah,
Sungguhpun begitu hendaklah tabah,
Insya Allah mendapat faedah.

Silat Cekak pada lahirnya,
Pengertian gerak pada batinnya,
Hendaklah mahir seluruh anggotanya,
Hendaklah jujur pada jiwanya.


Sebenar guru ada Hakikat,
Dikuat pula amalan Syariat,
Ditambah pula Ilmu Maarifat,
Berpakaian pula dengan isyarat.

Taat ke guru membawa berkat,
Sedikit belajar banyak yang dapat,
Jika menderhaka menjadi mudarat,
Semua ilmu tiada yang lekat.

Dua ibu bapa tak boleh derhaka,
Besar jasanya pada kita,
Kalau menderhaka bahaya menimpa,
Di akhirat kita masuk neraka.



SOALAN 1 (ii)

Berdasarkan pantun yang dikarang oleh Almarhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad, terdapat pelbagai makna yang tersirat di dalamnya dan perlu difahami oleh semua orang terutamanya kepada ahli-ahli Silat Cekak Ustaz Hanafi supaya setiap ahli silat dapat menghayati dan membawa maksud yang tersirat ini ke dalam kehidupan mereka.

Dalam pantun ini ada menyatakan bahawa Silat Cekak ini diciptakan bukan untuk bermusuh atau berlawan sesama sendiri. Silat di Malaysia adalah satu seni yang amat dibanggakan kerana sejarah negara terdahulu ada menceritakan pejuang-pejuang Melayu tanah air berlawan dengan orang-orang asing yang menawan negara hanya menggunakan seni silat sahaja bukan menggunakan senjata-senjata api. Mereka hanya menggunakan keris, parang, lembing dan sebagainya semasa mengiringi langkah silat dalam menghadapi musuh. Oleh itu, ahli-ahli silat cekak janganlah sengaja mencari musuh kerana silat ini dihasilkan bukan bertujuan ke arah itu. Silat cekak digunakan untuk mempertahankan diri daripada bahaya yang mendatang.

Pantun ini juga ada menyatakan supaya ahli-ahli Silat Cekak Ustaz Hanafi bersungguh-sungguh dalam mempelajari seni silat ini. Hal ini kerana, apabila latihan dilakukan dan para pesilat hanya melakukan latihan secara sambil lewa sahaja, ia akan menyebabkan pesilat menghadapi kesulitan apabila bahaya atau musuh menghampiri mereka, mereka tidak akan dapat menghadapinya dengan baik dan akhirnya akan membahayakan diri sendiri sahaja. Oleh itu, para pesilat mestilah berada dalam keadaan serius dan bersungguh-sungguh ketika latihan dilakukan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Apabila kita sering mengamalkan sikap bersungguh-sungguh ini, maka setiap perkara yang kita lakukan juga akan dilakukan bersungguh-sungguh.

Mempelajari silat cekak hendaklah sentiasa tabah supaya setiap pelajaran atau pergerakan silat yang diterima boleh diambil dengan mudah dan juga akan memberi faedah yang baik kepada pesilat. Sebagai contoh dalam mempelajari Silat Cekak itu sendiri, apabila latihan mengajar buah dilakukan, para pelatih akan memberikan buah-buah asas dahulu barulah memberikan buah-buah jatuh kepada ahli-ahli silat. Hal ini kerana, bagi memudahkan para pesilat dapat mengikutinya satu persatu dan seterusnya dapat mengaplikasikannya dengan mudah. Jika para pesilat dapat mengikutinya secara tabah dan bersungguh-sungguh maka mereka akan mendapat pelbagai kebaikan dari segi kemahiran, sikap dan
persembahan yang lebih baik. Sifat tabah itu sangat penting dalam kehidupan kita kerana sifat ini mencerminkan bagaimana seseorang itu dapat menguruskan kehidupannya dengan lebih lancar dan teratur.

Silat Cekak juga mengajar ahli-ahli silat untuk bersikap jujur dalam semua perkara. Hal ini kerana, niat seseorang untuk belajar silat perlulah dibetulkan supaya tidak terkeluar dari landasan yang sepatutnya. Jika hati seseorang itu bersih dan jujur, maka setiap amal perbuatannya akan lebih bermakna. Misalnya, pembelajaran silat ini memerlukan jiwa yang jujur dan bersih supaya setiap pergerakan yang diajar akan mudah diterima dan diguna pakai secara mahir. Sentiasa bersikap jujur akan membawa kepada jiwa yang lebih tenang dan harmoni serta menghasilkan tindakan yang sebenarnya berfaedah kepada diri itu sendiri.

Pantun ini juga ada menyatakan supaya para pesilat dilarang sama sekali untuk menderhaka kepada guru dan juga ibu bapa. Silat Cekak mempunyai lima pantang larang yang tersendiri iaitu tidak boleh derhaka kepada guru, tidak boleh derhaka kepada ibu, tidak boleh derhaka kepada bapa, tidak boleh bergaduh sesama ahli dan tidak boleh mencaci silat Melayu yang asli. Dalam pantun ini pula lebih menekankan kepada tidak boleh derhaka kepada guru dan ibu bapa. Jika kita mendengar kata-kata guru, maka kita akan dapat belajar dengan baik dan mudah. Sebaliknya berlaku apabila kita menderhaka kepada guru, maka semua ilmu yang dipelajari mudah hilang dan tidak lekat dalam kepala dan juga hati kita. Selain itu, menderhaka kepada ibu bapa juga tidak dibenarkan. Hal ini kerana, ibu bapa membesarkan kita sejak kecil hingga dewasa. Jasa mereka kepada anak-anak sangat besar. Jika anak-anak menderhaka kepada ibu bapa, bahaya akan menimpa mereka serta di akhirat kelak anak-anak akan dimasukkan ke neraka kerana perbuatan menderhaka ini sangat berdosa besar. Oleh itu, hormati ibu bapa dan guru serta orang di sekeliling kita supaya mereka juga turut menghormati kita.

Kesimpulannya, pantun Silat Cekak perlulah dihayati dengan sebaiknya kerana nilai yang diterapkan dalam pantun ini sangatlah banyak dan mestilah menerapkan nilai itu di dalam kehidupan kita. Nilai-nilai seperti bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara, tabah, jujur, tidak menderhaka kepada ibu bapa dan guru serta sebagainya perlulah dititik beratkan supaya kita menjadi insan yang berguna pada ibu bapa, guru, masyarakat, diri sendiri dan yang lebih utama adalah menjadi insan yang mulia di sisi Allah S.W.T..



SOALAN 2

1.BUAH PERTAMA
Pemakan: Rusuk kiri, bahagian leher atau halkum, dada dan penyawa.

2.(i) BUAH KEPUTUSAN GAYUNG FATANI PECAHAN PERTAMA
Pemakan: Bahagian leher atau halkum, dada dan penyawa.

(ii) BUAH KEPUTUSAN GAYUNG FATANI PECAHAN KEDUA
Pemakan: Muka, penyawa dan dada.

(iii) BUAH KEPUTUSAN GAYUNG FATANI PECAHAN KETIGA
Pemakan: Lengan dan belakang tengkuk.

3.BUAH KEPUTUSAN SENDENG ATAS
Pemakan: Bawah dagu, lengan dan belakang tengkuk.

4.BUAH KILAS BELAKANG
Pemakan: Leher atau halkum.

5.BUAH KILAS HADAPAN
Pemakan: Bahagian dada dan bahagian muka.

6.BUAH KIDONG KIRI
Pemakan: Rusuk dan lengan.

7.BUAH KUNTAU JATUH
Pemakan: Bawah dagu, dada, muka dan penyawa.

8.(i) BUAH KUNTAU KIRI
Pemakan: Lengan dan belakang tengkuk.

(ii) BUAH KUNTAU KIRI GANTUNG
Pemakan: Pelipat, leher atau tengkuk.

9.BUAH KUNTAU KANAN GANTUNG
Pemakan: Pelipat dan lengan.

10.BUAH HENTAK (KEPUTUSAN SILAT HARIMAU)
Pemakan: Penyawa, dada dan muka.

11.BUAH ALI PATAH ATAS
Pemakan: Leher atau halkum, pelipat dan rusuk muda.

12.BUAH ALI PATAH SUDAH
Pemakan: Leher dan halkum.

13.BUAH SELENDANG
Pemakan: Leher atau halkum, lengan dan siku serta penyawa.

14.(i) BUAH GARI
Pemakan: Rusuk muda, lengan dan leher.

(ii) BUAH GARI GUNTING
Pemakan: Rusuk muda, lengan dan leher.

15.(i) BUAH PARAS PECAHAN PERTAMA
Pemakan: Lengan, belakang tengkuk dan belakang telinga.

(ii) BUAH PARAS PECAHAN KEDUA
Pemakan: Lengan, belakang tengkuk dan leher.

(iii) BUAH PARAS PECAHAN KETIGA
Pemakan: Lengan, belakang tengkuk, leher dan sendi tangan.

16.BUAH KEPUTUSAN PASUNG KEMANGA
Pemakan: Lengan, pelipat dan leher.

17.BUAH KEPUTUSAN TERLAK
Pemakan: Dada atau penyawa dan lengan.

18.BUAH KEPUTUSAN LINTAU
Pemakan: Perut dan leher.

19.BUAH HEMPUK
Pemakan: Rusuk muda.

20.BUAH LUNCUR
Pemakan: Leher dan halkum.











[img][/img]

p9
New Member
New Member

Posts : 4
Join date : 2010-07-23

Back to top Go down

AMEERA BINTI YAHYA D20091034814

Post  assifjiddan on Tue Feb 15, 2011 2:00 am

NAMA : AMEERA BINTI YAHYA
NO. MATRIK : D20091034814


Spoiler:
KERJA KURSUS INDIVIDU
CUL 2021: SILAT CEKAK II


TENAGA PENGAJAR : EN. ROSLAN BIN MOHAMAD
NAMA : AMEERA BINTI YAHYA
NO. MATRIK : D20091034814
SEM : SEM 4
PROGRAM : IJAZAH SARJAN MUDA PENDIDIKAN BIOLOGI
(AT11)
KUMPULAN : A

1.0 PANTUN SILAT CEKAK YANG TELAH DIKARANG OLEH ALMARHUM USTAZ HJ HANAFI BIN HJ AHMAD.

Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan

Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri

Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah

Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya

Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat

Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat

Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka

Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci

2.0 ESEI BERTAJUK "PENGHAYATAN PANTUN SILAT CEKAK DALAM KEHIDUPAN"

Silat Cekak menjelaskan secara mendalam tentang konsep diri dan mengenal diri untuk mengenal pencipta-Nya. Dengan kata lain silat ini bertunjangkan akidah dan kepercayaan yang kukuh dan keikhlasan serta sentiasa mengamalkannya ke arah kebaikan. Tujuan utama Seni Silat Cekak adalah menekankan konsep menjadi hamba Allah S.W.T ialah agar kita sentiasa ikhlas dalam menjalankan tugas dalam kehidupan kita seharian.

Setiap manusia itu sendiri daripada dua komponen asas iaitu yang zahir dan yang batin, kedua-duanya perlu dididik dan dibentuk agar ia seimbang. Silat juga melambangkan seni kedaulatan bela diri dalam kalangan orang Melayu. Seni kedaulatan silat melambangkan identiti diri, bangsa dan negara kita yang tercinta.

Silat Cekak ini juga sering menekankan bahawa mempelajari silat ini bukan untuk bermegah-megah tetapi semata-mata untuk menjaga diri. Keadaan persekitaran pada masa kini yang kurang selamat menyebabkan banyak kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas diri kita mahupun keluarga tersayang. Silat cekak juga menekankan keselamatan orang lain dan menjauhi sikap pentingkan diri sendiri sekiranya melihat orang lain dalam kesusahan.

Di samping itu Silat Cekak juga menekankan agar kita menghargai nyawa yang Tuhan kurniakan kepada kita. Nyawa merupakan amanah Tuhan yang perlu dijaga sebaik mungkin. Konsep sayang akan diri akan berkembang menjadi sayangkan budaya warisan sendiri seterusnya akan melahirkan jiwa patriotik yang sayang berusaha mempertahankan akan bangsa dan negara.

Dengan berkat dan didikan guru, kita akan terhindar daripada melakukan kerja-kerja mungkar dan sifat buruk seperti khianat, rasuah, ego, berbohong dan sebagainya. Melalui gurulah kita akan dididik untuk mentaati Rasulullah dan Allah. Guru, ibu dan bapa merupakan tiga orang yang tidak memiliki sifat dengki dan sentiasa mengharapkan kebaikkan dan mendoakan kejayaan murid dan anak-anaknya.

Kesimpulannya penghayatan pantun dalam Seni Silat Cekak berupaya melahirkan anggota masyarakat yang sayang akan diri, agama, bangsa dan negara dan seterusnya menjadikan pengamalnya selamat di dunia dan di akhirat. Seni silat ini harus dipertahankan untuk kebaikan kita bersama serta dapat diperturunkan kepada generasi yang seterusnya.

3.0 BUAH JATUH

Peringkat buah jatuh merupakan lanjutan dari buah asas, iaitu menangkis serangan dan menjatuhkan lawan. Pada peringkat ini setiap buah akan diajar hingga sempurna termasuk teknik-teknik pemakan dan kuncinya sekali. Ini bermakna bahawa semua buah akan diajar hungga sempurna. Buah jatuh ini telah dicipta oleh pengasas silat ini dengan sungguh teliti dengan mengambil kira faktor masa, kesesuaian pergerakan anggota. Semasa membuat buat jatuh ini, penuntut hendaklah mengetahui natijah dan cara melakukan buah jatuh.

1) Pertama
Pelipat dan tangan penyerang dikunci., sementara halkum, dada, dan penyawa menjadi sasaran terakhir.

2) Gayung Fatani Pecahan Pertama
Terdapat empat pecahan bagi buah jatuh . Satu untuk bertindak terhadap penyerang yang menarik balik penumbuk untuk mengubah ke cara serangan yang lain. Ini akan mengakibatkan penyerang akan dijatuhkan, dikunci pelipat dan tangannya serta halkumnya, penyawa menjadi sasaran terakhir.

3) Gayung Fatani Pecahan Kedua
Pecahan kedua pula digunakan sekiranya musuh melangkah ke hadapan untuk menyerang semula dengan menggunakan kaki. Akibatnya penyerang akan dikunci pelipatnya.

4) Gayung Fatani Pecahan Ketiga
Pecahan ketiga pula digunakan untuk menangkis musuh apabila musuh mengguanakn kaki untuk menyepak rusuk atau paha pengamal. Akibatnya kaki penyerang akan dikunci dengan tangan dicelah kangkangnya dan pelipat kaki yang satu lagi dikunci rapat ke bumi.

5) Gayung Fatani Pecahan Ke Empat
Pecahan Keempat pula untuk penyerang yang cuba turunkan badan ke bawah dengan niat untuk menyepak kaki pengamal. Akibatnya pelipat kaki dan tangan akan dikunci rapat. Sebagai kesimpulan keputusan buah gayung fatani ini ialah membuat pukulan dan kuncian pada gerakan kedua penyerang. Penyudahnya mengikut rentak lanjut pergerakan kedua penyerang tersebut.

6) Keputusan Sendeng Atas
Buah yang dapat memeranjatkan penyerang dengan tangandan rusuk menjadi sasaran. Matlamat terakhir ailah mengunci kaki dan tangan penyerang rapat ke bumi.

7) Kilas Belakang.
Buah yang dapat menjatuh dan mengunci sehingga hilang pertimbangan dan tidak bergerak.

Cool Kilas Hadapan
Buah yang dapat digunakan untuk menangkis serangan tangan dari bawah termasuklah layangan kerambit dan menagkis serangan kaki yang ditujukan ke perutdan ke bawah. Buah ini ditujukan ke perut dank e bawah. Buah ini mengakibatkan tangan penyerang dikunci berserta lehernya, manakala sasaran terakhirnya ialah dada dan muka.

9) Kidong Kiri
Buah yang dapat digunakan secara teristimewa untuk menangkis serangan secara simbar, dengan tangan dan kaki penyerang dikunci rapat.

10) Kuntau Jatuh
Buah yang dapat menjatuhkan penyerang secara cepat dengan kakinya dikunci kemas. Sasaran terakhir adalah nyawa penyerang.

11) Kuntau Kiri
Buah pantas yang dapat mengunci kaki dan tangan penyerang rapat ke bumi dengan cepat.
Sasaran terakhirnya ialah membuat panyerang memakan pasir.

12) Kuntau Kiri Gantung
Buah yang akan menyebabkan keseimbangan lawan tergugat secara memeranjatkan. Kaki penyerang akan terkunci dan pemakan terakhir adalah tengkuk penyerang.

13) Kuntau Kanan Gantung
Penyerang akan dikunci kakinya dengan kemas dan buah ini dapat mencabutkan kedua-dua sendi lengan penyerang.

14) Hentak
Buah Hentak (Keputusan Sialt Harimau). Kaedah mudah untuk yang dapat menjatuhkan penyerang ke bumi dengan tiba-tiba. Pemakan terakhirnya ialah penyawa, dada dan muka.

15) Buah Ali Patah
Buah ini dapat mengunci kedua-dua tangan penyerang dengan sebelah tangan pengamal sahaja, manakala kaki penyerang akan terkunci rapat ke bumu. Penekanan terakhirnya dalah rusuk muda.

16) Ali Patah Sudah
Kedua-dua pecahan Ali Patah Sudah ini akan menyebakan leher lawan terkunci . Ia hanya kan sudah dengan halkum penyerang terjerut akibat henjutan mudah.

17) Selendang
Buah ini akan menyelendangkan tangan penyerang secara kemas. Pemakanya yang terakhir ialah dada penyerang dan pematahan siku.

18) Gari Pecahan Pertama
Leher penyerang akan dikunci kemas beserta dengan tangannya sekali. Kemudian diturunkan ke bumi dengan tangan masih terkunci. Pemakan yang terakhir ialah leher penyerang.

19) Gari Gunting
Kaedah yang dapat mengacip leher penyerang dengan menggunakan kombinasi kaki dan tangan penyerang. Tangan penyerang juga dapat dikunci dengan kemas.

20) Paras Pecahan Pertama
Tamparan dan tetakan yang yang akan menyebabkan penyerang terperanjat dan hilang ingatan seketika. Tangan musuh dikunci dan siku pengamal menekan leher penyerang menyebakan kesakitan yang amat sangat.

21) Paras Pecahan Kedua
Buah ini dapat membuatkan penyerang hilang ingatan seketika. Ia mempunyai kuncian menyeluruh dan kemas dan seluruh anggota penyerang tidak dapat bergerak.

22) Paras Pecahan Ketiga ( Min Ha Min Dal )
Buah ini juga menyebakan penyerang hilang ingatan seketika. Tangan penyerang akan dikunci menggunakan kaki, menyebakan mereka tidak dapat bergerak. Sasaran terakhir akan dapat mematahkan sendi tangan penyerang.

23) Keputusan Pasung Kemanga
Tamparan yang terdapat dalam kaedah buah ini akan menyebakan penyerang terperanjat dan jika bersenjata akan terlepas senjatanya. Tangan dan kaki penyerang akan dikunci kemas seola-olah dipasung dan tidak dapt bergerak lagi. Pukulan terakhir ialah leher penyerang.

24) Keputusan Terlak
Buah ini sangat sesuai untuk menangkis serangan tangan kosong atau senjata pendek yang dilakukan secara tikaman dari luar. Ia mempunyai kaedah kuncian tangan yang istimewa, tangan penyerang akan dikunci yang kedudukannya akan menyebabkan seluruh anggotanya tidak dapat bergerak. Tangan penyerang juga boleh dipatahkan.

25) Lintau
Buah ini mempunyai kaedah tamparan yang akan memeranjatkan dan menggoyahkan badan penyerang. Sasaran pukulan terakhirnya adalah perut dan leher penyerang.

26) Hempok
Istimewa untuk menghadapi serangan musuh yang ditujukan ke bahagian kepala, badan musuh akan dijatuhkan terlangkup. Manakala kaki dan tangan dikunci dengan kemas.

assifjiddan
New Member
New Member

Posts : 7
Join date : 2011-01-22
Location : PASIR PUTEH, KELANTAN

Back to top Go down

ASGMENT INDIVIDU SILAT CEKAK 2

Post  khairun on Tue Feb 15, 2011 2:09 am

KHAIRUN NADZIRAH BINTI MOHD SAID
D20091036193



Spoiler:
KHAIRUN NADZIRAH BINTI MOHD SAID
D20091036193

Soalan 1

Tuliskan pantun silat cekak yang telah dikarang oleh Slmsrhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad

Pantun Silat Cekak
Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan
Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri
Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.
Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah
Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya
Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat


Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat
Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka

Nukilan Oleh : Allahyarham Ustaz Hanafi Haji Ahmad

Penghayatan Pantun Silat Cekak Dalam Kehidupan

Jika negara China terkenal dengan Kungfunya, di negara Korea terkenal dengan Taekwando, manakala Jepun pula terkenal dengan seni mempertahankan diri Judonya, Thailand pula gagah dengan seni mempertahankan diri Tomoinya ataupun Muay Thay dan nusantara pula yang majoritinya meliputi kaum melayu bangga dengan seni mempertahankan dirinya iaitu silat. Salah satu seni mempertahankan diri di Malaysia ialah silat cekak ustaz hanafi. Silat cekak ustaz hanafi yang telah diterajui oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi binHaji Ahmad pada masa dahulu sedikit sebanyak telah memberikan impak kepada dunia seni mempertahankan diri silat-silat melayu. Silat cekak ustaz hanafi ini banyak memberikan kesan positif baik kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain dan juga negara. Hal ini telah dijelaskan oleh Allahyarham Ustaz Hanafi Haji Ahmad sendiri dalam sebuah pantun hasil nukilannya sendiri.

Jika kita lihat pada perenggan pertama pantun ada menyebut bahawa silat cekak ini adalah untuk mensesuaikan dengan kemerdekaan. Jika kita lihat sejarah dahulu, pejuang-pejuang Melayu yang dikatakan sebagai penentang kepada orang-orang Inggeris memiliki kemahiran dalam seni silat itu sendiri. Sejarah mencatatkan Tun Perak (Melaka), Hang Tuah (Melaka), Megat Terawih (Perak), Tengku Kudin (Selangor), Diponegoro (Kepulauan Jawa, Indonesia), Mat Kilau (Pahang), Datuk Bahaman (Pahang), Tok Janggut (Terengganu) serta Datuk Maharaja Lela (Perak) dianggap penderhaka oleh penjajah walaupun sebenarnya merekalah wira yang mempertaruhkan nyawa demi kedaulatan tanah air. Satu perkara yang pasti, kehebatan mereka adalah berdasarkan kebolehan bersilat dan mempertahankan diri. Hal ini menunjukkan ilmu silat yang dipelajari dapat digunakan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk dalam memerdekan negara dan bangsa.

Seterusnya, terdapatnya bait pantun yang menyebut ‘ hendaklah belajar bersungguh hati, untuk menjaga diri sendiri’. Menurut bait patah kata-kata tersebut kita dikehendaki untuk menuntut ilmu ini bersungguh-sungguh kerana hal ini penting untuk masa depan kita sendiri dalam mempertahankan diri. Jika dilihat dengan lebih dalam, sememangnya dalam menuntut ilmu ini perlu ada kesungguhan. Bukan sahaja ilmu silat malahan ilmu selain silat pun perlu dipelajari dengan bersungguh-sungguh. Maka hal ini sebenarnya mendidik kita untuk menjadi seorang yang rajin berusaha dalam menuntut ilmu.
Selain itu, dalam pantun ini juga ada menyebut mengenai ketaatan kepada guru. Dalam silat cekak ini, sebagai penuntut untuk menuntu ilmu ini perlu mentaati tok gurunya. Hal ini amat ditegaskan kerana sebagai pelajar ilmu persilatan silat cekak ustaz hanafi ini perlu menjaga pantang larangnya dan salah satu pantang larangnya ialah tidak boleh menderhaka kepada gurunya. Bersesuaian dengan apa yang terdapat pada pantun silat cekak ustaz hanafi ini iaitu ‘Taat ke guru membawa berkat , sedikit belajar banyak yang dapat, jika menderhaka menjadi mudarat, semua ilmu tiada yang lekat’. Bait pantun ini menjelaskan bahawa dalam kehidupan kita adalah wajib untuk mentaati guru kita. Kita wajib mentaati guru kita supaya apa yang dipelajari mudah untuk kita fahami dan ilmu yang kita dapat itu berkat. Jika kita menderhaka kepada guru kita, ilmu yang dipelajari tidak berkat dan proses pembelajaran kita juga menjadi teramat sukar.
Tambahan lagi, pada rangkap terakhir pantun ada menyebut tentang ketaatan kepada ibu bapa. ‘Dua ibu bapa tak boleh derhaka, besar jasanya kepada kita, kalau menderhaka bahaya menimpa, di akhirat kita masuk neraka’. Hal ini amat penting dalam kehidupan kita sebagai seorang anak. Sememangnya dan secara wajibnya seorang anak mesti mentaati ibu dan bapanya. Jika menjadi anak derhaka maka ketenangan, kebahagiaan malah kejayaan di dunia dan akhirat kita tidak akan perolehi. Menjadi anak yang derhaka bermakna kita telah menempah mahligai di neraka. Oleh kerana itulah, silat cekak ustaz hanafi amat menekankan konsep ketaatan kepada ibu bapa ini supaya apa-apa yang dilakukan membawa kepada kemudahan dan keberkatan. Lebih-lebih lagi salah satu pantang larangnya adalah ‘tidak menderhaka kepada ibu bapa’. Ketaatan dan kepatuhan kepada kedua ibu bapa kita memberikan satu rahmat kepada kita dalam memudahkan segala urusan kita terutama dalam menuntu ilmu.
Oleh itu, jika kita teliti balik, pantun ini sebenarnya merangkumi aspek kehidupan kita. Sebagai seorang manusia yang hamba Allah mesti mentaati Tuhan, ibu bapa, guru-guru dan juga orang lain supaya hidup kita aman dan yang penting berkat. Penghayatan yang mendalam tentang pantun ini jika benar-benar menerapkannya ke dalam kehidupannya, maka akan lahirlah generasi yang mempunyai semangat sayangkan dan cintakan diri, ibu bapa, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Seterusnya, akan amanlah dunia daripada kejahatan dan juga kezaliman manusia yang tidak mempunyai ilmu serta kasih sayang akan dunia.

Soalan 2

Senaraikan 20 buah peringkat jatuh serta pecahannya (jika ada) berserta gambar dan tuliskan pemakan bagi setiap buah-buah tersebut.

1) Buah Jatuh Asas Pertama
• Pelipat dan tangan penyerang dikunci sementara khalkum, dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir.

2) Buah Jatuh Keputusan Gayung Fatani
a. Pecahan pertama
Terdapat 4 pecahan bagi buah jatuh. Satu untuk bertindak terhadap penyerang yang
menarik balik penumbuk untuk mengubah ke cara serangan yang lain. Ini
mengakibatkan penyerang akan dijatuhkan, dikunci pelipat dan tangannya serta
khalkum, dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir.
b. Pecahan kedua
Pecahan kedua pula digunakan sekiranya musuh melangkah ke hadapan untuk
menyerang semula dengan menggunakan kaki. Akibatnya penyerang akan dikunci pelipatnya.
c. Pecahan ketiga
Pecahan Ketiga digunakan untuk menangkis musuh apabila musuh menggunakan kaki untuk menyepak rusuk atau paha pengamal. Akibatnya, kaki penyerang akan dikunci dengan tangan dicelah kangkangnya dan pelipat kaki yang satu lagi dikunci rapat ke bumi.
d. Gayung Fatani Pecahan Keempat
Pecahan keempat adalah untuk penyerang yang cuba turunkan badan ke bawah dengan niat untuk menyepak kaki pengamal. Akibatnya, pelipat kaki dan tangan akan dikunci rapat. Sebenarnya buah gayung fatani ini ialah membuat pukulan dan kuncian pada gerakan kedua penyerang. Penyudahnya mengikut rentak lanjut pergerakan kedua penyerang tersebut.

3) Buah Jatuh Keputusan Sendeng Atas
Buah yang dapat memeranjatkan penyerang dengan tangan dan rusuk menjadi sasaran. Matlamat terakhir ialah mengunci kaki dan tangan penyerang rapat ke bumi.

4) Buah Jatuh Kilas Belakang
Buah yang dapat menjatuh dan mengunci sehingga hilang pertimbangan dan tidak dapat bergerak.

5) Buah Jatuh Kilas Hadapan
Buah yang dapat digunakan untuk menangkis serangan dari bawah termasuk layangan kerambit dan menangkis serangan kaki yang ditujukan ke perut dan ke bawah. Buah ini mengakibatkan tangan penyerang dikunci beserta lehernya,manakala sasaran terakhirnya ialah dada dan muka.

6) Buah Jatuh Kidong Kiri
Buah yang dapat digunakan teristimewa untuk menangkis seranagan secara simbat, dengan tangan dan kaki penyerang dikunci rapat.

7) Buah Jatuh Kuntau Jatuh
Buah yang dapat menjatuhkan penyerang secara cepat degan kakinya dikunci kemas. Sasaran terakhirnya ialah nyawa penyerang.

Cool Buah Jatuh Kuntau Kiri
Buah pantas yang dapat mengunci kaki dan tangan penyerang rapat ke bumi dengan cepat. Sasaran terakhirnya ialah membuat penyerang memakan pasir.

9) Buah Jatuh Kuntau Kiri Gantung
Buah yang akan menyebabkan keseimbangan lawan tergugat secara memeranjatkan. Kaki penyerang akan terkunci dan pemakan terakhirnya ialah tengkok penyerang.

10) Buah Jatuh Kuntau Kanan Gantung
Penyerang akan dikunci kakinya dengan kemas dan buah ini dapat mencabutkan kedua-dua sendi lengan penyerang.

11) Buah Jatuh Hentak (Keputusan Silat Harimau)
Kaedah mudah yang dapat menjatuh dan mengunci rapat penyerang ke bumi dengan tiba-tiba. Pemakan terakhirnya ialah penyawa,dada dan muka.

12) Buah Jatuh Ali Patah Atas
Buah ini dapat mengunci kedua-dua tangan penyerang dengan sebelah tangan pengamal sahaja, manakala kali penyerang akan terkunci rapat ke bumi. Penekanan terakhirnya ialah rusuk muda.

13) Buah Jatuh Ali Patah Sudah
Kedua-dua pecahan Ali Patah Sudah ini akan menyebabkan leher lawan terkunci. Ia hanya akan sudah dengan khalkum penyrerang terjerut akibat henjutan mudah.

14) Buah Jatuh Selendang
Buah ini menyelendangkan tangan penyerang secara kemas. Pemakannya yang terakhir ialah dada penyerang dan pematahan siku.

15) Buah Jatuh Gari Pecahan Pertama
Leher penyerang akan dikunci kemas beserta dengan tangnnya sekali. Kemudian diturunkan ke bumi dengan tangan masih terkunci. Pemakan yang terakhir ialah leher penyerang.

16) Buah Jatuh Gari Gunting
Kaedah yang dapat mengacip leher penyerang dengan menggunakan kombinasi kaki dan tangan pengamal. Tangan penyerang juga dapat dikunci kemas.

17) Buah Jatuh Paras

a. Pecahan Pertama
Tamparan dan tetakan yang akan menyebabkan penyerang terperanjat dan hilang ingatan seketika. Tangan musuh dikunci dan siku pengamal menekan leher penyerang menyebabkan kesakitan yang amat sangat.
b. Pecahan Kedua
Buah ini dapat membuatkan penyerang hilang ingatan seketika. Ia mempunyai kuncian menyeluruh yang kemas dan seluruh anggota penyerang tidak dapat bergerak.
c. Pecahan Ketiga (Min Ha Min Dal)
Buah ini akan menyebabkan penyerang hilang ingatan seketika. Tangan penyerang akan dikunci dengan menggunakan kaki, menyebabkan mereka tidak dapat bergerak. Sasaran terakhir akan dapat mematahkan sendi tangan penyerang.

18) Buah Jatuh Keputusan Pasung Kemanga
Tamparan yang terdapat dalam kaedah buah ini akan menyebabakna penyerang terperanjat dan jika bersenjata akan terlepas senjatanya. Tangan dan kaki penyerang akan dikunci kemas seolah-olah dipasung dan tidak dapat bergerak lagi. Pukulan terakhir ialah di leher penyerang.

19) Buah Jatuh Keputusan Terlak
Buah ini sangat sesuia untu menangkis serangan tanagan kosong atau senjata pendek yang dilakukan secara tikaman dari luar. Ia mempunyai kaedah kuncian tangan yang istimewa,tangan penyerang akan dikunci yang kedudukannya akan menyebabkan seluruh anggotanya tidak dapat bergerak. Tangan penyerang juga boleh dipatahkan.

20) Buah Jatuh Keputusan Lintau
Buah ini mempunyai kaedah tamparan yang akan memeranjatkan dan menggoyahkan badan penyerang. Sasaran pukulan terakhirnya ialah perut dan leher penyerang.

21) Buah Jatuh Hempok
Kaedah D digunakan bagi menangkis serangan musuh yang ditujukan ke bahagian kepala. Badan musuh akan terlangkup manakala kaki dan tangan dikunci kemas.


Last edited by khairun on Tue Feb 15, 2011 4:05 am; edited 1 time in total

khairun
New Member
New Member

Posts : 3
Join date : 2010-07-24

Back to top Go down

KERJA KURSUS SILAT CEKAK II

Post  Nur Iliyana Shafeai on Tue Feb 15, 2011 3:37 am

NAMA : NUR ILIYANA BT SHAFEAI
NO. MATRIK : D2001034868



Spoiler:
KERJA KURSUS INDIVIDU
CUL 2021: SILAT CEKAK II


TENAGA PENGAJAR : EN. ROSLAN BIN MOHAMAD
NAMA : NUR ILIYANA BT SHAFEAI
NO. MATRIK : D2001034868
SEM : SEM 4
PROGRAM : IJAZAH SARJAN MUDA PENDIDIKAN BIOLOGI (AT11)
KUMPULAN : A
NO H/P : 017-2647367

Soalan 1
(i) Tuliskan Pantun Silat Cekak yang telah dikarang oleh Almarhum Ustaz Bin Haji Ahmad.

Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan

Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri

Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah

Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya

Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat

Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat

Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka

Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.



(ii) Penghayatan Pantun Silat Cekak
Pantun Silat Cekak ini telah dicipta oleh YM Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dengan bertujuan untuk memberi gambaran kepada penuntut-penuntut Silat Cekak bahawa Silat Cekak lebih menekankan kepada pendidikan rohani dan jasmani yang tidak terkeluar dari landasan Islam.
Silat Cekak Hanafi ialah sejenis silat bela diri yang benar-benar asli, bukannya sejenis silat permainan atau Silat Olahraga. Silat Cekak Hanafi mempunyai kaedah-kaedah yang tetap dengan mempunyai buah-buah pukulan dan kunci-kunci tangkapan yang cukup dan kemas. Pergerakan dan sistem silat ini adalah berasaskan gerak geri semulajadi manusia yang berdasarkan fikiran yang sihat, jiwa yang tenang dan nyata kesesuaiannya dengan prinsip agama Islam. Pelajarannya lebih menitikberatkan dari segi mempertahankan diri supaya terlatih dengan keberanian, bukan mengganas atau menceroboh. Hanya bila terpaksa demi keselamatan diri barulah Silat Cekak Hanafi menyerang.
Silat Cekak Hanafi menunggu serangan dengan berdiri lurus (berdiri sembahyang) dan tidak mengelak ke kiri dan ke kanan bahkan mara ke hadapan di dalam gerak yang satu, makan gerak dalam gerak, sebab sebenarnya hakikat Silat Cekak Hanafi ialah Silat Gerak. Yang paling istimewa dan ganjil sekali di dalam kaedah serangannya; dikala ia menyerang dan jika musuh mengelak, pasti kena dan sekiranya ditepis pula pasti dimakannya. Tambahan pula sambil menyerang ia dapat menangkap (Cekak menyerang, Cekak menangkap ). Penuntut-penuntut menangkis pukulan dan tikaman senjata-senjata dengan tangan kosong sahaja. Matlamat Silat Cekak Hanafi ialah menangkis pukulan senjata-senjata sambil dapat merampas senjata lawan.






Buah Jatuh

Peringkat buah jatuh ialah peringkat di mana para penuntut akan diajar cara-cara untuk menghabiskan buah asas dan juga pecahan-pecahannya. Apabila penuntut telah mahir membuat buah-buah asas, maka ia dapat memudahkan mereka membuat buah-buah jatuh. Pada peringkat inilah setiap buah akan diajar sehingga sempurna termasuk teknik-teknik pemakan dan kuncinya sekali. Ini bermakna bahawa semua buah mempertahankan diri Silat Cekak Hanafi mempunyai tangkisan, pukulan dan kunciannya sekali. Semasa membuat buah jatuh ini, penuntut mestilah mengetahui natijah dan cara melakukan semua buah jatuh.

1. Buah Jatuh Asas Pertama
Pelipat dan tangan penyerang dikunci, sementara halkum, dada, dan penyawa menjadi sasaran terakhhir.

2. Gayung Fatani Pecahan Pertama
Terdapat empat pecahan bagi buah jatuh. Satu untuk bertindak terhadap penyerang yang menarik balik penumbuk untuk mengubah ke cara serangan yang lain. Ini akan mengakibatkan penyerang akan dijatuhkan, dikunci pelipat, dan tangannya serta halkum, dada, dan penyawa menjadi sasaran terakhir.

3. Gayung Fatani Pecahan Kedua
Pecahan kedua pula digunakan sekiranya musuh melangkah ke hadapan untuk menyerang semula dengan menggunakan kaki. Akibatnya, penyerang akan dikunci pelipatnya.

4. Gayung Fatani Pecahan Ketiga
Pecahan ketiga pula digunakan untuk menangkis musuh apabila musuh menggunakan kaki untuk menyepak rusuk atau paha pengamal. Akibatnya, kaki penyerang akan dikunci dengan tangan dicelah kangkangnya dan pelipat kaki yang satu lagi dikunci rapat ke bumi.

5. Gayung Fatani Pecahan Keempat
Pecahan keempat pula untuk penyerang yang cuba turunkan badan ke bawah dengan niat untuk menyepak kaki pengamal. Akibatnya, pelipat kaki dan tangan akan dikunci rapat. Sebagai kesimpulan, keputusan buah Gayung Fatai ini ialah membuat pukulan kuncian pada gerakan kedua penyerang. Penyudahnya mengikut rentak lanjut pergerakan kedua penyeranh tersebut.

6. Keputusan Sendeng Atas
Buah yang dapat memeranjatkan penyerang dengan tangan dan rusuk menjadi sasaran. Matlamat terakhirnya ialah mengunci kaki dan tangan penyerang rapat ke bumi.

7. Kilas Belakang
Buah yang dapat menjatuh dan mengunci sehingga hilang pertimbangan dan tidak dapat bergerak.

8. Kilas Hadapan
Buah yang dapat digunakan untuk menangkis serangan tangan dari bawah termasuk layangan kerambiy dan menangkis serangan kaki yang ditunjukkan ke perut dan ke bawah. Buah ini akan mengakibatkan tangan penyerang dikunci beserta lehernya, manakala serangan terakhirnya ialah dada dan muka.

9. Kidung Kiri
Buah yang dapat digunakan untuk menangkis serangan secara simbat dengan tangan dan kaki penyerang dukunci rapat.

10. Kuntau Jatuh
Buah yang dapat menjatuhkan penyerang secara tepat dengan kakinya dikunci kemas. Sasaran terakhirnya ialah nyawa penerang.

11. Kuntau Kiri
Buah pantas yang dapat mengunci kaki dan tangan penyerang rapat ke bumi dengan cepat. Sasaran terakhirnya ialah membuat penyerang memakan pasir.

12.Kuntau Kiri Gantung
Buah yang akan menyebabkan keseimbangan lawan tergugat secara memeranjatkan. Kaki penyerang akan terkunci dan pemakan terakhirnya ialah tengkok penyerang.

13. Kuntau Kanan Gantung
Penyerang akan dikunci kakinya denga kemas dan buah ini dapat mencabutkan kedua-dua sendi lengan penyerang.

14. Hentak
Kaedah mudah yang dapat menjatuh dan mengunci rapat penyerang ke bumi dengan tiba-tiba. Pemakan terakhirnya ialah penyawa, dada dan muka.

15. Ali Patah Asas
Buah ini dapat mengunci kedua-dua tangan penyerang dengan sebelah tangan pengamal sahaja., manakala kaki penyerang akan terkunci rapat ke bumi. Penekanan terakhirnya ialah rusuk muda.

16. Ali Patah Sudah
Kedua-dua pecahan ini akan menyebabkan leher lawan terkunci. Ia hanya akan sudah dengan halkum penyerang terkejut akibat henjutan mudah.

17. Selendang
Buah ini akan menyelendangkan tangan penyerang secara kemas. Pemakannya yang terakhir ialah dada penyerang dan pematahan siku.

18. Gari Pecahan Pertama
Leher penyerang akan dikunci kemas beserta dengan tangannya sekali. Kemudian diturunkan ke bumi dengan tangan masih terkunci. Pemakannya yang terakhir ialah leher penyerang.

19. Gari Gunting
Kaedah yang dapat mengacip leher penyerang dengan menggunakan kombinasi kaki dan tangan pengamal. Tangan penyerang juga dikunci kemas.

20.Paras Pecahan Pertama
Tamparan dan tentakan yang akan menyebabkan penyerang terperanjat dan hilang ingatan seketika. Tangan musuh dikunci dan siku pengamal menekan leher penyerang menyebabkan kesakitan yang amat sangat.

21. Paras Pecahan Kedua
Buah ini dapat menyebabkan penyerang hilang ingatan buat seketika. Ia mempunyai kuncian menyeluruh yang kemas dan seluruh anggota penyerang tidak dapat bergerak.

22. Paras Pecahan Ketiga
Buah ini juga akan menyebabkan penyerang hilang ingatan seketika. Tangan penyerang akan dikunci dengan menggunakan kaki, menyebabkan mereka tidak dapat bergerak. Sasaran terakhir akan dapat mematahkan sendi tangan penyerang.

23. Keputusan Pasung Kemanga
Tamparan yang terdapat dalam kaedah buah ini akan menyebabkan penyerang terperanjat dan jika bersenjata akan terlepas senjatanya. Tangan dan kaki penyerang akan dikunci kemas seolah-olah dipasung dan tidak dapat bergerak lagi. Pukulan terakhir adalah di leher penyerang.

24. Keputusan Terlak
Buah ini sangat sesuai untuk menangkis serangan tangan kosong atau senjata pendek yang dilakukan secara tikaman dari luar. Tangan penyerang akan dikunci yang kedudukannya akan menyebabkan seluruh anggotanya tidak dapat bergerak. Tangan penyerang juga boleh dipatahkan.

25. Keputusan Lintau
Buah ini mempunyai kaedah tamparan yang akan memeranjatkan dan meggoyahkan badan penyerang. Sasaran pukulan terakhirnya ialah perut dan leher penyerang.

26. Hempok
Istimewa untuk menghadapi serangan musuh yang ditujukan ke bahagian kepala. Badan musuh akan dijatuhkan terlangkup, manakala kaki dan tangan dikunci kemas.


Nur Iliyana Shafeai
New Member
New Member

Posts : 5
Join date : 2010-09-21

Back to top Go down

assalamualaikum...terima kasih kerana membuka semula....

Post  abqariyyah90 on Tue Feb 15, 2011 5:48 am

ABQARIYYAH BT GHAZALI
D20091035787



Spoiler:
Pantun Silat Cekak yang dikarang oleh Almarhum Ustaz Hj Hanafi Bin Hj Ahmad:

Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan

Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri

Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah

Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya

Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat

Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat

Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka

Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.




"Penghayatan Pantun Silat Cekak Dalam Kehidupan".

Silat Cekak Ustaz Hanafi ditubuhkan kerana kesedaran daripada pihak Silat Cekak yang mana penubuhan silat ini adalah untuk seni mempertahankan diri bagi mendaulatkan seni melayu kebangsaan. Tujuan ini juga bersesuaian dengan makna kemerdekaan itu sendiri. Dalam Silat Cekak ini, terdapat peraturan dan pergerakan tertentu yang membezakannya dengan silat- silat lain.
Silat Cekak Ustaz Hanafi yang ditubuhkan ini juga adalah silat Melayu yang asli. Jenis pergerakannya adalah tidak bercampur dengan pergerakan yang ada pada silat negeri luar. Sebagai seorang mahasiswa yang professional, kita perlu mengetahui seterusnya mempelajari ilmu mempertahankan diri. Seni mempertahankan diri seperti silat Cekak ini penting untuk tujuan keselamatan diri dan juga keselamatan orang lain.
Semasa mempelajari ilmu silat ini, kita perlu mempelajarinya secara bersungguh-sungguh supaya apa yang kita pelajari itu benar-benar tersimpan dalam diri dan supaya kita benar-benar mengingati segala kaedah dan pergerakan yang ada dalam setiap buah. Sebarang kemungkinan di luar jangkaan boleh berlaku pada bila-bila masa dan dimana-mana. Apabila kita telah mempelajari seni mempertahankan diri silat cekak khususnya, maka apa yang kita pelajari itu boleh digunakan pada waktu-waktu yang kita perlu gunakan. Inilah secara praktikalnya kita mengaplikasikan teori yang dipelajari samada untuk mempertahankan diri sendiri mahupun orang lain. Sebagai contoh apabila kita diragut oleh peragut semasa berjalan di satu lorong, apa tindakan yang kita akan lakukan jika sebelum ini kita tidak pernah mempelajari sebarang ilmu seni mempertahankan diri? Semestinya kita hanya akan berteriak meminta tolong tanpa dapat melakukan tindakan lain untuk mempertahankan diri dan barang yang diragut itu. Bagaimana pula jika peragut itu meragut dan mencederakan kita? Peragut yang ada sekarang bukan setakat meragut barang-barang berharga malah ada juga yang bertindak lebih daripada itu seperti mencederakan orang yang diragut. Jadi, segala persoalan yang timbul ini akan terjawab dan kita boleh mengelakkan sebarang kemungkinan yang ada. Seseorang yang mempelajari ilmu seni mempertahankan diri dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari apabila berhadapan dengan situasi di atas tadi. Apabila diragut, kita terus boleh memulakan langkah dengan menggunakan segala buah dan pergerakan yang telah dipelajari dalam silat Cekak. Dengan tindakan yang telah dilakukan, kita bukan sahaja dapat menyelamatkan diri kita malahan dapat menyelamatkan barang-barang berharga kita dan kemungkinan besar dapat menyelamatkan orang lain juga daripada diragut. Inilah antara manfaat besar yang dapat diperolehi apabila kita menguasai ilmu mempertahankan diri.
Ilmu Silat Cekak Ustaz Hanafi ini mempunyai pergerakan yang mudah sebagaimana pergerakan kita dalam solat. Segala pergerakan menggunakan pergerakan kita semasa dalam solat seperti berdiri lurus, pergerakan berdoa, pergerakan qiam, pergerakan rukuk, pergerakan takbir dan lain- lain. Walaupun mempunyai pergerakan yang mudah, pesilat perlu mempelajarinya secara bersungguh-sungguh supaya kita benar- benar menguasainya dan boleh digunakan ilmu itu pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Dalam mempelajari Silat Cekak ini, pesilat perlu mempersiapkan diri dengan kekuatan fizikal dan mental. Sikap berdisiplin, tabah, bersungguh- sungguh dan taat perlulah ada semasa mempelajarinya. Segala pantang- larang yang ada dalam silat Cekak ini perlu dipatuhi bagi memudahkan kita mempelajarinya.
Kesimpulannya, kita hendaklah mempelajari seni mempertahankan diri kerana diri kita adalah amanah daripada ALLAH dan amanah perlu dijaga dengan baik.








20 BUAH PERINGKAT JATUH DAN PECAHANNYA:

Peringkat buah jatuh merupakan sambungan kepada peringkat buah asas. Apabila penuntut telah mahir membuat buah-buah asas maka ia memudahkan mereka membuat buah-buah jatuh.
Antara 20 buah peringkat jatuh ialah:
1. Buah Pertama
Pada buah ini, pelipat dan tangan penyerang dikunci sementara khalkum, dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir

2. Buah Keputusan Gayung Fatani
Terdapat empat pecahan bagi buah jatuh. Satu untuk bertindak terhadap penyerang yang menarik balik penumbuk untuk dikunci mengubah ke cara serangan yang lain. Ini akan mengakibatkan penyerang akan dijatuhkan, dikunci pelipat dan tangannya serta khalkum, dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir.

3. Keputusan Gayung Fatani Pecahan Pertama
untuk bertindak terhadap penyerang yang menarik balik penumpuk untuk mengubah ke cara serangan yang lain. Ini akan mengakibatkan penyerang akan dijatuhkan, dikunci pelipat dan tangannya serta khalkum, dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir.

4. Keputusan Gayung Patani Pecahan Kedua
Buah pecahan kedua pula digunakan sekiranya musuh melangkah ke hadapan untuk menyerang semula dengan menggunakan kaki. Akibatnya penyerang akan dikunci pelipatnya.

5. Keputusan Gayung Patani Pecahan Ketiga
digunakan untuk menangkis musuh apabila musuh menggunakan kaki untuk menyepak rusuk atau paha pengamal. Akibatnya kaki penyerang akan dikunci dengan tangan dicelah kangkangnya dan pelipat kaki yang satu lagi dikunci rapat ke bumi.

6. Keputusan Gayung Fatani Pecahan Keempat
Pecahan keempat pula untuk penyerang yang cuba turunkan badan kebawah dengan niat untuk menyepak kaki pengamal. Akibatnya pelipat kaki dan tangan akan dikunci rapat. Sebagai kesimpulan keputusan buah gayung fatani ini ialah membuat pukulan dan kuncian ada gerakan kedua penyerang. Penyudahnya mengikut rentak lanjut pergerakan kedua penyerang tersebut.

7. Buah Keputusan Sendeng Atas
Buah ini merupakan buah yang dapat memeranjatkan penyerang dengan tangan dan rusuk menjadi sasaran. Matlamat terakhirnya ialah mengunci kaki dan tangan rapat ke bumi.

8. Buah Kilas Belakang
Buah ini merupakan buah yang dapat menjatuh dan mengunci sehingga hilang pertimbangan dan tidak dapat bergerak.

9. Buah Kilas Hadapan
Buah yang dapat digunakan untuk menangkis serangan tangan dari bawah termasuk layangan kerambit dan menangkis serangan kaki yang ditujukan ke perut dan ke bawah. Buah ini akan mengakibatkan tangan penyerang dikunci beserta lehernya, manakala sasaran terakhirnya ialah dada dan muka.

10. Buah Kidong Kiri
Buah yang dapat digunakan teristimewa untuk menangkis serangan secara simbat, dengan tangan dan kaki penyerang dikunci rapat.

11. Buah Kuntau Jatuh
Buah yang dapat menjatuhkan penyerang secara cepat dengan kakinya dikunci kemas. Sasaran terakhirnya ialah nyawa penyerang.

12. Buah Kuntau Kiri & Kuntau Kiri Gantung
Buah pantas yang dapat mengunci kaki dan tangan penyerang rapat ke bumi dengan cepat. Sasaran terakhirnya ialah membuat penyerang memakan pasir.

13. Buah Kuntau Kanan Gantung
Penyerang akan dikunci kakinya dengan kemas dan buah ini dapat mencabutkan kedua-dua sendi lengan penyerang.

14. Buah Hentak ( Keputusan Silat Harimau )
Kaedah mudah yang dapat menjatuhkan dan mengunci rapat penyerang ke bumi dengan tiba-tiba. Pemakan terakhirnya ialah penyawa, dada dan muka.

15. Buah Ali Patah Atas
Buah ini dapat mengunci kedua-dua tangan penyerang dengan sebelah tangan pengamal sahaja, manakala kaki penyerang akan terkunci rapat ke bumi. Penekanan terakhirnya ialah rusuk muda.

16. Buah Ali Patah Sudah
Kedua-dua pecahan ali patah sudah ini akan menyebabkan leher lawan terkunci. Ia hanya akan sudah dengan khalkum penyerang terjerut akibat henjutan mudah.

17. Buah Selendang
Buah ini akan menyelendangkan tangan penyerang secara kemas. Pemakannya yang terakhir ialah dada penyerang dan pematahan siku.

18. Buah Gari Pecahan Pertama
Leher penyerang akan dikunci kemas beserta dengan tangannya sekali. Kemudian diturunkan ke bumi dengan tangan masih terkunci . pemakan yang terakhir ialah leher penyerang.

19. Buah Gari Gunting
Kaedah yang dapat mengacip leher penyerang dengan menggunakan kombinasi kaki dan tangan pengamal. Tangan penyerang juga dapat dikunci kemas.

20. Buah Paras Pecahan Pertama
Tamparan dan tekaan yang akan menyebabkan penyerang terperanjat dan hilang ingatan seketika. Tangan musuh dikunci dan siku pengamal menekan leher penyerang menyebabkan kesakitan yang amat sangat.

21. Buah Paras Pecahan Kedua
Buah ini dapat membuatkan penyerang hilang ingatan seketika. Ia mempunyai kuncian menyeluruh yang kemas dan seluruh anggota penyerang tidak dapat bergerak.

22. Buah Paras Pecahan Ketiga
Buah ini juga akan menyebabkan hilang ingatan seketika. Tangan penyerang akan dikunci dengan menggunakan kaki, menyebabkan mereka tidak dapat bergerak. Sasaran terakhir akan dapat mematahkan sendi tangan penyerang.

23. Buah Keputusan Pasung Kemanga
Tamparan yang terdapat dalam kaedah buah ini akan menyebabkan penyerang terperanjat dan jika bersenjata akan terlepas senjatanya. Tangan dan kaki penyerang akan dikunci kemas seolah-olah dipasung dan tidak dapat bergerak lagi. Pukulan terakhir ialah di leher penyerang.

24. Buah Keputusan Terlak
Buah ini sangat sesuai untuk menangkis serangan tangan kosong atau senjata pendek yang dilakukan secara tikaman dari luar. Ia mempunyai kaedah kuncian tangan yang istimewa, tangan penyerang akan dikunci yang kedudukannya akan menyebabkan seluruh anggota tidak boleh bergerak. Tangan penyerang juga boleh dipatahkan.

25. Buah Keputusan Lintau
Buah ini mempunyai kaedah tamparan yang akan memeranjatkan dan menggoyahkan badan penyerang. Sasaran pukulan terakhirnya ialah perut dan leher penyerang.

26. Buah Hempok
Istimewa untuk menghadapi serangan musuh yang ditujukan ke bahagian kepala, badan musuh akan dijatuhkan terlangkup,. Manakala kaki dan tangan dikunci kemas.

TERIMA KASIH...
avatar
abqariyyah90
New Member
New Member

Posts : 5
Join date : 2010-11-04
Location : tanjung malim

Back to top Go down

TUGASAN INDIVIDU

Post  Nurul Hidayah on Tue Feb 15, 2011 5:59 am

NAMA : NURUL HIDAYAH BINTI ABDUL AZIZ

NO METRIK : D20091035760



Spoiler:
NAMA : NURUL HIDAYAH BINTI ABDUL AZIZ

NO METRIK : D20091035760


Soalan 1:
• Tuliskan Pantun Silat Cekak yang telah dikarang oleh Almarhum Ustaz Hj Hanafi Bin Hj Ahmad.
• Tulis sebuah esei bertajuk "Penghayatan Pantun Silat Cekak Dalam Kehidupan". Panjang esei adalah sekitar 300-500 patah perkataan.




Silat Cekak Ustaz Hanafi ialah seni Silat Cekak yang benar-benar diamalkan dan dianjurkan oleh Allahyarham YM Ustaz Hanafi bin Hj. Ahmad, baik dari segi kaedah pembelajaran, konsep, falsafah, prinsip, pegangan, kerohanian, dan pembawaannya. Seni silat ini telah diamalkan oleh keluarga diraja dan panglima-panglima kanan di Negeri Kedah Darul Aman di zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin. Guru yang paling lama diketahui ialah panglima Ismail. Panglima Ismail telah menurunkan Silat ini kepada Panglima Tok Rashid dan yang kemudiannya beliau telah mengamanahkan Silat ini kepada Encik Yahya Said dengan pesanan supaya menyerahkan balik silat ini kepada anak cucunya dari kedah.
Pada tahun 1965, YM Ustaz Hanafi Hj. Ahmad telah mengambil kembali silat ini dari Encik Yahya Said. Sejak dilahirkan kembali oleh Allahyarham Ustaz Hanafi Hj. Ahmad, maka bermulalah era baru bagi silat ini. Beliau telah memberi semangat dan pendekatan baru serta berjaya mengangkat martabat pergerakan Seni Silat Cekak sebagai suatu pergerakan yang disegani oleh oleh rakan dan lawan, yang mampu terus memberi sumbangan positif kepada masyarakat. Silat ini juga berjaya menarik ribuan ahli dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan cerdik pandai dan profesional.
Kini Silat Cekak Ustaz Hanafi telahpun mempunyai cawangan di setiap negeri dan mempunyai kelas-kelas persilatannya di hampir kesemua Universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi. Anak keempat Allahyarham Ustaz Hanafi Hj. Ahmad iaitu En. Md. Radzi bin Hj. Hanafi kini yang menerajui persatuan selaku Guru Utama dan Presiden.

Pantun Silat Cekak
Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan

Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri

Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah

Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya

Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat

Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat


Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka

Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.

Pada rangkap pertama, maksud yang ingin disampaikan ialah lahirnya silat cekak ini bertujuan murni dan baik bukan untuk bermusuh dan mencari musuh. Ia juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kita semua terutama kaum wanita yang dikatakan kaum yang lemah amatlah sesuai mempelajari dan mengamalkan silat cekak ini. Kesedaran ini harus dipupuk sejak kecil lagi kerana segelintir daripada kita merasakan silat ini tidak penting dan merasakan diri sentiasa selamat. Tujuan lain diperkenalkan silat cekak ini ialah untuk mendaulatkan seni kebangsaan yang bersesuaian dengan makna kemerdekaan.
Rangkap kedua, dalam mempelajari silat cekak ini, haruslah wujud sikap ingin belajar dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Tanpa kesungguhan dan keikhlasan apa yang dipelajari tidak sampai dan sukar untuk dipraktikkan. Setiap kesungguhan yang ditunjukkan inilah yang akan membuahkan hasil yang baik dan sekaligus dapat melindungi dan dapat menjaga diri daripada musuh. Silat cekak adalah satu-satunya silat yang benar-benar asli dan tidak bercampur hak luar negeri.
Rangkap ketiga, setiap insan wajib bersyukur dengan rahmat yang Allah berikan dan salah satunya ialah dengan menjaga diri dari ancaman luar iaitu dengan menunjukkan kesungguhan dan keazaman yang kuat dalam mempelajari silat cekak ini. Ia adalah amanah yang diberikan oleh Allah kepada kita dan salah satu cara untuk kita menjaga amanah ini ialah dengan mempelajari silat cekak. Amanah ini haruslah dipikul dengan baik agar diri tergolong dalam golongan mukmin yang sejati seterusnya berusaha kearah menegakkan Islam yang sejati.
Rangkap keempat, bagi mereka yang benar-benar meminati silat cekak ini, ia akan menjadi mudah dengan petunjuk dan hidayah daripada Allah. Dalam mempelajari silat cekak ini perlulah ada kesungguhan dan kesabaran yang tinggi serta ketabahan kerana banyak kemungkinan yang akan berlaku yang kita tidak jangka. Sekiranya kita tahu tanggungjawab kita dalam menjaga diri, insyaAllah kelak kita akan mendapat faedah dan akan dibantu oleh Allah.
Rangkap kelima, dalam mempelajari silat cekak perlulah wujud rasa minat dan sifat yang jujur juga perlu ada pada jiwa bagi mereka yang merasakan silat ini suatu perkara yang perlu dan harus ada terutamanya bagi kaum perempuan. Sekiranya perasaan ini wujud maka, perlulah dipelajari dengan mahir bagi seluruh anggota. Dalam maksud lain silat cekak pada lahirnya dan pengertian gerak pada batinnya.
Rangkap keenam, setiap perkara yang dibuat pasti ada pengasasnya dan begitu jugalah dengan silat cekak. Pengasas bagi silat cekak ini dipanggil sebagai guru. Untuk dihormati dan dipandang tinggi oleh anak buahnya setiap guru perlulah meningkatkan ilmu baik ilmu akademik, agama dan ilmu persilatan itu sendiri. Ilmu yang dipelajari ini perlulah menjadi amalan syariat dalam kehidupan bukan sahaja mempelajari dan mendalami sahaja tetapi perlu diamalkan begitu juga dengan tingkah laku dan cara berpakaian kerana semua ini menjadi cerminan kepada orang lain.
Rangkap ketujuh, dalam menuntut ilmu, setiap pelajar perlulah taat kepada guru untuk memperoleh keberkatan dan mendapat kejayaan cemerlang serta restu daripada guru. Seterusnya, dalam adalah ilmu walaupun kita mempelajari bukan secara teori atau dalam kelas tetapi ia adalah praktikal. Sekiranya, kita menderhaka dan tidak mentaati setiap apa yang disuruh selagi tidak bercanggah dengan agama maka, ilmu yang dipelajari sia-sia dan akan memudaratkan kita.
Rangkap kelapan, selain daripada guru, kita juga perlu dan wajib keatas kita untuk mentaati ibu bapa kita kerana mereka banyak berjasa pada kita. Tanpa restu mereka tidak mungkin kita akan menceburkan diri dalam silat cekak ini. Ibu bapa adalah orang yang pertama yang perlu kita taat setelah Allah dan Rasul dan ingatlah syurga di bawah telapak kaki ibu. Seandainya kita menunjukkan penderhakaan kita kepada ibu bapa maka, kita akan ditimpa bahaya dan bencana serta akan mendapat azab di akhirat kelak.
Kesimpulannya ialah, silat cekak ustaz Hanafi ini sangat penting dan perlulah dipelajari dengan bersungguh-sungguh serta ikhlaskan niat kerana Allah taala. Diperkenalkan silat cekak ini adalah bertujuan supaya masyarakat kita umum dapat menjaga keselamatan diri dari serangan luar dan dapat mempertahankan diri dari musuh khasnya kaum wanita. Silat cekak ini akan digunakan apabila terdapatnya sesuatu yang mengancam diri kita dan ia tidak digunakan untuk perkara-perkara yang negatif atau untuk mencari musuh. Seterusnya, silat cekak ini selamat bagi pengamalnya dan sesiapa sahaja boleh mempelajarinya dan mendalami silat cekak ini.





• SOALAN 2.
Senaraikan 20 buah peringkat jatuh serta pecahannya (jika ada) berserta gambar dan tuliskan pemakan bagi setiap buah-buah tersebut.


Peringkat buah jatuh merupakan sambungan kepada peringkat buah asas. Apabila penuntut telah mahir membuat buah-buah asas maka ia memudahkan mereka membuat buah-buah jatuh.
Antara 20 buah peringkat jatuh ialah
1. Buah Pertama
Pada buah ini, pelipat dan tangan penyerang dikunci sementara khalkum, dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir

2. Buah Keputusan Gayung Fatani
Terdapat empat pecahan bagi buah jatuh. Satu untuk bertindak terhadap penyerang yang menarik balik penumbuk untuk dikunci mengubah ke cara serangan yang lain. Ini akan mengakibatkan penyerang akan dijatuhkan, dikunci pelipat dan tangannya serta khalkum, dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir.

3. Keputusan Gayung Fatani Pecahan Pertama
untuk bertindak terhadap penyerang yang menarik balik penumpuk untuk mengubah ke cara serangan yang lain. Ini akan mengakibatkan penyerang akan dijatuhkan, dikunci pelipat dan tangannya serta khalkum, dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir.

4. Keputusan Gayung Patani Pecahan Kedua
Buah pecahan kedua pula digunakan sekiranya musuh melangkah ke hadapan untuk menyerang semula dengan menggunakan kaki. Akibatnya penyerang akan dikunci pelipatnya.

5. Keputusan Gayung Patani Pecahan Ketiga
digunakan untuk menangkis musuh apabila musuh menggunakan kaki untuk menyepak rusuk atau paha pengamal. Akibatnya kaki penyerang akan dikunci dengan tangan dicelah kangkangnya dan pelipat kaki yang satu lagi dikunci rapat ke bumi.

6. Keputusan Gayung Fatani Pecahan Keempat
Pecahan keempat pula untuk penyerang yang cuba turunkan badan kebawah dengan niat untuk menyepak kaki pengamal. Akibatnya pelipat kaki dan tangan akan dikunci rapat. Sebagai kesimpulan keputusan buah gayung fatani ini ialah membuat pukulan dan kuncian ada gerakan kedua penyerang. Penyudahnya mengikut rentak lanjut pergerakan kedua penyerang tersebut.

7. Buah Keputusan Sendeng Atas
Buah ini merupakan buah yang dapat memeranjatkan penyerang dengan tangan dan rusuk menjadi sasaran. Matlamat terakhirnya ialah mengunci kaki dan tangan rapat ke bumi.

8. Buah Kilas Belakang
Buah ini merupakan buah yang dapat menjatuh dan mengunci sehingga hilang pertimbangan dan tidak dapat bergerak.

9. Buah Kilas Hadapan
Buah yang dapat digunakan untuk menangkis serangan tangan dari bawah termasuk layangan kerambit dan menangkis serangan kaki yang ditujukan ke perut dan ke bawah. Buah ini akan mengakibatkan tangan penyerang dikunci beserta lehernya, manakala sasaran terakhirnya ialah dada dan muka.

10. Buah Kidong Kiri
Buah yang dapat digunakan teristimewa untuk menangkis serangan secara simbat, dengan tangan dan kaki penyerang dikunci rapat.

11. Buah Kuntau Jatuh
Buah yang dapat menjatuhkan penyerang secara cepat dengan kakinya dikunci kemas. Sasaran terakhirnya ialah nyawa penyerang.

12. Buah Kuntau Kiri & Kuntau Kiri Gantung
Buah pantas yang dapat mengunci kaki dan tangan penyerang rapat ke bumi dengan cepat. Sasaran terakhirnya ialah membuat penyerang memakan pasir.

13. Buah Kuntau Kanan Gantung
Penyerang akan dikunci kakinya dengan kemas dan buah ini dapat mencabutkan kedua-dua sendi lengan penyerang.

14. Buah kuntau Kanan Gantung
Penyerang akan dikunci kakinya dengan kemas dan buah ini dapat mencabutkan kedua-dua sendi lengan penyerang.

15. Buah Hentak ( Keputusan Silat Harimau )
Kaedah mudah yang dapat menjatuhkan dan mengunci rapat penyerang ke bumi dengan tiba-tiba. Pemakan terakhirnya ialah penyawa, dada dan muka.

16. Buah Ali Patah Atas
Buah ini dapat mengunci kedua-dua tangan penyerang dengan sebelah tangan pengamal sahaja, manakala kaki penyerang akan terkunci rapat ke bumi. Penekanan terakhirnya ialah rusuk muda.

17. Buah Ali Patah Sudah
Kedua-dua pecahan ali patah sudah ini akan menyebabkan leher lawan terkunci. Ia hanya akan sudah dengan khalkum penyerang terjerut akibat henjutan mudah.


18. Buah Selendang
Buah ini akan menyelendangkan tangan penyerang secara kemas. Pemakannya yang terakhir ialah dada penyerang dan pematahan siku.

19. Buah Gari Pecahan Pertama
Leher penyerang akan dikunci kemas beserta dengan tangannya sekali. Kemudian diturunkan ke bumi dengan tangan masih terkunci . pemakan yang terakhir ialah leher penyerang.

20. Buah Gari Gunting
Kaedah yang dapat mengacip leher penyerang dengan menggunakan kombinasi kaki dan tangan pengamal. Tangan penyerang juga dapat dikunci kemas.

21. Buah Paras Pecahan Pertama
Tamparan dan tekaan yang akan menyebabkan penyerang terperanjat dan hilang ingatan seketika. Tangan musuh dikunci dan siku pengamal menekan leher penyerang menyebabkan kesakitan yang amat sangat.

22. Buah Paras Pecahan Kedua
Buah ini dapat membuatkan penyerang hilang ingatan seketika. Ia mempunyai kuncian menyeluruh yang kemas dan seluruh anggota penyerang tidak dapat bergerak.

23. Buah Paras Pecahan Ketiga
Buah ini juga akan menyebabkan hilang ingatan seketika. Tangan penyerang akan dikunci dengan menggunakan kaki, menyebabkan mereka tidak dapat bergerak. Sasaran terakhir akan dapat mematahkan sendi tangan penyerang.

24. Buah Keputusan Pasung Kemanga
Tamparan yang terdapat dalam kaedah buah ini akan menyebabkan penyerang terperanjat dan jika bersenjata akan terlepas senjatanya. Tangan dan kaki penyerang akan dikunci kemas seolah-olah dipasung dan tidak dapat bergerak lagi. Pukulan terakhir ialah di leher penyerang.

25. Buah Keputusan Terlak
Buah ini sangat sesuai untuk menangkis serangan tangan kosong atau senjata pendek yang dilakukan secara tikaman dari luar. Ia mempunyai kaedah kuncian tangan yang istimewa, tangan penyerang akan dikunci yang kedudukannya akan menyebabkan seluruh anggota tidak boleh bergerak. Tangan penyerang juga boleh dipatahkan.

26. Buah Keputusan Lintau
Buah ini mempunyai kaedah tamparan yang akan memeranjatkan dan menggoyahkan badan penyerang. Sasaran pukulan terakhirnya ialah perut dan leher penyerang.

27. Buah Hempok
Istimewa untuk menghadapi serangan musuh yang ditujukan ke bahagian kepala, badan musuh akan dijatuhkan terlangkup,. Manakala kaki dan tangan dikunci kemas.

Nurul Hidayah
New Member
New Member

Posts : 4
Join date : 2011-02-13

Back to top Go down

Re: sila post kerja kursus anda di thread ini..

Post  anaaishah suddin on Tue Feb 15, 2011 6:49 am

NOOR AISHAH BINTI MOHAMAD SUDDIN
D20091035759



Spoiler:

Soalan 1 :
Tuliskan Pantun Silat Cekak yang telah dikarang oleh Almarhum Ustaz Hj Hanafi Bin Hj Ahmad.
Kemudian tuliskan esei "Penghayatan Pantun Silat Cekak Dalam Kehidupan"


Pantun Silat Cekak


Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan

Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri

Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah

Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya

Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat

Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat

Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka

Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.







"Penghayatan Pantun Silat Cekak Dalam Kehidupan"

Kehidupan memerlukan kepada pemerhatian dan penghayatan dalam menilai sesuatu secara tersurat dan tersirat. Begitu juga dalam pantun Silat Cekak yang dikarang oleh almarhum Ustaz Hanafi Haji Ahmad yang mempunyai nilai dan maksud yang tersurat dan tersirat walaupun ayat-ayat yang digunakan mudah untuk difahami. Setiap rangkap ada pesanan dan nasihat yang ingin disampaikan dan menjadi panduan terutama bagi mempelajari silat cekak khususnya dan boleh dikongsi bersama untuk masyarakat umum.

Rangkap pertama : Silat Cekak Ustaz Hanafi merupakan salah satu seni mempertahankan diri dan warisan yang diwariskan oleh nenek moyang kita. Silat cekak adalah salah satu seni warisan Melayu yang masih dipelihara dan diamalkan sehingga kini. Walaupun negara kita telah bebas merdeka, aman, sentosa dan hidup dalam semangat 1 Malaysia, namun seni mempertahankan diri silat cekak masih dikekalkan dan diamalkan agar kita tidak lupa akan asal usul dan semangat pengorbanan datuk nenek moyang kita yang mempertahankan tanah air agar generasi mendatang tidak lupa diri dan tidak buta sejarah. Hal ini kerana sejarah mengajar kita erti pengorbanan dan penghargaan. Kemunculan silat cekak adalah berdasarkan prinsip dan kesedaran yang murni bukannya bertujuan untuk bermusuh dan mencari musuh serta mencari gaduh dengan orang lain. Oleh itu, tujuan dan prinsip silat cekak adalah lebih menekankan kepada mempertahankan diri dari pihak musuh atau pihak lawan. Setiap seni mempertahankan diri memiliki kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri.

Rangkap ke-2 menerangkan bahawa Silat cekak merupakan satu-satunya silat yang masih mengekalkan keaslian gerak geri dan keseniannya daripada bercampur dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri dari luar negeri seperti taekwando, kung fu, wusyu dan lain-lain. Hal ini kerana, seni pertahankan diri ini hanya menggunakan dua tangan dan dua kaki serta asas kedudukannya adalah seperti berdiri tegak umpama ingin menunaikan solat yang menjadi kelebihan silat cekak berbanding silat-silat warisan lain. Oleh itu, dalam menuntut ilmu silat cekak mahu pun ilmu-ilmu lain hendaklah belajar dengan kesungguhan hati serta ikhlas kerana tujuan untuk menjaga diri sendiri apabila ditimpa bahaya dari pihak musuh.

Rangkap ke-3 : Silat cekak Ustaz Hanafi sangatlah mudah untuk mempelajarinya. Namun haruslah ada kesungguhan dan keazaman yang tinggi untuk belajar serta niat yang ikhlas untuk menguasai ilmu silat ini khususnya dan juga ilmu-ilmu lain amnya. Bagi mereka yang mendapat hidayah amatlah beruntung dan mesti bersyukur kepada Allah s.w.t kerana hidayah yang diperolehi dalam mempelajari dan menguasai ilmu persilatan ini. Hal ini kerana tidak semua yang belajar mendapat hidayah dan ada juga yang lambat mendapat hidayah yang menyebabkan tempoh untuk menguasainya akan mengambil sedikit masa berbanding yang mendapat hidayah. Oleh itu, kita hendaklah sabar dan tabah dalam mengharungi ujian dan cabaran yang bakal dihadapi sebelum, semasa dan selepas mempelajari ilmu silat cekak kerana insyaAllah kita akan memperoleh faedah dan hasilnya kelak.

Rangkap ke-4: Dalam mempelajari dan menguasai ilmu persilatan, silat cekak ini merangkumi zahir dan batin. Hal ini kerana silat cekak adalah pada lahirnya atau zahirnya merujuk kepada pergerakan anggota badan dan pengertian gerak silat cekak pada batinnya yang melibatkan keikhlasan dan keazaman dalam menguasai seni persilatan. Oleh itu, seseorang itu hendaklah mahir seluruh anggota dan hendaklah jujur dan ikhlas pada niat atau jiwanya.

Rangkap ke-5 : Setiap perkara ada garis panduan yang mesti diikuti selagi tidak bertentangan dengan syariat dan hukum taklifi yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. Silat Cekak Ustaz Hanafi telah menggariskan lima pantang larang yang mesti ditaati iaitu
1. Tidak boleh derhaka kepada guru
2. Tidak boleh derhaka kepada ibu
3. Tidak boleh derhaka kepada bapa
4. Tidak boleh bergaduh sesama ahli
5. Tidak boleh mencaci silat Melayu yang asli
Pertamanya, kita mestilah taat kepada guru selagi tidak menyeleweng kerana guru membawa keberkatan dengan izin Allah. hal ini kerana, apabila keberkatan wujud pembelajaran menjadi mudah dan walaupun sedikit kita belajar tetapi banyak yang kita dapat. Namun, jika kita menderhaka kepada guru akan menjadi mudarat kepada kita kerana semua ilmu yang kita pelajari susah dihadam dan melekat pada jiwa kerana keberkatan sudah hilang atau tiada lagi mengiringi semasa menuntut.

Rangkap ke-6 :Selain daripada itu juga, guru merupakan insan yang mulia disisi Allah dan juga manusia. Hal ini kerana Rasulullah s.a.w ada menyatakan bahawa Allah mengangkat darjat orang-orang berilmu beberapa darjat iaitu dari segi kehormatan, kemuliaan, ketinggian ilmu dan pahala yang berterusan walaupun sudah meninggal dunia. Dalam mengajarkan silat cekak ada dikuatkan pula dengan amalan syariat yang menekankan perihal solat kerana pergerakan silat cekak adalah aplikasi daripada pergerakan solat. Tambahan pula, dalam pergerakan solat ada ilmu makrifat iaitu mengenal Allah iaitu menginsafi bahawa kita seorang hamba yang lemah yang hanya diberi kekuatan oleh Allah dengan hidayah dan keizinan Allah s.w.t. Manakala dalam berpakaian pula dengan isyarat membawa erti mengikut syarat dan batasan agama Islam yang telah digariskan.

Rangkap ke-7 : Pantang larang dalam menuntut ilmu dan menguasai ilmu silat cekak juga meletakkan agar kita tidak menderhakai kedua ibu bapa kita kerana tanpa mereka kita tidak akan lahir di dunia ini dan pengorbanan dan jasa mereka amat besar untuk kita. Hal ini demikian kerana merakalah yang mengandungkan, melahirkan, menyusukan, membesarkan, mendidik dan mengasuh serta memberi keperluan-keperluan yang yang menjadi hak kepada kita. Namun pantang larang ini bukanlah diwajibkan dalam silat cekak tetapi ia adalah aplikasi daripada tuntutan agama yang menjadi fardu ain kepada kita kerana Allah telah memerintahkan kita agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita selagi mereka tidak bertentangan dengan syariat yang Allah gariskan. Selain itu, kita juga diingatkan dengan balasan bagi sesiapa yang menderhakai ibu bapa akan ditimpa bahaya di dunia dan di akhirat kelak ditempatkan di neraka. (nauzubillah). Oleh itu, kita mestilah sentiasa berbuat baik dan menghormati mereka kerana redha Allah terletak pada keredhaan ibu bapa kita.

Rangkap akhir pantun silat cekak memberi peringatan kepada kita akan kewajiban menjaga diri adalah merupakan amanah Tuhan Rabbi ke atas setiap hambanya daripada bahaya dari musuh dan juga jangan terjerumus dalam kancah maksiat serta menjaga keimanan dan kemuliaan agama Islam. Kewajiban menjaga diri ditekankan kerana menjaga maruh diri yang saling berkaitan dengan maruah agama, bangsa dan negara dan supaya kita menjadi mukmin sejati yang mengamalkan suruhan dan meninggalkan larangan serta berpegang teguh pada ketauhidan kepada Allah dan Rasulullah pesuruh Allah yang merupakan asas dalam menegakkan Islam yang suci.

Kesimpulannya, dalam menuntut ilmu mestilah kita mengikhlaskan diri dan bersungguh-sungguh dalam menuntut sesuatu ilmu. Selain itu kita mestilah berpegang pada kalimah tauhid kerana daripada itulah lahirnya suruhan agar kita mentaati dan menghormati kedua ibu bapa dan juga guru kerana keberkatan juga berkait dengan mereka. Apabila kita mempelajari dan seterusnya menguasai silat cekak jangan kita menyalahguna untuk mencari gaduh dan mencaci silat-silat Melayu lain.


SOALAN 2.
Peringkat buah jatuh merupakan sambungan kepada peringkat buah asas. Apabila penuntut telah mahir membuat buah-buah asas maka ia memudahkan mereka membuat buah-buah jatuh.


Antara 20 buah peringkat jatuh ialah

1. Buah Pertama
Pada buah ini, pelipat dan tangan penyerang dikunci sementara khalkum, dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir


2. Buah Keputusan Gayung Fatani
Terdapat empat pecahan bagi buah jatuh. Satu untuk bertindak terhadap penyerang yang menarik balik penumbuk untuk dikunci mengubah ke cara serangan yang lain. Ini akan mengakibatkan penyerang akan dijatuhkan, dikunci pelipat dan tangannya serta khalkum, dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir.

3. Keputusan Gayung Fatani Pecahan Pertama
untuk bertindak terhadap penyerang yang menarik balik penumpuk untuk mengubah ke cara serangan yang lain. Ini akan mengakibatkan penyerang akan dijatuhkan, dikunci pelipat dan tangannya serta khalkum, dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir.

4. Keputusan Gayung Patani Pecahan Kedua
Buah pecahan kedua pula digunakan sekiranya musuh melangkah ke hadapan untuk menyerang semula dengan menggunakan kaki. Akibatnya penyerang akan dikunci pelipatnya.


5. Keputusan Gayung Patani Pecahan Ketiga
digunakan untuk menangkis musuh apabila musuh menggunakan kaki untuk menyepak rusuk atau paha pengamal. Akibatnya kaki penyerang akan dikunci dengan tangan dicelah kangkangnya dan pelipat kaki yang satu lagi dikunci rapat ke bumi.



6. Keputusan Gayung Fatani Pecahan Keempat
Pecahan keempat pula untuk penyerang yang cuba turunkan badan kebawah dengan niat untuk menyepak kaki pengamal. Akibatnya pelipat kaki dan tangan akan dikunci rapat. Sebagai kesimpulan keputusan buah gayung fatani ini ialah membuat pukulan dan kuncian ada gerakan kedua penyerang. Penyudahnya mengikut rentak lanjut pergerakan kedua penyerang tersebut.

7. Buah Keputusan Sendeng Atas
Buah ini merupakan buah yang dapat memeranjatkan penyerang dengan tangan dan rusuk menjadi sasaran. Matlamat terakhirnya ialah mengunci kaki dan tangan rapat ke bumi.


8. Buah Kilas Belakang
Buah ini merupakan buah yang dapat menjatuh dan mengunci sehingga hilang pertimbangan dan tidak dapat bergerak.


9. Buah Kilas Hadapan
Buah yang dapat digunakan untuk menangkis serangan tangan dari bawah termasuk layangan kerambit dan menangkis serangan kaki yang ditujukan ke perut dan ke bawah. Buah ini akan mengakibatkan tangan penyerang dikunci beserta lehernya, manakala sasaran terakhirnya ialah dada dan muka.

10. Buah Kidong Kiri
Buah yang dapat digunakan teristimewa untuk menangkis serangan secara simbat, dengan tangan dan kaki penyerang dikunci rapat.

11. Buah Kuntau Jatuh
Buah yang dapat menjatuhkan penyerang secara cepat dengan kakinya dikunci kemas. Sasaran terakhirnya ialah nyawa penyerang.
12. Buah Kuntau Kiri
Buah pantas yang dapat mengunci kaki dan tangan penyerang rapat ke bumi dengan cepat. Sasaran terakhirnya ialah membuat penyerang memakan pasir.

13. Buah Kuntau Kiri Gantung
Buah yang akan menyebabkan keseimbangan lawan tergugat secara memeranjatkan. Kaki penyerang akan terkunci dan pemakan akhirnya ialah tengkuk penyerang
14. Buah Kuntau Kanan Gantung
Penyerang akan dikunci kakinya dengan kemas dan buah ini dapat mencabutkan kedua-dua sendi lengan penyerang.

15. Buah Hentak ( Keputusan Silat Harimau )
Kaedah mudah yang dapat menjatuhkan dan mengunci rapat penyerang ke bumi dengan tiba-tiba. Pemakan terakhirnya ialah penyawa, dada dan muka.

16. Buah Ali Patah Atas
Buah ini dapat mengunci kedua-dua tangan penyerang dengan sebelah tangan pengamal sahaja, manakala kaki penyerang akan terkunci rapat ke bumi. Penekanan terakhirnya ialah rusuk muda.

17. Buah Ali Patah Sudah
Kedua-dua pecahan ali patah sudah ini akan menyebabkan leher lawan terkunci. Ia hanya akan sudah dengan khalkum penyerang terjerut akibat henjutan mudah.

18. Buah Selendang
Buah ini akan menyelendangkan tangan penyerang secara kemas. Pemakannya yang terakhir ialah dada penyerang dan pematahan siku.

19. Buah Gari Pecahan Pertama
Leher penyerang akan dikunci kemas beserta dengan tangannya sekali. Kemudian diturunkan ke bumi dengan tangan masih terkunci . pemakan yang terakhir ialah leher penyerang.

20. Buah Gari Gunting
Kaedah yang dapat mengacip leher penyerang dengan menggunakan kombinasi kaki dan tangan pengamal. Tangan penyerang juga dapat dikunci kemas.


21. Buah Paras
i. Buah Paras Pecahan Pertama
Tamparan dan tekaan yang akan menyebabkan penyerang terperanjat dan hilang ingatan seketika. Tangan musuh dikunci dan siku pengamal menekan leher penyerang menyebabkan kesakitan yang amat sangat.

ii. Buah Paras Pecahan Kedua
Buah ini dapat membuatkan penyerang hilang ingatan seketika. Ia mempunyai kuncian menyeluruh yang kemas dan seluruh anggota penyerang tidak dapat bergerak.

iii. Buah Paras Pecahan Ketiga
Buah ini juga akan menyebabkan hilang ingatan seketika. Tangan penyerang akan dikunci dengan menggunakan kaki, menyebabkan mereka tidak dapat bergerak. Sasaran terakhir akan dapat mematahkan sendi tangan penyerang.
22. Buah Keputusan Pasung Kemanga
Tamparan yang terdapat dalam kaedah buah ini akan menyebabkan penyerang terperanjat dan jika bersenjata akan terlepas senjatanya. Tangan dan kaki penyerang akan dikunci kemas seolah-olah dipasung dan tidak dapat bergerak lagi. Pukulan terakhir ialah di leher penyerang.


23. Buah Keputusan Terlak
Buah ini sangat sesuai untuk menangkis serangan tangan kosong atau senjata pendek yang dilakukan secara tikaman dari luar. Ia mempunyai kaedah kuncian tangan yang istimewa, tangan penyerang akan dikunci yang kedudukannya akan menyebabkan seluruh anggota tidak boleh bergerak. Tangan penyerang juga boleh dipatahkan.


24. Buah Keputusan Lintau
Buah ini mempunyai kaedah tamparan yang akan memeranjatkan dan menggoyahkan badan penyerang. Sasaran pukulan terakhirnya ialah perut dan leher penyerang.


25. Buah Hempok
Istimewa untuk menghadapi serangan musuh yang ditujukan ke bahagian kepala, badan musuh akan dijatuhkan terlangkup,. Manakala kaki dan tangan dikunci kemas.





anaaishah suddin
New Member
New Member

Posts : 5
Join date : 2011-02-11

Back to top Go down

Re: sila post kerja kursus anda di thread ini..

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 3 of 3 Previous  1, 2, 3

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum