Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UPSI
Selamat Datang ke Laman Forum SEARAH.

Laman ini adalah Hak Milik sepenuhya oleh Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UPSI.

Anda dikehendaki LOG IN terlebih dahulu untuk memulakan Forum ini.

Sekiranya Anda masih baru, Sila klik butang REGISTER.





~Hidup Warisan Cekak~

Kertas Kerja cekak 2

View previous topic View next topic Go down

Kertas Kerja cekak 2

Post  SYAHRIN SEJ on Thu Apr 07, 2011 8:22 am

**sila klik SPOILER untuk melihat paparan penuh paperwork**
~ From Admin ~


Spoiler:


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


KERTAS KERJA

________________________________________________________________
SEMINAR PROFESIONALISME
KOKURIKULUM SILAT CEKAK II (CUL 2021)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
________________________________________________________________

TARIKH :
2-3 APRIL 2011

TEMPAT :
DEWAN RAHMAN TALIB
(DRT)

ANJURAN :
KOKURIKULUM SILAT CEKAK II (CUL 2021)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

DENGAN KERJASAMA:
PUSAT KOKURIKULUM &
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI UPSI
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan bagi mendapatkan pertimbangan dengan tujuan berikut:

I. Untuk mendapatkan kelulusan program daripada Y. Bhg. Prof Hj. Iberahim Bin Hassan, Pengarah Pusat Kokurikulum, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
II. Memohon peruntukan kewangan daripada Pusat Kokurikulum Universiti Pendidikan Sultan Idris sebanyak .................

2.0 PENGENALAN

Seminar Profesionalisme ini merupakan sebahagian daripada kerja berkumpulan bagi kokurikulum pada semester ini. Seminar ini bertujuan untuk membentuk sifat-sifat kemampuan, kemahiran, cara perlaksanaan sesuatu bagi melatih ahli Silat Cekak Hanafi dalam melaksanakan aktiviti yang berkonsepkan ilmu persilatan. Pengisian slot-slot dapat menambahkan pengetahuan ahli Silat Cekak Hanafi pada masa akan datang dan membantu mereka apabila menempuh alam pekerjaan di sekolah nanti. Pengisian slot dapat memperluaskan lagi pengetahuan ahli Silat Cekak Hanafi dalam ilmu seni bela diri disamping dapat mempertingkatkan semangat kerja berpasukan dan nilai-nilai yang berkonsepkan keagamaan, moral serta disiplin dalam kalangan ahli Silat Cekak Hanafi.

3.0 OBJEKTIF
Seminar Profesionalisme Silat Cekak Hanafi adalah bertujuan untuk:-
I. Meningkatkan keyakinan ahli dalam ilmu persilatan
II. Mendedahkan ahli bagaimana menguruskan aktiviti bercorak ilmu persilatan di sekolah.
III. Untuk memperlengkapkan ahli dengan ilmu mempertahankan diri yang berasal dari Malaysia dan tidak bercanggah dengan akidah Islam.
IV. Membentuk sahsiah yang bekeperibadian dalam kalangan ahli terutamanya dari segi semangat kerja berpasukan

4.0 JUSTIFIKASI
Seminar Profesionalisme Silat Cekak Hanafi bertujuan untuk membimbing ahli-ahlinya memperoleh kemahiran dalam menguruskan sesuatu program. Aktiviti slot yang disediakan dapat memberikan keyakinan kepada ahli untuk menjadi guru yang sudah mempunyai kemahiran dalam pengurusan organisasi khususnya berkaitan seni bela diri. Seminar Profesionalisme ini juga dapat mendisiplinkan diri dalam kalangan ahli Silat Cekak Hanafi dan secara tidak langsung ia dapat menjadi akar umbi jati diri seseorang ahli agar dapat dipraktikan apabila berada di alam pekerjaan kelak.

5.0 KEMAHIRAN INSANIAH DAN HASIL PEMBELAJARAN
5.1 Ahli dapat memperoleh kemahiran komunikasi yang berkesan dalam menguruskan
sesuatu program.
5.2 Menambah pengetahuan ahli berkaitan Silat Cekak Hanafi untuk dipraktikan dalam
alam pekerjaan khususnya di sekolah.
5.3 Aktiviti yang dijalankan dapat membentuk keperibadian setiap ahli berasaskan :-
i) Kemahiran Komunikasi (KOM)
ii) Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah (KBPM)
iii) Kemahiran Belajar Berterusan dan pengurusan Maklumat (PBPM)
iv) Kemahiran Kerja Berpasukan (PSK)
v) Kemahiran Kepimpinan (PIM)
vi) Etika Profesional (ETIK)

6.0 TARIKH DAN TEMPAT PROGRAM
Tarikh : 2 hingga 3 April 2011.
Hari : Sabtu dan Ahad.
Tempat Program : Bangunan E-learning.

7.0 TETAMU KEHORMAT PERASMI PROGRAM
Tetamu Kehormat : Dr Azali bin Rahmat
Pengarah Pusat Kokurikulum, Universiti Pendidikan Sultan Idris.


8.0 KUMPULAN SASARAN/PESERTA
Seminar Profesionalisme ini ditujukan kepada ahli Silat Cekak II.

9.0 TENTATIF PROGRAM
SEMINAR PROFESIONALISME SILAT CEKAK II
Sabtu, 2 April 2011
MASA TAJUK
8.30 a.m Pendaftaran Peserta
10.00 a.m Slot 1 (Aplikasi Silat Dalam Kehidupan)
- Aktiviti Berkumpulan
- Soal Jawab
12.30 a.m Rehat, Makan dan Solat
2.00 p.m Slot 2 (Silat Membentuk Keperibadian Mulia)
- Aktiviti Berkumpulan
- Soal Jawab
4.15 p.m Rehat, Minum Petang dan Solat
5.00 p.m Ujian Praktikal Silat Cekak II (Pakaian Silat)
- Ujian Buah Jatuh
7.00 p.m Bersurai

Ahad, 3 April 2011
MASA TAJUK
8.00 a.m Pendaftaran Peserta
9.00 a.m Slot 3 (Silat dan Pengorganisasian)
- Aktiviti Berkumpulan
- Soal Jawab
10.45 a.m Rehat, dan Minum Pagi
11.15 p.m Slot 4 (Muhasabah Diri)
- Soal Jawab.
1.15 p.m Rehat, Makan, Solat.
2.30 p.m Perasmian Penutup
- Ucapan Perasmi
- Penyampaian Sijil
5.00 p.m Bersurai

10.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK
Pengarah Program : MOHAMAD SYAHRIN BIN ABDUL RAZAK
Timbalan Pengarah Program : NURDIAH BT DERAMAN
Setiausaha : HASNOR IZZATI BT CHE RAZALI
Timbalan Setiausaha : HAZIHA NADIA BT WAHAB
Bendahari : MURNI BT MAT JALI

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

AJK PROTOKOL:

1. ASLINAH BT ABD MAJID (KETUA)
2. SARIYATI BT ABDUL HADJI
3. ZUNAIRAH BT ABU BAKAR
4. NOR HAFIZAH BT ISHAK
5. SUFI HAFAWATI BT IDERIS
6. NORSURIANI BT ZAHADI
7. NUR AIN IZZATI BT JASNI
8. MILLATINA BT MOHD GHAZALLY



AJK URUSETIA:

1. SITI NUR AQILAH BT ROSNI (KETUA)
2. UMMI UMAIROH BT OTHMAN
3. SITI ZUBAIDAH BT LOOD
4. CHE NOOR AMALINA BT CHE SELAIMAN
5. ZURIHA BT ABDULLAH
6. NORHAFIZA BT JAMALUDDIN
AJK AKTIVITI:
1. NURASHIKIN BT ZAHARI (KETUA)
2. HAZIRAH BT JAMAL
3. SITI NORBAIZURA BT CHE RAMLAN
4. NURUL IZATI BT HANIFAH
5. MUHAMMAD NUR HAFIZ BIN RASHID


AJK PERSIAPAN TEMPAT:

1. NOOR AMIRA LIANA BT ISMAIL (KETUA)
2. ASMA’ BT ABD SALAM
3. NOOR AMIRAH BT HUSIN
4. NIK NOR HELWINA BT NIK DIN
5. NOR HABIBAH BT AB AZIB
6. HANIFATON MUNIRAH BT BURHANUDDIN
7. ANIS SAKINAH BT ZAKARIAH
8. NAZIRATUL ASYIKIN BT MOHD SAM


AJK TEKNIKAL DAN PERALATAN:

1. HARIZ BIN ABDUL RAZAK (KETUA)
2. MOHD ASMIZAN BIN AZMAN
3. NOR ‘ASYIKIN BT MOHD SHAMSUDIN
4. NABIHAH BT ADNAN
5. ZATUL HIJANAH BT AYUB
6. NOOR AKMANIAH BT ARWAE


AJK SIJIL DAN CENDERAHATI:

1. NURHAZWANI BT OTHMAN (KETUA)
2. AZIRAH BT ABDUL AZIZ
3. MUHAMMAD AMIRUL AZMI BIN AHMAD NAZRI
4. NOORUL ASMA BT ABDUL SAMAT
5. NURUL AINI BT JAMIL
6. NORWAHIDA BT MAKHTAR
7. NURALIENA BINTI MADZLAN
8. SITI NOR ANA BINTI SALEHUDIN


AJK PUBLISITI DAN DOKUMENTASI:

1. MOHAMAD SUHAIMI BIN ABD RAHAMAN (KETUA)
2. MOHD HANIFFA BIN ANUAR
3. MUHAMMAD MUSTAQIM BIN MOHD ZULKIFLY
4. NOOR FARHANA BT FAUZI
5. NOR SUHADA BT MD.ISA
6. KHAIRUN NADZIRAH BT MOHD SAID
7. SITI MASTURAH BT ABD SHUKOR
8. SITI HAJAR BT HASSIM

AJK MAKANAN DAN MINUMAN:
1. NOOR MASTURA BT MOHD (KETUA)
2. MOHD ARIFF BIN SULAIMAN
3. MOHD ZAWAWI BIN ABDULLAH
4. MOHD AZZAHAIRI BIN SULAIMAN
5. NUR AFIQAH BT MUHAMAD APANDI
6. NUR ILIYANA BT SHAFEAI
7. MUNIRAH BT SAFIEE
8. NURUL IDAYU BT MAT NOR
9. NUR RASYIDAH BT AB WAHAB

AJK PENGANGKUTAN:

1. AMEERA BT YAHYA (KETUA)
2. NURSHAHIDA BT CHE HARIS
3. SITI MUNIRAH BT ALIAS

AJK TUGAS-TUGAS KHAS:

1. NURUL SYUHADA BT ISHAK (KETUA)
2. NORAZLIN BT SALAHUDIN ABD AZIZ
3. NURUL AIN BT ABDUL HAMID
4. ASLISA BT TEGOH

AJK KEBERSIHAN:

1. NUQMAN BIN ABU BAKAR (KETUA)
2. MOHD AMIRUL ADLI BIN MUHAMAD NASRI
3. NORASHIKIN BT GHAZALI
4. NABILAH BT RODZUAN
5. NORHAIDA BT ELIAS
11.0 ANGGARAN KEWANGAN
11.1 Anggaran Pendapatan
BIL PERKARA ANGGARAN ( BIL. PELAJAR X HARGA SEORANG) JUMLAH
1. Yuran Peserta (102 X RM 10.00) RM 1020.00
2. Sumbangan Pusat Kokurikulum (102 X RM 20.00) RM 2040.00
JUMLAH PENDAPATAN RM 3060.00

11.2 Anggaran Perbelanjaan
1. Pentadbiran
- Kertas A4 (RM 10.00) RM 10.00
- Tag Nama (102 Ahli) (RM 1.50 X 102 Keping) RM 153.00
JUMLAH RM 163.00

BIL PERKARA ANGGARAN (BIL. PELAJAR X BILANGAN HARI / SEUNIT) JUMLAH
1. Makanan Peserta
- Minum Pagi (102 X RM 2.00) RM 204.00
- Makan Tengahari (102 X RM 4.00 X 2 HARI) RM 816.00
- Minum Petang (102 X RM 2.00 X 2 HARI) RM 408.00
2. Makanan VIP
- Minum Pagi (5 X RM 2.50) RM 12.50
- Makan Tengahari (5 X RM 5.00 X 2 HARI) RM 50.00
- Minum Petang (5 X 3.00 X 2 HARI) RM 30.00
JUMLAH RM 1520.50

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH
1. Cenderahati Perasmi (RM 50.00 X 1) RM 50.00
2. Bayaran Penceramah (RM 200.00 X 4 Orang) RM 800.00
3. Sijil Peserta ( RM 1.00 X 102) RM 102.00
JUMLAH RM 952.00

Jumlah Anggaran Pendapatan = RM 3060.00
Jumlah Anggaran Perbelanjaan = RM 163.00 + RM 1520.50 + RM 952.00
= RM 2635.50

Baki = RM 3060.00 – RM 2635.50
= RM 424.50



12.0 PENUTUP

Seminar Profesionalisme Silat Cekak II diharapkan dapat memberi manfaat kepada
ahli yang bakal menjadi pendidik di sekolah kelak. Mereka dapat memimpin dan mampu
mengendali serta mentadbir persatuan di sekolah dengan jayanya. Menjadi harapan
semua pihak jawatankuasa agar kursus ini mendapat sokongan daripada semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi melancarkan dan menyempurnakan perlaksanaannya. Sokongan daripada semua pihak akan memastikan
Objektif dan matlamat program tercapai. Oleh itu, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan tiap-tiap seorang daripada mereka atas sumbangan wang ringgit, buah fikiran dan kepakaran dalam menjayakan seminar ini. Ucapan jutaan terima kasih diberikan kepada ahli jawatankuasa pelaksana yang bertungkus-lumus demi menjayakan aktiviti program Seminar Profesionalisme Silat Cekak II untuk semester ini.




Disediakan Oleh:-

………………………………………
(MOHAMAD SYAHRIN BIN ABDUL RAZAK)
Pengarah Program,
Kursus Pengorganisasian Silat Cekak Hanafi 2,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900, Tanjong Malim, Perak.



Disemak Oleh :-

………………………………………
(EN ROSLAN BIN MOHAMAD)
Jurulatih Silat Cekak Ustaz Hanafi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900, Tanjong Malim, Perak.


Diperakukan Oleh :-

……………………………………….
(DR. SABRI BIN MD SALLEH)
Penyelaras Kokurikulum Badan Beruniform
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim Perak



Diluluskan Oleh :-


………………………………………...
(DR AZALI BIN RAHMAT)
Pengarah
Pusat Kokurikulum
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim Perak

SYAHRIN SEJ
New Member
New Member

Posts : 6
Join date : 2010-07-19
Location : Seri Iskandar,Perak

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum