Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UPSI
Selamat Datang ke Laman Forum SEARAH.

Laman ini adalah Hak Milik sepenuhya oleh Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UPSI.

Anda dikehendaki LOG IN terlebih dahulu untuk memulakan Forum ini.

Sekiranya Anda masih baru, Sila klik butang REGISTER.

~Hidup Warisan Cekak~

Mohon buka semula thread.

View previous topic View next topic Go down

Mohon buka semula thread.

Post  nurul on Sun Feb 13, 2011 8:00 pm

Assalamualaikum saya Nurul Aini Binti Jamil, D20092036973 memohon maaf kerana terlambat menghantar laporan kursus pada ruangan thread En. Zaidi. Pada fahaman saya tarikh mengahantar laporan pada ruangan tersebut adalah pada tengan malam Isnin 14hb Januari 2011 bukanlah pada tengah malam Ahad 13hb Januari 2011. Dengan ini saya sertakan tugasan saya di ruangan ini. Saya amat berharapa agar En. Zaidi dengan timbang rasa dapat membuka semula thread bagi penghantaran tugasan. Sekian, Terima Kasih.

nurul
New Member
New Member

Posts : 7
Join date : 2010-07-17

Back to top Go down

Re: Mohon buka semula thread.

Post  Cikgu Hafis on Sun Feb 13, 2011 8:08 pm

saya beri peluang ke dua pada awak...tapi dengan syarat jawab SYARAT NO 1 dalam topik Saya Akan Pertimbangkan

1) klik Maklumat Terbaru Daripada Persatuan
2) klik Saya Akan Pertimbangkan
avatar
Cikgu Hafis
Admin
Admin

Posts : 424
Join date : 2009-04-20
Location : Seremban

http://www.facebook.com/Din3187

Back to top Go down

Re: Mohon buka semula thread.

Post  no'ul87 on Sun Feb 13, 2011 8:21 pm

Spoiler:
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
CUL2021
SILAT CEKAK II

KUMPULAN KULIAH : A

NAMA PENSYARAH :
EN. ROSLAN BIN

NAMA :
NOORUL ASMA BINTI ABDUL SAMAT
D20092036907

TARIKH SERAH : 12 FEBRUARI 2011

Soalan 1 : Pantun Silat Cekak
Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan

Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri

Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah

Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya

Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat

Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat

Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka

Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.

Penghayatan Pantun Silat Cekak Dalam Kehidupan.
Silat Cekak Hanafi ialah sejenis silat bela diri yang benar-benar asli, bukannya sejenis silat permainan atau Silat Olahraga. Pada rangkap pertama pantun telah tertulis “Lahirnya cekak kerana kesedaran bukan musuh sebagai tujuan” lebih menitikberatkan dari segi mempertahankan diri supaya terlatih dengan keberanian, bukan mengganas atau menceroboh. Hanya bila terpaksa demi keselamatan diri barulah kita akan menyerang. Silat Cekak Hanafi hanya menunggu serangan dengan berdiri lurus seperti berdiri ketika sembahyang dan tidak mengelak ke kiri dan ke kanan bahkan mara ke hadapan di dalam gerak yang satu, makan gerak dalam gerak, sebab sebenarnya hakikat Silat Cekak Hanafi ialah Silat Gerak.
Keadah-kaedah yang diterapkan dalam silat cekak hanafi adalah asli, seperti yang dikatakan dalam rangkap kedua “Silat Cekak benar-benar asli tidak bercampur hak luar negeri”. Pergerakan dan sistem silat ini adalah berasaskan gerak geri semulajadi manusia yang berdasarkan fikiran yang sihat, jiwa yang tenang dan nyata kesesuaiannya dengan prinsip agama Islam serta mempunyai kaedah-kaedah yang tetap dengan mempunyai buah-buah pukulan dan kunci-kunci tangkapan yang cukup dan kemas. Gerak ini pada hakikatnya bukan hak manusia tetapi dikurniai oleh Allah kepada hambanya. Oleh itu silat sebenarnya merangkumi kedua-dua aspek iaitu gerak zahir dan batin. Zahirnya perlu mahir dan batinnya pula kuat mentauhidkan Allah, ini dinyatakan dalam rangkap keempat bunyinya seperti “Silat Cekak pada lahirnyapengertian gerak pada batinnya hendaklah mahir seluruh anggota hendaklah jujur pada jiwanya ”.
Sejarah lampau telah membuktikan betapa silat Melayu telah menjadi wasilah di dalam menjaga agama, bangsa dan negara dari berbagai bentuk ancaman luar dan dalam. Sekiranya konsep dan falsafah asal silat ini dikekalkan dan diterapkan menggunakan kaedah moden, ia akan dapat menambat hati anak muda yang sememangnya dahagakan ilmu mempertahankan diri dan mengalami ketandusan aktiviti pengisian masa senggang mereka. Saya yakin pendidikan yang diterapkan menerusi Seni Silat Cekak Malaysia mampu menjadi salah satu elemen utama ketahanan diri dan seterusnya mengekalkan jati diri pengamalnya.
Silat Cekak menjelaskan secara mendalam tentang konsep diri dan mengenal diri untuk mengenal pencipta-Nya. Kata Guru "Kenalilah dirimu rata-rata, baru kita kenal Tuhanmu yang nyata". Kata-kata ini selalu ditekankan agar kita tidak lupa diri dan sentiasa mensyukuri segala nikmat yang Tuhan kurniakan kepada kita serta dapat menghilangkan sifat ego. Para pemimpin silat ini juga sering menekankan bahawa mempelajari silat ini bukan untuk bermegah-megah tetapi semata-mata untuk menjaga diri seperti dalam rangkap terakhir pantun “Wajiblah menjaga diri sendiri menerima amanah Tuhan rabbi”. Dengan kata lain silat ini bertunjangkan akidah seperti mana jelas ternyata dalam dua daripada matlamat perjuangannya iaitu "Memberi pengertian tentang tujuan dan matlamat bersilat juga tujuan dan mengapa hidup serta matlamat sebenar hidup" dan "Menanam semangat dan roh Islam sebagai pegangan dalam menghadapi sebarang keadaan.
Terdapat tiga pantang larang utama Seni Silat Cekak, iaitu tidak boleh derhaka kepada guru, ibu dan bapa ialah perintis kepada konsep mengenang jasa dan tatatertib dalam menuntut ilmu. Konsep menuntut ilmu dalam Islam pula seperti "Tidak berilmu kalau tidak berguru. Berguru pula perlukan guru yang Mursyid lagi Sidik". Oleh itu, inti sari taat kepada Guru ini ialah konsep "berkat" seperti mana ternyata dalam pantun Cekak seperti, "Taat kepada Guru membawa berkat Sedikit belajar banyak yang dapat Jika menderhaka menjadi mudarat Semua ilmu tiada yang lekat". Dengan berkat dan didikan guru, kita akan terhindar daripada melakukan kerja-kerja mungkar dan sifat buruk seperti khianat, rasuah, ego, berbohong dan sebagainya. Melalui gurulah kita akan dididik untuk mentaati Rasulullah dan Allah. Gurulah yang kita dapat lihat secara lahiriah untuk mendidik kita mentaati yang ghaib dan tidak terlihat menerusi mata kasar. Sementara kesan "keramat" dan "hikmat" kedua ibu bapa pula akan kita perolehi menerusi ketaatan kita kepada kedua-duanya. Penekanan terhadap perkara ini terkandung dalam rangkap Pantun Cekak yang berikut:"Dua ibu bapa tak boleh derhaka Besar jasanya kepada kitaKalau derhaka bahaya menimpa Di akhirat kita masuk neraka". Guru, ibu dan bapa merupakan tiga orang yang tidak memiliki sifat dengki dan senentiasa mengharapkan atau mendoakan kejayaan murid dan anak-anaknya.
Seni Silat Cekak Malaysia sebagai salah satu bidang ilmu dapat menjelaskan secara tepat komponen jati diri yang perlu ada dalam diri kita dan perlu dipertahankan. Seni Silat Cekak Malaysia yang telah dijelaskan juga memiliki elemen-elemen pendidikan yang khusus dalam sistem pelajarannya dan berupaya berperanan menjadi benteng atau pertahanan diri. Pendidikan dalam Seni Silat Cekak juga berupaya melahirkan anggota masyarakat yang sayang akan diri, agama, bangsa dan negara dan seterusnya menjadikan pengamalnya selamat di dunia dan di akhirat.

Soalan 2 : 20 buah peringkat jatuh

1) Buah Jatuh Pertama
Pelipat dan tangan penyerang dikunci sementara khalkum, dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir

2) Buah jatuh Keputusan Gayung Fatani
i- Buah gayung fatani pecahan pertama.
Kaki penyerang disekat dan pemakannya dibahagian siku penyerang

ii- Buah Keputusan Gayung Fatani pecahan kedua

iii- Buah Keputusan Gayung Fatani pecahan ketiga

3) Buah Keputusan Sendeng Atas
Gerak kaki pada buah Sendeng ini membawa empat jenis gerakan :
a) Gelek dengan tumit dan rapat kembali dengan menggunakan hujung kaki
b) Gelek dengan hujung kaki dan rapat kembali dengan hujung kaki
c) Gelek dengan tumit kaki dan rapat kembali dengan tumit kaki
d) Gelek dengan hujung kaki dan rapat balik dengan tumit.
Isu utama ialah sejauh mana penuntut itu berkeupayaan membuat pukulan, seiring dengan perbuatan gelek dan tepisan yang berbentuk awasan. Pastinya pukulan itu disasarkan pada dagu.

4) Buah Kilas Belakang

5) Buah Jatuh Kilas Hadapan
Buah yang dapat digunakan untuk menangkis serangan tangan dari bawah termasuk layangan kerambit dan menangkis serangan kaki yang ditujukan ke perut dan ke bawah. Buah ini akan mengakibatkan tangan penyerang dikunci beserta lehernya, manakala sasaran terakhirnya ialah dada dan muka.

6) Buah jatuh kidong kiri
Memotong Buah Kidung Kiri adalah pada tangan kiri pasangan yang menampar A pada siku pesilat. Ketika pasangan ingin menetak lengan pesilat yang menumbuk maka pada ketika itulah potong tangan kirinya perlu dibuat segera. siku tangan kiri pesilat disendal atau dialaskan pada lutut kiri pesilat . Pemakannya dibahagian leher jika pesilat menampar.

7) Buah Kuntau Jatuh
Buah yang dapat menjatuhkan penyerang secara cepat dengan kakinya dikunci kemas. Sasaran terakhirnya ialah penyawa penyerang.

Cool Buah jatuh kuntau kiri dan kuntau kiri gantung
Buah Kuntau Kiri dan Kuntau Kiri Gantung berkehendakkan pasangan rapat ke badan pesilat sama ada dengan cara kaki kiri melangkah di belakang pelipat atau meletakkan kaki kiri di atas pelipat.

9) Buah Jatuh kuntau kanan gantung
10) Buah jatuh hentak (keputusan silat harimau)
11) Buah Jatuh ali patah atas
Pertamanya, kejutan Kaedah A berserta pukulan di tengkok. Pukulan di tengkok adalah berbentuk ’cucukan’ jari tangan yang terbuka. Penekanan kedua adalah pada tangan kanan yang melakukan pukulan. Setelah membuat pukulan maka tangan kanan bertindak berada di bahagian belakang tengkok pasangan secara telentang. Penekanan ketiga ada kaitan dengan pergerakan kaki kanan pesilat. Seiring dalam proses jatuhan, kaki kanan pesilat perlu melangkah serentak dan bersepadu. Langkahan kaki adalah berdasarkan langkah semula jadi. Setelah semua proses yang ditekankan di atas dapat dilakukan maka pesilat itu akan berada dalam zon ’selamat’. Proses jatuhan berikutnya dapat dilakukan tanpa ada kerisauan yang nyata.
12) Buah Jatuh ali patah sudah
Terdapat 2 pecahan iaitu keadah A dan kaedah B.
• Kaedah A
Pergerakan kaedah adalah bersepadu dengan langkah kaki kanan dan serentak dengan pukulan di leher. Gerak ini berlaku setelah tangan kanan membuat satu pukulan di leher. Kuncian berada dihalkum penyerang jika kuncian yang betul akan menyebabkan leher pasangan sahaja yang berasa sakit kerana perbuatan himpitan.
• Kaedah B
Ketika mengambil kaedah ini genggaman tangan perlu ada. Setelah berjaya menepis penumbuk daripada kawasan dada maka barulah genggaman tersebut boleh dibuka. Ketika proses menepis Kaedah B, penumbuk penyerang yang menggenggam boleh dijadikan senjata. Buah Kuntau Jatuh menjelaskan prinsip berkenaan. dalam kiraan saat dan ketika, tangan kanan yang telah bersedia perlu bawa tengkok rapat ke bahagian kanan badan pesilat. Dengan pantas tangan kiri pesilat bergerak dicelah tangan kiri pasangannya, bagi menyertai tangan kanan untuk membuat kuncian.
13) Buah Jatuh selendang
Ketika masuk dengan Kaedah A, proses awalnya sama seperti Kidung Kiri. Proses akhirnya sama dengan pecahan kedua Gayung Petani. Mengambil Kaedah A pada buah selendang tidak memerlukan tetakan pada tangan penyerang. Gerak Kaedah A pun agak berlainan sikit. Tidak berhenti dekat dengan badan kita. Dalam proses pergerakan tangan kiri pesilat yang menepis, tangan kanan terus memegang pergelangan tangan. Apabila tangan penyerang diletakkan atas bahu, tangan kiri pesilat telah berada pada badan pasangan dengan cara tangan diluruskan. Semua pergerakan berlangsung dalam proses yang bersepadu dan berterusan. Tidak ada mana-mana gerak yang ’bermalam’. Setelah kaki betul-betul berada di belakang pelipat, maka buatlah jatuhan. Tangan kiri pesilat yang mengunci pergerakan badan pasangan, tetap berada dalam keadaan lurus dan genggam tangan.

14) Buah Jatuh gari dan gari gunting
15) Buah Jatuh paras
16) Buah Jatuh keputusan terlak
17) Buah Jatuh keputusan lintau

18) Buah Jatuh Hempok
Istimewa untuk menghadapi serangan musuh yang ditujukan ke bahagian kepala, badan musuh akan terlangkup manakala kaki dan tangan dikunci kemas

19) Buah jatuh luncur
20) Buah jatuh siku potong

no'ul87
New Member
New Member

Posts : 8
Join date : 2011-01-14

Back to top Go down

Re: Mohon buka semula thread.

Post  Cikgu Hafis on Sun Feb 13, 2011 8:25 pm

no'ul87 wrote:

salam no'ul87...awak tak faham ke yang topik untuk hantar assignment telah DITUTUP... Mad
avatar
Cikgu Hafis
Admin
Admin

Posts : 424
Join date : 2009-04-20
Location : Seremban

http://www.facebook.com/Din3187

Back to top Go down

assignment tiada dalam list

Post  hazirah on Mon Feb 14, 2011 5:06 am

assalamualaikum..saya hazirah bt jamal...D20091034990..saya ada post assigment saya pada 12 februari 2011,,tp knapa bila saya cek balik list assingment yang dihantat tu xada??

hazirah
New Member
New Member

Posts : 5
Join date : 2010-07-17

Back to top Go down

Re: Mohon buka semula thread.

Post  Cikgu Hafis on Mon Feb 14, 2011 6:47 am

hazirah wrote:assalamualaikum..saya hazirah bt jamal...D20091034990..saya ada post assigment saya pada 12 februari 2011,,tp knapa bila saya cek balik list assingment yang dihantat tu xada??

mungkin awak salah parking post assignment....jadi secara automatik assignment awak akan didelete....

post sebenar untuk hantar assignmet adalah : sila post kerja kursus anda di thread ini..

sila bersedia jam 11 malam ke atas pada malam nie...saya akan pertimbangkan untuk membuka semula ruangan untuk post assignment.

sebelum tu...sila jawab SYARAT NO 1 saya...

1) klik Maklumat Terbaru Daripada Persatuan
2) klik Saya Akan Pertimbangkan
avatar
Cikgu Hafis
Admin
Admin

Posts : 424
Join date : 2009-04-20
Location : Seremban

http://www.facebook.com/Din3187

Back to top Go down

MOHON BUKA THREAD CEPAT

Post  sinar on Mon Feb 14, 2011 7:33 pm

salam..lama lg k nak kne tnggu???pkul bape??mujur line internet ok..takut tak sempat j nak send..keje banyak lagi..huhu..harap dapat percepatkan buka thread..: )

sinar
New Member
New Member

Posts : 7
Join date : 2011-01-05
Location : KHAR,TG.MALIM

Back to top Go down

Re: Mohon buka semula thread.

Post  muhdafifi on Tue Feb 15, 2011 6:12 pm

hmm kenapalah kamu semua boleh terlewat hantar....kesian abg hafis kena overtime malam ni...saya pulak kena overtime menanda tugasan kamu semua hmm agak mendukacitakanlah tugasan kamu....nampak ade yang tak bace dan ade yang copy n paste bulat2
avatar
muhdafifi
Moderator
Moderator

Posts : 315
Join date : 2009-10-15
Location : kuo

http://ilhamku-nukilanhati.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Mohon buka semula thread.

Post  Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum