Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UPSI
Selamat Datang ke Laman Forum SEARAH.

Laman ini adalah Hak Milik sepenuhya oleh Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UPSI.

Anda dikehendaki LOG IN terlebih dahulu untuk memulakan Forum ini.

Sekiranya Anda masih baru, Sila klik butang REGISTER.





~Hidup Warisan Cekak~

Join the forum, it's quick and easy

Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UPSI
Selamat Datang ke Laman Forum SEARAH.

Laman ini adalah Hak Milik sepenuhya oleh Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UPSI.

Anda dikehendaki LOG IN terlebih dahulu untuk memulakan Forum ini.

Sekiranya Anda masih baru, Sila klik butang REGISTER.





~Hidup Warisan Cekak~
Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UPSI
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 )

+88
d035210
maratussufi
suriani zahadi
d039070
asyikin
akfanazraf29
amirul87
taqim11
fyeza
sinar
Nur Farizun
haura
cik syidah
nurul ain
nursyah
hazirah
Nur Iliyana Shafeai
zatie1611
Nurul Hidayah
NOOR AKMANIAH BINTI ARWAE
zatul ptq
cikgu pija
hafiznur
Azirah
dila
ash_deen89
munirah
d035708
assifjiddan
ron_adahus
idayu
sufi hafawati ideris
juzuriha
d035119
nurdiah deraman
ummi umairoh
shahieda
cik dyana
D035754
smilyous
Cik Nora
abqariyyah90
nomasra
clover
SITI ZARIMAH BINTI SHAFIE
khairun
nurul
SYAHRIN SEJ
no'ul87
byha
Che noor amalina
nurhazwani othman
d034862
mubsyirah
mas
zunairah
peacemaker
aishah
farahrara89
melaka
nurshahryzal
sariyati
ayu
Nur Afiqah Muhamad Apandi
D035207
nisa
norana
kreisya
baizura90
norhaida
millatina
qiela
dyana87
p9
NikNorHelwinaNikDin
xuezubaidah
misz
nadia
iena
Sufi Hafawati
suhaimi
wardatulsakinah
asy_shams
umieumyrah
liyanaam
farhanafauzi
ayyuni207
Cikgu Hafis
92 posters

Page 5 of 5 Previous  1, 2, 3, 4, 5

Go down

Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 ) - Page 5 Empty NAZIRATUL ASYIKIN BINTI MOHD SAM ( Kerja kursus silat cekak 2)

Post  asyikin Sat Feb 19, 2011 11:22 am



NAZIRATUL ASYIKIN MOHD SAM
D20091035116

PANTUN SILAT CEKAK:
Lahirnya Cekak kerana kesedaran,
Bukan bermusuh sebagai tujuan,
Untuk mendaulatkan seni kebangsaan,
Mensesuaikan dengan makna kemerdekaan.

Silat Cekak benar-benar asli,
Tidak bercampur hak luar negeri,
Hendaklah belajar bersungguh hati,
Untuk menjaga diri sendiri.

Silat Cekak tersangatlah mudah,
Bagi mereka yang mendapat hidayah,
Sungguhpun begitu hendaklah tabah,
Insya-Allah mendapat faedah.

Silat Cekak pada lahirnya,
Pengertian gerak pada batinnya,
Hendaklah mahir seluruh anggota,
Hendaklah jujur pada jiwanya.

Taat ke guru membawa berkat,
Sedikit belajar banyak yang dapat,
Jika menderhaka menjadi mudarat,
Semua ilmu tiada yang lekat.

Sebenar guru ada hakikat,
Dikuat pula amalan syariat,
Ditambah pula ilmu makrifat,
Berpakaian pula dengan isyarat.

Dua ibu bapa tak boleh derhaka,
Besar jasanya kepada kita,
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka

Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.

"Penghayatan Pantun Silat Cekak Dalam Kehidupan"
Sekali membaca Pantun Silat Cekak ini, pasti mereka akan berasa kagum dengan warisan persilatan silat cekak ini. Bahasa yang digunakan di dalam pantun mudah difahami dan diselitkan dengan pelbagai nilai-nilai murni yang mana ianya menjadi satu nadi bagi mereka yang ingin mempelajari Silat Cekak ini. Nilai-nilai yang ditekankan tidak harus dipandang enteng oleh mereka yang sedang belajar ilmu persilatan ini dan yang sudah mengamalkannya dlam kehidupan harian. Perkara yang nampaknya mudah dan kecil sebenarnya memberi kesan yang menyeluruh dalam kehidupan kita. Sebelum mempelajari sesuatu ilmu khususnya kepada ilmu persilatan ini, niat yang baik dan murni hendaklah dimulakan. Seperti dalam hadith yang bermaksud,
‘ Sesungguhnya semua amalan adalah dengan niat yang baik dan setiap manusia memperolehi pahala mengikut niatnya’ -Imam Nawawi-
Ilmu persilatan Silat Cekak ini bukanlah dipelajari kerana kemegahan, kekuatan dan riya’ dalam mencari musuh dan sebagainya . Namun ilmu ini sebenarnya dipelajari atas niat yang pertama sekali kerana ingin mempertahankan diri daripada sebarang kemungkinan yang berlaku sekiranya kita diancam oleh sesuatu memberhayakan seperti mahu diserang, dipukul, dicabul dan sebagainya. Hal ini tidaklah pelik, kerana dengan melihat kepada kondisi kehidupan yang mencabar ini, sebarang kejadian mungkin berlaku. Sesuatu kejahatan yang akan menimpa kita, kadang-kadang tanpa kita sedari. Selaras dengan ajaran daripada pegangan kita iaitu Al-quran yang menerangkan mengenai kepentingan menjaga diri di dalam surah yang bermaksud,
Pantun Silat Cekak ini juga mengajar kita supaya menjaga keseimbangn dalam kecemerlangan rohani dan jasmani. Terdapat mereka yang mengamalkan ilmu persilatan secara umum hanya mementingkan kecemerlanan jasmani sahaja. Mereka tekun belajar sehingga menjadi hebat dalam persilatan namun kebersihan rohani tidak terjaga. Sifat sombong, riak, hasad dengki dibiarkan menguasai diri sehinggakan mereka mereka sendiri memberi kesan yang buruk dalam organisasi kemasyarakatan. Ilmu persilatan ini juga dipelajari bagi individu yang ingin mendaulatkan seni warisan melayu itu sendiri, jika hilang warisan ini maka hilanglah erti identiti melayu di tanah air. Orang-orang terdahulu amat menjaga kesenian warisan melayu ini, sehinggakan kaum lain memperakui kehebatan seni silat ini. Generasi kini yang mempelajari hendaklah meneruskan perjuangan menjaga maruah seni silat khususnya Silat Cekak ini agar tidak disalah gunakan dan tidak diperkotak-katikkan oleh orang lain.
Pantun ini juga menasihatkan kita supaya mentaati kepada semua guru-guru yang mengajar khususnya mengenai ilmu persilatan Silat Cekak ini. Hal ini kerana, ianya juga salah satu ajaran agama yang dituntut kerana gurulah orang yang memberikan ilmu sehingga daripada kita tidak mengetahui apa-apa berubah menjadi seorang yang pandai dalam ilmu tersebut. Guru mahupun jurulatih silat cekak merupakan orang yan hebat kerana mereka sanggup berletihan mengajar anak murid tanpa rasa penat dan putus asa walaupun anak muridnya mempunyai pelbagai karenah dan gaya mutu pembelajaran. Sebagai murid, mereka harus menghormati dan jauhkan sikap tidak sopan di hadapan guru yang mana boleh menyakitkan hati guru kerana ianya sedikit sebanyak menggangu proses mencari ilmu. Ilmu tidak akan masuk ke dalam hati mereka yang menyakitkan hati guru kerana keberkatan ilmu daripada seseorang guru amat penting dan seharusnya tidak dipandang enteng.
Kasihi dan hormati ibu bapa juga salah satu nilai yang dapat diterapkan dalam kehidupan harian berdasarkan Pantun Silat Cekak ini. Ia merupakan juga salah satu pantang larang yang terdapat dalam ilmu persilatan Silat Cekak ini. Islam mengajar kita tidak menderhaka kepada kedua ibu bapa kerana merekalah yang membesarkan dan menjaga kita sehingga dewasa. Kita seharusnya berbakti kepada kedua ibu bapa dan membalas jasa mereka dengna menjadi anak yang baik dan berjasa. Hal ini sesuai dengan ayat Al-quran yang bermaksud di dalam Surah Al-Luqman(31:14) yang bermaksud,
‘ Dan kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kepadakedua orang tuanya. Ibunya telah menandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun, Bersyukurlah kepada- Ku dan kepada kedua orang tuamu.Hanya kepada Aku kembalimu’ .
Konklusinya, ilmu persilatan Silat Cekak bukan sahaja memartabatkan warisan seni melayu malah ianya mengajar supaya kita bijak menyeimbangkan rohani yakni dalaman hati seseorang dan juga jasmani yakni kita berusaha menjaga keselamatan tubuh badan daripada sebarang kecelakaan selain mmbuat pergantungan kepada ALLAH.


20 Buah Jatuh
Buah Pertama
Pelipat dan tangan penyerang dikunci
Sementara khalkum, dada dan
penyawa menjadi sasaran akhir





Buah Keputusan Gayung Fatani Pecahan Pertama
Penyerang yang menarik balik penumbuk
Untuk mengubah ke cara serangan lain.Ini
akan mengakibatkan penyerang akan
dijatuhkan, pelipat dan tangan penyerang
dikunci, sementara khalkum, dada dan
penyawa menjadi sasaran akhir



Buah Keputusan Gayung Fatani Pecahan Kedua
Ianya digunakan sekiranya musuh melankah
ke hadapn untuk menyerang semula dengan
menggunakan kaki. Akibatnya penyeran akan
dikunci pelipatnya.





Buah Keputusan Gayung Fatani Pecahan Ketiga
Penyerang cuba turunkan badan kebawah
dengan niat untuk menyepak kaki pengamal.
Akibatnya, pelipat kaki dan tangan akan
dikunci rapat.



Buah keputusan Sendeng Atas
Buah ini dapat memeranjatkan penyeran
dengan tanan dan rusuk menjaadi
sasaran. Matlamat terakhirnya ialah
mengunci kaki dan tangan penyerang
rapat ke bumi.




Buah kilas Belakang
Buah ini dapat menjatuhkan dan mengunci
sehinga hilang pertimmbangan dan tidak
bergerak

Buah Kilas Hadapan
Buah ini dpat digunakan untuk menangkis
Serangan tangan dari bawah termasuk
layangan kerambit dan menangkis
serangan kaki yang ditujukan ke perut dan
ke bawah. Buah ini akan mengakibatkan
tangan penyerang dikunci beserta
lehernya manakal sasaran terakhirnya ialah
dada dan muka.


Buah Kidong Kiri
Buah yang dapat digunakan teristimewa
untuk menangkis serangan secara simbat,
dengan tagan dan kaki penyerang dikunci
rapat





Buah Kuntau Jatuh
Buah yang dapat menjatuhkan penyerang
secara cepat dengan kakinya dikunci
kemas . Sasaran terakirnaya ialah nyawa
penyerang.

Buah Kuntau Kiri
Buah pantas yang dapat mengunci kaki dan
tanan penyerang rapat ke bumi dengan
cepa.Sasaran terakhirnya ialah membuat
penyerang memakan pasir.





Buah Kuntau Kiri Gantung
Keseimbangan lawan akan tergugat
secara memeranjatkan. Kaki peneyerang
akan terkunci dan pemakan akhirnya
ialah tengkok penyerang.






Buah Kuntau Kanan Gantung
Penyerang akan dikunci kakinya dengan
kemas dan buah ini dapat mencabutkan
kedua-dua sendi lengan penyerang






Buah Hentak
Kaedah ini dapat menjatuhkan dan mengunci
rapat para penyerang ke bumi dengan
tiia-tiba-tiba. Pemakan terakhirnya ialah
pnyawa, dada, dan muka.


Buah Ali Patah Atas
Buah ini dapat mengunci kedua-dua tangan
penyerang kaki penyerang akan terkunci
rapat ke bumi.penekanan terakhirnya ialah
rusuk muda.






Buah Ali Patah Sudah
Leher penyerang akan terkunci. Ia hanya akan sudah
dengan khalkum, penyeran terjerut akibat
henjutan mudah




Buah Selendang
Buah ini akan menyelendangkan tangan
penyerang secara kemas. Pemakannya yang
terakhir ialah dada peneyerang dan
pematahan siku.




Buah Gari Pecahan Pertama
Leher penyerang akan dikunci kemas beserta
dengan tangannya sekali. Kemudian
diturunkan ke bumi dengan tangan masih
terkunci. Pemakan yang terakhir ialah leher
penyerang.



Buah Gari Gunting
Kaedah yang dapat mengacip leher penyerang
denan menggunakan kombinasi kaki dan
tangan pengamal. Tangan penyerang juga
dapat dikunci kemas.

Buah Paras Pecahan Pertama
Tamparan dan tetakan yang akan
menyebabkan penyerang terperanjat dan
hilang ingatan seketika.Tangan musuh
dikunci dan siku penamal ditekan ke leher
penyerang menyebabkan kesakitan yang amat
sangat.




Buah Paras Pecahan Kedua
Buah ini embuatkan penyerang hilang ingatan
sekejap. Ia mempunyai kuncian menyeluruh
yang kemas dan seluruh anota penyerang tidak
dapat bergerak.


Buah Keputusan Pasung Kemanga
Tamparan yan terdapat dalam kaedah buah ini
akan menyebabkan penyerang terperanjat dan
jika bersenjata akan terlepas senjatanya.
Tangan dan kaki penyerang akan dikunci kemas
seolah-olah dipasung dan tidak dapat bererak
lagi. Pukulan terakhir ialah di leher peyerang.


Buah Keputusan Terlak
Buah ini sangat sesuai menangkis tangan
kosong atau serangan senjata pendek yang
dilakukan tikaman dari luar. Ia mempunyai
kaedah kuncian tangan yang istimewa, tangan
penyerang akan dikunci kedudukannya akan
memebabkab seluruh anota tidak dapat
bererak.Tangan peneyeran jua boleh
dipatahkan.


Buah Keputusan Lintau
Buah ini terdapat tamparan yang akan
memeranjatkan dan menggoyah badan
penyerang. Sasaran seterusnya ialah pukulan
perut dan leher penyerang.



Buah Hempok
Istimewa untuk serangan ditujukan bahagian
kepala pengamal. Badan musuh akan dijatuh
akan terlangkup. Manakala kaki dan tangan
dikunci kemas.



Last edited by asyikin on Sun Feb 20, 2011 11:48 am; edited 1 time in total

asyikin
New Member
New Member

Posts : 8
Join date : 2011-02-19
Location : pahang

http://naziratulasyikin@yahoo.com

Back to top Go down

Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 ) - Page 5 Empty Re: Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 )

Post  d039070 Sun Feb 20, 2011 6:21 am

WAN NOR ROZIATY BINTI WAN MAT RONI
D20101039070

d039070
New Member
New Member

Posts : 5
Join date : 2011-02-12

Back to top Go down

Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 ) - Page 5 Empty Re: Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 )

Post  d039070 Sun Feb 20, 2011 6:23 am

WAN NOR ROZIATY BINTI WAN MAT RONI
D20101039070

d039070
New Member
New Member

Posts : 5
Join date : 2011-02-12

Back to top Go down

Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 ) - Page 5 Empty Re: Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 )

Post  asyikin Sun Feb 20, 2011 11:39 am

NAZIRATUL ASYIKIN MOHD SAM
D20091035116

asyikin
New Member
New Member

Posts : 8
Join date : 2011-02-19
Location : pahang

http://naziratulasyikin@yahoo.com

Back to top Go down

Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 ) - Page 5 Empty pengesahan ahli silat cekak 2

Post  suriani zahadi Sun Feb 20, 2011 2:52 pm

nama : norsuriani binti zahadi
no.matrik : d20091036055

suriani zahadi
Inactive Member
Inactive Member

Posts : 1
Join date : 2010-08-16

Back to top Go down

Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 ) - Page 5 Empty Re: Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 )

Post  maratussufi Sun Feb 20, 2011 6:14 pm

NAMA : NORASHIKIN BT GHAZALI

NO.MATRIK : D20091036447
maratussufi
maratussufi
Inactive Member
Inactive Member

Posts : 1
Join date : 2011-02-20

Back to top Go down

Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 ) - Page 5 Empty Re: Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 )

Post  nomasra Sun Feb 20, 2011 6:34 pm

nama: noor mastura binti mohd
no.matrik: d20091035358
nomasra
nomasra
New Member
New Member

Posts : 5
Join date : 2010-09-01

Back to top Go down

Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 ) - Page 5 Empty Re: Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 )

Post  d035210 Mon Feb 21, 2011 2:28 am

nama: norwahida binti makhtar
no.matrik: D20091035210

d035210
Inactive Member
Inactive Member

Posts : 1
Join date : 2011-01-05

Back to top Go down

Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 ) - Page 5 Empty pengesahan ahli silat cekak2

Post  alina Mon Feb 21, 2011 6:11 am

saya nuraliena bt madzlan
d20091035158

alina
New Member
New Member

Posts : 4
Join date : 2011-01-05

Back to top Go down

Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 ) - Page 5 Empty Re: Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 )

Post  Fasihah Tue Feb 22, 2011 8:26 pm

NAMA: Norfasihah Bte Adnan
No Matrik: D20091035754

Fasihah
Inactive Member
Inactive Member

Posts : 2
Join date : 2011-02-06
Location : TANJUNG MALIM

Back to top Go down

Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 ) - Page 5 Empty aslmkum

Post  ariz insyirah Wed Feb 23, 2011 2:30 am

hariz bin abdul razak
d20092036850

ariz insyirah
New Member
New Member

Posts : 4
Join date : 2011-02-22

Back to top Go down

Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 ) - Page 5 Empty Re: Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 )

Post  assifjiddan Mon Mar 07, 2011 8:08 am

Nama : Ameera Binti Yahya
No Matrik : D20091034814

assifjiddan
New Member
New Member

Posts : 7
Join date : 2011-01-22
Location : PASIR PUTEH, KELANTAN

Back to top Go down

Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 ) - Page 5 Empty Re: Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 )

Post  amirul87 Thu Mar 31, 2011 2:14 pm

nama: mohd amirul adli bin muhamad nasri
matrik :D20092036849

amirul87
Inactive Member
Inactive Member

Posts : 2
Join date : 2011-02-14

Back to top Go down

Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 ) - Page 5 Empty salam

Post  haura Fri Apr 01, 2011 12:14 pm

nama : Fatini bt Muhammad
no matrik : D20091035774

haura
New Member
New Member

Posts : 5
Join date : 2011-01-05
Location : Pasir Mas, Qlate

Back to top Go down

Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 ) - Page 5 Empty Re: Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 )

Post  ncanselor Sat Apr 02, 2011 2:52 am

LUQMANULHAKIM BIN ABUNAIM
D20081033497

ncanselor
Inactive Member
Inactive Member

Posts : 1
Join date : 2011-02-22

Back to top Go down

Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 ) - Page 5 Empty Re: Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 )

Post  sinar Mon Apr 04, 2011 11:59 pm

SITI NUR AQILAH BINTI ROSNI
D20091036075

sinar
New Member
New Member

Posts : 7
Join date : 2011-01-05
Location : KHAR,TG.MALIM

Back to top Go down

Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 ) - Page 5 Empty Re: Pengesahan Ahli Cekak 2 ( Januari 2011 )

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 5 of 5 Previous  1, 2, 3, 4, 5

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum