SILA POSTKAN ASSIGNMENT ANDA DAN PEMBETULAN SOALAN ESEI DI SINI
+21
wardatulsakinah
ash_deen89
sinar
Nurul Hidayah
d039070
yasmine
assifjiddan
Nur Iliyana Shafeai
Munirah Safiee
myra lyana ismail
dila
munirah
aishah
NOOR AKMANIAH BINTI ARWAE
mas
xuezubaidah
alina
d034862
Cik Nora
asyikin
eddie0611
25 posters
Page 1 of 2 • 1, 2
SILA POSTKAN ASSIGNMENT ANDA DAN PEMBETULAN SOALAN ESEI DI SINI
assalamualaikum...ini adalah peluang terakhir untuk anda postkan assignment serta pembetulan assignment bagi soalan esei..
terlebih dahulu nama, no matrik dan status (lewat post/pembetulan) harus ditype sebum pastekan kerja anda di sini.
Peringatan sekali lagi buat, pelajar yang membuat pembetulan bagi kesalahan plagiat; anda dikehendaki post di thread ini serta berikan hard copy hasil kerja pembetulan anda selewat-lewatnya pada hari sabtu ini. soft copy di cd tidak perlu dihantar.
Luqmanulhakim, anda dikehendaki menghantar kepada saya hard copy assignment anda di meja persatuan silat cekak hanafi, bilik gerakan persatuan bitarasiswa pada jam 1.00 tgh hari esok (rabu 23 Februari 2011)
THREAD INI AKAN DITUTUP PADA HARI SABTU 26 FEBRUARI 2011 JAM 12.01 PAGI.
terlebih dahulu nama, no matrik dan status (lewat post/pembetulan) harus ditype sebum pastekan kerja anda di sini.
Peringatan sekali lagi buat, pelajar yang membuat pembetulan bagi kesalahan plagiat; anda dikehendaki post di thread ini serta berikan hard copy hasil kerja pembetulan anda selewat-lewatnya pada hari sabtu ini. soft copy di cd tidak perlu dihantar.
Luqmanulhakim, anda dikehendaki menghantar kepada saya hard copy assignment anda di meja persatuan silat cekak hanafi, bilik gerakan persatuan bitarasiswa pada jam 1.00 tgh hari esok (rabu 23 Februari 2011)
THREAD INI AKAN DITUTUP PADA HARI SABTU 26 FEBRUARI 2011 JAM 12.01 PAGI.
eddie0611- Moderator
- Posts : 64
Join date : 2009-07-16
Location : Rawang
assighment silat cekak 2 2011 .NAZIRATUL ASYIKIN MOHD SAM.D20091035116.lewat post
- Spoiler:
- PANTUN SILAT CEKAK:
Lahirnya Cekak kerana kesedaran,
Bukan bermusuh sebagai tujuan,
Untuk mendaulatkan seni kebangsaan,
Mensesuaikan dengan makna kemerdekaan.
Silat Cekak benar-benar asli,
Tidak bercampur hak luar negeri,
Hendaklah belajar bersungguh hati,
Untuk menjaga diri sendiri.
Silat Cekak tersangatlah mudah,
Bagi mereka yang mendapat hidayah,
Sungguhpun begitu hendaklah tabah,
Insya-Allah mendapat faedah.
Silat Cekak pada lahirnya,
Pengertian gerak pada batinnya,
Hendaklah mahir seluruh anggota,
Hendaklah jujur pada jiwanya.
Taat ke guru membawa berkat,
Sedikit belajar banyak yang dapat,
Jika menderhaka menjadi mudarat,
Semua ilmu tiada yang lekat.
Sebenar guru ada hakikat,
Dikuat pula amalan syariat,
Ditambah pula ilmu makrifat,
Berpakaian pula dengan isyarat.
Dua ibu bapa tak boleh derhaka,
Besar jasanya kepada kita,
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka
Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.
"Penghayatan Pantun Silat Cekak Dalam Kehidupan"
Sekali membaca Pantun Silat Cekak ini, pasti mereka akan berasa kagum dengan warisan persilatan silat cekak ini. Bahasa yang digunakan di dalam pantun mudah difahami dan diselitkan dengan pelbagai nilai-nilai murni yang mana ianya menjadi satu nadi bagi mereka yang ingin mempelajari Silat Cekak ini. Nilai-nilai yang ditekankan tidak harus dipandang enteng oleh mereka yang sedang belajar ilmu persilatan ini dan yang sudah mengamalkannya dlam kehidupan harian. Perkara yang nampaknya mudah dan kecil sebenarnya memberi kesan yang menyeluruh dalam kehidupan kita. Sebelum mempelajari sesuatu ilmu khususnya kepada ilmu persilatan ini, niat yang baik dan murni hendaklah dimulakan. Seperti dalam hadith yang bermaksud,
‘ Sesungguhnya semua amalan adalah dengan niat yang baik dan setiap manusia memperolehi pahala mengikut niatnya’ -Imam Nawawi-
Ilmu persilatan Silat Cekak ini bukanlah dipelajari kerana kemegahan, kekuatan dan riya’ dalam mencari musuh dan sebagainya . Namun ilmu ini sebenarnya dipelajari atas niat yang pertama sekali kerana ingin mempertahankan diri daripada sebarang kemungkinan yang berlaku sekiranya kita diancam oleh sesuatu memberhayakan seperti mahu diserang, dipukul, dicabul dan sebagainya. Hal ini tidaklah pelik, kerana dengan melihat kepada kondisi kehidupan yang mencabar ini, sebarang kejadian mungkin berlaku. Sesuatu kejahatan yang akan menimpa kita, kadang-kadang tanpa kita sedari. Selaras dengan ajaran daripada pegangan kita iaitu Al-quran yang menerangkan mengenai kepentingan menjaga diri di dalam surah yang bermaksud,
Pantun Silat Cekak ini juga mengajar kita supaya menjaga keseimbangan dalam kecemerlangan rohani dan jasmani. Terdapat mereka yang mengamalkan ilmu persilatan secara umum hanya mementingkan kecemerlanan jasmani sahaja. Mereka tekun belajar sehingga menjadi hebat dalam persilatan namun kebersihan rohani tidak terjaga. Sifat sombong, riak, hasad dengki dibiarkan menguasai diri sehinggakan mereka mereka sendiri memberi kesan yang buruk dalam organisasi kemasyarakatan. Ilmu persilatan ini juga dipelajari bagi individu yang ingin mendaulatkan seni warisan melayu itu sendiri, jika hilang warisan ini maka hilanglah erti identiti melayu di tanah air. Orang-orang terdahulu amat menjaga kesenian warisan melayu ini, sehinggakan kaum lain memperakui kehebatan seni silat ini. Generasi kini yang mempelajari hendaklah meneruskan perjuangan menjaga maruah seni silat khususnya Silat Cekak ini agar tidak disalah gunakan dan tidak diperkotak-katikkan oleh orang lain.
Pantun ini juga menasihatkan kita supaya mentaati kepada semua guru-guru yang mengajar khususnya mengenai ilmu persilatan Silat Cekak ini. Hal ini kerana, ianya juga salah satu ajaran agama yang dituntut kerana gurulah orang yang memberikan ilmu sehingga daripada kita tidak mengetahui apa-apa berubah menjadi seorang yang pandai dalam ilmu tersebut. Guru mahupun jurulatih silat cekak merupakan orang yan hebat kerana mereka sanggup berletihan mengajar anak murid tanpa rasa penat dan putus asa walaupun anak muridnya mempunyai pelbagai karenah dan gaya mutu pembelajaran. Sebagai murid, mereka harus menghormati dan jauhkan sikap tidak sopan di hadapan guru yang mana boleh menyakitkan hati guru kerana ianya sedikit sebanyak menggangu proses mencari ilmu. Ilmu tidak akan masuk ke dalam hati mereka yang menyakitkan hati guru kerana keberkatan ilmu daripada seseorang guru amat penting dan seharusnya tidak dipandang enteng.
Kasihi dan hormati ibu bapa juga salah satu nilai yang dapat diterapkan dalam kehidupan harian berdasarkan Pantun Silat Cekak ini. Ia merupakan juga salah satu pantang larang yang terdapat dalam ilmu persilatan Silat Cekak ini. Islam mengajar kita tidak menderhaka kepada kedua ibu bapa kerana merekalah yang membesarkan dan menjaga kita sehingga dewasa. Kita seharusnya berbakti kepada kedua ibu bapa dan membalas jasa mereka dengna menjadi anak yang baik dan berjasa. Hal ini sesuai dengan ayat Al-quran yang bermaksud di dalam Surah Al-Luqman(31:14) yang bermaksud,
‘ Dan kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kepadakedua orang tuanya. Ibunya telah menandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun, Bersyukurlah kepada- Ku dan kepada kedua orang tuamu.Hanya kepada Aku kembalimu’ .
Konklusinya, ilmu persilatan Silat Cekak bukan sahaja memartabatkan warisan seni melayu malah ianya mengajar supaya kita bijak menyeimbangkan rohani yakni dalaman hati seseorang dan juga jasmani yakni keselamatan tubuh badan yang perlu dijaga bagi setiap individu.
Buah Pertama
Pelipat dan tangan penyerang dikunci
Sementara khalkum, dada dan
penyawa menjadi sasaran akhir
Buah Keputusan Gayung Fatani Pecahan Pertama
Penyerang yang menarik balik penumbuk
Untuk mengubah ke cara serangan lain.Ini
akan mengakibatkan penyerang akan
dijatuhkan, pelipat dan tangan penyerang
dikunci, sementara khalkum, dada dan
penyawa menjadi sasaran akhir
Buah Keputusan Gayung Fatani Pecahan Kedua
Ianya digunakan sekiranya musuh melankah
ke hadapn untuk menyerang semula dengan
menggunakan kaki. Akibatnya penyerang akan
dikunci pelipatnya.
Buah Keputusan Gayung Fatani Pecahan Ketiga
Penyerang cuba turunkan badan kebawah
dengan niat untuk menyepak kaki pengamal.
Akibatnya, pelipat kaki dan tangan akan
dikunci rapat.
Buah keputusan Sendeng Atas
Buah ini dapat memeranjatkan penyeran
dengan tanan dan rusuk menjaadi
sasaran. Matlamat terakhirnya ialah
mengunci kaki dan tangan penyerang
rapat ke bumi.
Buah kilas Belakang
Buah ini dapat menjatuhkan dan mengunci
sehinga hilang pertimmbangan dan tidak
bergerak
Buah Kilas Hadapan
Buah ini dpat digunakan untuk menangkis
Serangan tangan dari bawah termasuk
layangan kerambit dan menangkis
serangan kaki yang ditujukan ke perut dan
ke bawah. Buah ini akan mengakibatkan
tangan penyerang dikunci beserta
lehernya manakal sasaran terakhirnya ialah
dada dan muka.
Buah Kidong Kiri
Buah yang dapat digunakan teristimewa
untuk menangkis serangan secara simbat,
dengan tagan dan kaki penyerang dikunci
rapat
Buah Kuntau Jatuh
Buah yang dapat menjatuhkan penyerang
secara cepat dengan kakinya dikunci
kemas . Sasaran terakirnaya ialah nyawa
penyerang.
Buah Kuntau Kiri
Buah pantas yang dapat mengunci kaki dan
tanan penyerang rapat ke bumi dengan
cepa.Sasaran terakhirnya ialah membuat
penyerang memakan pasir.
Buah Kuntau Kiri Gantung
Keseimbangan lawan akan tergugat
secara memeranjatkan. Kaki peneyerang
akan terkunci dan pemakan akhirnya
ialah tengkok penyerang.
Buah Kuntau Kanan Gantung
Penyerang akan dikunci kakinya dengan
kemas dan buah ini dapat mencabutkan
kedua-dua sendi lengan penyerang
Buah Hentak
Kaedah ini dapat menjatuhkan dan mengunci
rapat para penyerang ke bumi dengan
tiia-tiba-tiba. Pemakan terakhirnya ialah
pnyawa, dada, dan muka.
Buah Ali Patah Atas
Buah ini dapat mengunci kedua-dua tangan
penyerang kaki penyerang akan terkunci
rapat ke bumi.penekanan terakhirnya ialah
rusuk muda.
Buah Ali Patah Sudah
Leher penyerang akan terkunci. Ia hanya akan sudah
dengan khalkum, penyeran terjerut akibat
henjutan mudah
Buah Selendang
Buah ini akan menyelendangkan tangan
penyerang secara kemas. Pemakannya yang
terakhir ialah dada peneyerang dan
pematahan siku.
Buah Gari Pecahan Pertama
Leher penyerang akan dikunci kemas beserta
dengan tangannya sekali. Kemudian
diturunkan ke bumi dengan tangan masih
terkunci. Pemakan yang terakhir ialah leher
penyerang.
Buah Gari Gunting
Kaedah yang dapat mengacip leher penyerang
denan menggunakan kombinasi kaki dan
tangan pengamal. Tangan penyerang juga
dapat dikunci kemas.
Buah Paras Pecahan Pertama
Tamparan dan tetakan yang akan
menyebabkan penyerang terperanjat dan
hilang ingatan seketika.Tangan musuh
dikunci dan siku penamal ditekan ke leher
penyerang menyebabkan kesakitan yang amat
sangat.
Buah Paras Pecahan Kedua
Buah ini embuatkan penyerang hilang ingatan
sekejap. Ia mempunyai kuncian menyeluruh
yang kemas dan seluruh anota penyerang tidak
dapat bergerak.
Buah Keputusan Pasung Kemanga
Tamparan yan terdapat dalam kaedah buah ini
akan menyebabkan penyerang terperanjat dan
jika bersenjata akan terlepas senjatanya.
Tangan dan kaki penyerang akan dikunci kemas
seolah-olah dipasung dan tidak dapat bererak
lagi. Pukulan terakhir ialah di leher peyerang.
Buah Keputusan Terlak
Buah ini sangat sesuai menangkis tangan
kosong atau serangan senjata pendek yang
dilakukan tikaman dari luar. Ia mempunyai
kaedah kuncian tangan yang istimewa, tangan
penyerang akan dikunci kedudukannya akan
memebabkab seluruh anota tidak dapat
bererak.Tangan peneyeran jua boleh
dipatahkan.
Buah Keputusan Lintau
Buah ini terdapat tamparan yang akan
memeranjatkan dan menggoyah badan
penyerang. Sasaran seterusnya ialah pukulan
perut dan leher penyerang.
Buah Hempok
Istimewa untuk serangan ditujukan bahagian
kepala pengamal. Badan musuh akan dijatuh
akan terlangkup. Manakala kaki dan tangan
dikunci kemas.
Last edited by asyikin on Wed Feb 23, 2011 6:04 pm; edited 1 time in total
PEMBETULAN SOALAN ESEI SILAT CEKAK II
NORAZLIN BINTI SALAHUDIN ABD AZIZ
D20091034847
STATUS: PEMBETULAN ESEI
D20091034847
STATUS: PEMBETULAN ESEI
- Spoiler:
- NORAZLIN BINTI SALAHUDIN ABD AZIZ
D20091034847
STATUS: PEMBETULAN ESEI
Pantun Silat Cekak yang telah dicipta oleh Almarhum Ustaz Hj Hanafi Bin Hj Ahmad mempunyai banyak nilai-nilai murni sebagai garis panduan bagi setiap penuntut Silat Cekak ini. Menerusi rangkap pertama dikatakan ilmu silat ini tidak bertujuan untuk bergaduh atau memusuhi dengan sesiapa. Tetapi sebaliknya ia untuk memartabatkan salah satu seni bela diri warisan Melayu kita yang kini semakin dilupakan terutamanya oleh generasi muda.
Manakala rangkap kedua pula merakamkan Silat Cekak ini adalah silat yang benar-benar asli dan tidak bercampur dengan unsur-unsur yang tidak baik seperti ilmu khurafat dan tahyul. Penuntut Silat Cekak haruslah mempelajari ilmu ini dengan setulus hati mereka. Di mana tujuan sebenar mempelajari silat adalah untuk mempertahankan diri dan menjaga keselamatan kita sendiri dari serangan musuh yang kita tidak ketahui.
Menerusi rangkap ketiga dan keempat pantun ini, menyatakan bahawa seni bela silat ini merupakan silat yang senang untuk dipelajari. Ini kerana buah-buah yang diajarkan kepada penuntut adalah ringkas dan tidak akan mencederakan sekiranya dipelajari dengan teknik yang betul. Penuntut perlu mempelajari ilmu silat ini dengan bersungguh-sungguh dan mengamalkannya untuk tujuan yang baik sahaja.
Sementara itu dalam rangkap kelima pantun Silat Cekak menyatakan bahawa setiap penuntut yang mempelajari Silat Cekak dididik agar sentiasa menghormati guru-guru tidak kira guru mereka di sekolah atau guru silat. Hal ini kerana setiap berkat dan doa seorang guru itu amat bermakna untuk seseorang itu berjaya di dalam pelajaran mereka. Tanpa berkat mereka sudah tentu ilmu yang diperolehi tidak akan kekal lama.
Selain mentaati guru anak didik Silat Cekak haruslah melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang lain seperti ilmu agama, Sains dan sebagainya. Di samping itu, mereka harus melakukan perkara-perkara yang berfaedah dalam kehidupan seharian mereka. Mereka juga perlu memakai pakaian yang menutup aurat yang sememangnya telah menjadi satu kewajipan kita sebagai orang Islam. Ini seperti yang telah dinyatakan dalam rangkap keenam pantun ini.
Dalam rangkap ketujuh menekankan penuntut perlu menghormati dan tidak boleh menderhaka kepada kedua ibu bapa mereka. Ibu bapa telah banyak berjasa kepada kita sejak kita dilahirkan sehingga sekarang. Bagi orang Islam, menderhaka kepada ibu bapa nescaya anak-anak akan dikenakan dengan azab neraka.
Rangkap terakhir pantun Silat Cekak, menceritakan untuk menjadi insan yang seimbang di dunia mahupun di akhirat perlulah menjaga diri sendiri dan membuat perkara yang baik. Ia juga sebagai contoh bahawa agama Islam merupakan agama yang sejati jika umatnya melakukan kebaikan dan tidak membuat kejahatan dan secara tidak langsung kita dapat menegakkan Islam dari ditindas oleh sesiapa.
Kesimpulannya, seni Silat Cekak merupakan sejenis ilmu bela diri bangsa Melayu bertujuan untuk mempertahankan diri dan ia selari dengan ajaran Islam. Setiap orang hendaklah sedar dan mengambil langkah-langkah untuk mempelajarinya sebagai kepentingan dalam hidup kita.
Last edited by Cik Nora on Wed Feb 23, 2011 9:19 am; edited 1 time in total
PEMBETULAN ESEI SILAT CEKAK II
NURUL SYUHADA BT.ISHAK
D20091034862
STATUS : PEMBETULAN ESEI
D20091034862
STATUS : PEMBETULAN ESEI
- Spoiler:
- NURUL SYUHADA BT.ISHAK
D20091034862
STATUS : PEMBETULAN ESEI
Penghayatan Pantun Silat Cekak Dalam Kehidupan
Pantun Silat Cekak telah diilhamkan oleh Almarhum Ustaz Haji Hanafi B. Haji Ahmad. Pantun ini memberi banyak makna yang tersirat dan tersurat. Banyak nasihat dan teguran yang diberikan melalui pantun silat cekak ini.
Rangkap pertama pantun memberikan maksud yang mana kita sebagai penuntut silat cekak seharusnya menggunakan kemahiran yang dipelajari bukan untuk bermusuh-musuhan atau berlawan. Tetapi silat ini dipelajari supaya kita dapat mempertahankan diri sendiri. Selain itu, penuntut silat seharusnya menanamkan tujuan utama mempelajari silat cekak supaya seni warisan bangsa kita terpelihara dan tidak akan dilupakan oleh generasi akan datang.
Rangkap kedua pula membawa maksud silat cekak merupakan silat yang benar-benar asli. Kita seharusnya belajar silat dengan bersungguh-sungguh kerana kemahiran yang dipelajari ini dapat digunakan pada masa-masa yang genting bagi mempertahankan diri sendiri.
Rangkap ketiga pula bermaksud kita sebagai umat Islam diwajibkan menjaga diri sendiri. Kewajipan menjaga keselamatan diri merupakan salah satu perkara yang disarankan dalam Islam sendiri. Dengan ini kita dapat menjadi hamba Allah yang taat pada perintahNya.
Rangkap keempat bermaksud untuk mempelajari silat cekak tidaklah susah. Jika seseorang individu itu ada kemahuan dan minat yang tinggi, dia akan dapat mempelajari silat seni bela diri ini dengan mudah.
Rangkap kelima bermaksud silat cekak merangkumi kompenen zahir dan batin. Penuntut silat cekak hendaklah mahir menggunakan seluruh anggota badannya dalam mempelajari silat warisan ini.
Rangkap keenam bermaksud kita sebagai penuntut silat cekak seharusnya taat kepada arahan yang guru berikan. Setiap apa perkara baik yang guru kita ajarkan haruslah diikuti. Dengan ini, ilmu yang kita pelajari akan diberkati Allah s.w.t.
Rangkap ketujuh membawa maksud guru yang kita menuntut ilmu mempunyai ilmu yang banyak. Tidak kira daripada soal silat mahupun agama Islam. Selain itu, dalam mempelajari silat, kita seharusnya berpakaian yang elok-elok iaitu dengan menutup aurat seperti yang telah digariskan dalam Islam.
Rangkap terakhir iaitu rangkap yang kelapan bermaksud kita perlu mentaati kedua ibu bapa kita. Sebagai seorang anak, yang soleh dan solehah, janganlah kita menderhaka kepada mereka berdua. Nescaya jika kita menderhaka, akhirat kelak nerakalah jawabnya.
Kesimpulannya, pantun silat cekak ini menyampaikan mesej yang berguna kepada penuntut-penuntutnya. Banyak nasihat dan nilai-nilai murni yang diselitkan dalam pantun silat cekak ini.
d034862- New Member
- Posts : 7
Join date : 2010-07-17
Location : khar
TUGASAN SILAT CEKAK 2,NURALIENA BT MADZLAN, D20091035158, STATUS:LEWAT HANTAR
NURALIENA BT MADZLAN,
D20091035158,
STATUS:LEWAT HANTAR
D20091035158,
STATUS:LEWAT HANTAR
- Spoiler:
- SOALAN 1 (a)
PANTUN SILAT CEKAK USTAZ HANAFI
Lahirnya Cekak kerana kesedaran
Bukan bermusuh sebagai tujuan
Untuk mendaulatkan seni kebangsaan
Menyesuaikan dengan makna kemerdekaan
Silat Cekak benar-benar asli
Tidak bercampur hak luar negeri
Hendaklah belajar sesungguh hati
Untuk menjaga diri sendiri
Wajiblah menjaga diri sendiri
Menerima amanah tuhan Rabbi
Supaya menjadi mukmin sejati
Demi menegak Islam yang suci
Silat Cekak tersangatlah mudah
Bagi mereka yang mendapat hidayah
Sungguhpun begitu hendaklah tabah
Insya Allah mendapat faedah
Silat Cekak pada lahirnya
Pengertian gerak pada batinnya
Hendaklah mahir seluruh anggotanya
Hendaklah jujur pada jiwanya
Sebenar guru ada Hakikat
Dikuat pula amalan Syariat
Ditambah pula Ilmu Maarifat
Berpakaian pula dengan isyarat
Taat ke guru membawa berkat
Sedikit belajar banyak yang dapat
Jika menderhaka menjadi mudarat
Semua ilmu tiada yang lekat
Dua ibu bapa tak boleh derhaka
Besar jasanya pada kita
Kalau menderhaka bahaya menimpa
Di akhirat kita masuk neraka
1(b) PENGHAYATAN PANTUN SILAT CEKAK DALAM KEHIDUPAN
Seperti yang kita semua sedia maklum, mempelajari sesuatu ilmu sangat dituntut dalam agama Islam kita, oleh itu ilmu mempertahankan diri seperti ilmu persilatan harus dipelajari oleh kita dalam mempersiapkan diri berdepan dengan segala ancaman yang bakal berlaku. Ilmu pertahanan diri yang dimaksudkan ialah Silat Pusaka Ustaz Hanafi. Walaupun pengasasnya sudah lama meninggalkan kita semua, tetapi ilmu persilatan yang diturunkan oleh beliau harus kita pelajari dan amalkan oleh kita sebagai belia khususnya masyarakat Malaysia dalam menjalani kehidupan.
Dalam pantun Silat Cekak Ustaz Hanafi sendiri,terdapat pelbagai elemen yang berunsur nasihat cuba diterapkan supaya menjadi panduan bagi pengamal silat Cekak Ustaz Hanafi. Antaranya ialah untuk mempelajari sesuatu ilmu, seseorang itu hendaklah berhati tulus dan ikhlas, hal ini kerana sesuatu ilmu akan mudah dipelajari jika seseorang itu ikhlas untuk belajar sesuatu ilmu. Selain itu juga seseorang yang ingin mendalami ilmu persilatan hendaklah membetulkan niatnya bahawa ilmu yang dipelajarinya tidak disalah gunakan bagi tujuan bermusuh atau sebagainya. Tujuan sebenar haruslah jelas iaitu bagi mempertahankan diri. Hal ini kerana kita sebagai seorang khalifah Allah dimuka bumi wajib mempertahankan diri,masyarakat, agama dan Negara bagi menegakkan agama Islam yang suci.
Kandungan pantun Silat Cekak juga ada menyentuh tentang aspek disiplin pengamalnya. Seperti yang kita semua tahu, dalam mempelajari sesuatu ilmu, aspek kesabaran dan ketabahan merupakan elemen penting bagi menguasai dan mendalami sesuatu ilmu. Oleh itu pengamal silat cekak sebenarnya bukan sahaja memperoleh ilmu pengetahuan tetapi dapat melatih individu tersebut supaya bersifat sabar dan tabah dalam menempuh dugaan sebagai seorang hamba Allah muka bumi ini. Antara nilai murni yang lain boleh kita aplikasikan dalam kehidupan seharian ialah seperti larangan menderhaka kepada guru serta ibu bapa. Hal ini kerana guru merupakan individu yang kedua terpenting selepas ibu bapa. Guru merupakan insan yang banyak berjasa serta banyak mencurahkan ilmu kepada kita. Sekiranya kita menderhakai guru, ilmu yang kita pelajari tidak akan berkat serta sukar melekat dalam dada.Manakala ibu bapa pula merupakan insan yang melahirkan dan membesarkan kita di dunia ini. Tanpa mereka, kita mungkin tidak akan wujud di dunia ini.
Kesimpulannya,apa yang terkandung dalam pantun Silat Cekak Ustaz Hanafi harus dihayati dan diamalkan bersama bukan sahaja terhad kepada pengamalnya tetapi kepada seluruh masyarakat kita di Malaysia. Hal ini kerana semua aspek yang dititik beratkan dalam pantun tersebut berkaitan dengan kehidupan seharian bagi membolehkan kita digelar mukmin yang berakhlak mulia.
Soalan: 2 SENARAI BUAH JATUH DAN SASARANNYA PADA BADAN
Bil Senarai Buah Sasarannya
1 Buah Pertama Rusuk dan Liang ketiak
2 Buah Keputusan Gayung Fatani Pecahan Pertama Khalkum dan Mata
3 Buah Keputusan gayung Fatani Pecahan Kedua ''
4 Buah Keputusan Gayung Fatani Pecahan Ketiga ''
5 Buah Keputusan Gayung Fatani Pecahan Keempat ''
6 Buah Sendeng Atas Dagu, Sendi, Lengan dan Rusuk
7 Buah Kilas Belakang Khalkum
8 Buah Kilas Hadapan Dada dan Muka
9 Buah Kidong Kiri Sendi, Lengan dan Rusuk
10 Buah Kuntau Jatuh Dagu atau Khalkum
11 Buah Kuntau Kiri Lengan
12 Buah Kuntau Kiri Gantung Lengan dan Pelipat
13 Buah Kuntau Kanan Gantung Pelipat dan Tangan
14 Buah Hentak Liang ketiak
15 Buah Ali Patah Atas Khalkum dan Tangan
16 Buah Ali Patah Sudah Pecahan Pertama Khalkum dan Leher
17 Buah Ali Patah Sudah Pecahan Kedua Khalkum dan Leher
18 Buah Selendang Lengan, Dada dan Siku
19 Buah Gari Pecahan Pertama Leher dan Tangan
20 Buah Gari Gunting Leher dan Tangan
21 Buah Paras Pecahan Pertama Tengkok dan Leher
22 Buah Paras Pecahan Kedua Tengkok dan Leher
23 Buah Paras pecahan Ketiga Tengkok, Leher, Sendi tangan
24 Buah Keputusan Pasung Kemanga Tangan dan Leher
25 Buah Keputusan Terlak Tangan dan Lengan
26 Buah Keputusan Lintau Perut dan Leher
27 Buah Hempok Kepala dan Badan
TUGASAN INDIVIDU
alina- New Member
- Posts : 4
Join date : 2011-01-05
(PEMBETULAN)TUGASAN SILAT CEKAK 2,NURALIENA BT MADZLAN, D20091035158, STATUS:LEWAT HANTAR
(PEMBETULAN)TUGASAN SILAT CEKAK 2,
NURALIENA BT MADZLAN,
D20091035158,
STATUS:LEWAT HANTAR
NURALIENA BT MADZLAN,
D20091035158,
STATUS:LEWAT HANTAR
- Spoiler:
- SOALAN 1 (a)
PANTUN SILAT CEKAK USTAZ HANAFI
Lahirnya Cekak kerana kesedaran
Bukan bermusuh sebagai tujuan
Untuk mendaulatkan seni kebangsaan
Menyesuaikan dengan makna kemerdekaan
Silat Cekak benar-benar asli
Tidak bercampur hak luar negeri
Hendaklah belajar sesungguh hati
Untuk menjaga diri sendiri
Wajiblah menjaga diri sendiri
Menerima amanah tuhan Rabbi
Supaya menjadi mukmin sejati
Demi menegak Islam yang suci
Silat Cekak tersangatlah mudah
Bagi mereka yang mendapat hidayah
Sungguhpun begitu hendaklah tabah
Insya Allah mendapat faedah
Silat Cekak pada lahirnya
Pengertian gerak pada batinnya
Hendaklah mahir seluruh anggotanya
Hendaklah jujur pada jiwanya
Sebenar guru ada Hakikat
Dikuat pula amalan Syariat
Ditambah pula Ilmu Maarifat
Berpakaian pula dengan isyarat
Taat ke guru membawa berkat
Sedikit belajar banyak yang dapat
Jika menderhaka menjadi mudarat
Semua ilmu tiada yang lekat
Dua ibu bapa tak boleh derhaka
Besar jasanya pada kita
Kalau menderhaka bahaya menimpa
Di akhirat kita masuk neraka
1(b) PENGHAYATAN PANTUN SILAT CEKAK DALAM KEHIDUPAN
Seperti yang kita semua sedia maklum, mempelajari sesuatu ilmu sangat dituntut dalam agama Islam kita, oleh itu ilmu mempertahankan diri seperti ilmu persilatan harus dipelajari oleh kita dalam mempersiapkan diri berdepan dengan segala ancaman yang bakal berlaku. Ilmu pertahanan diri yang dimaksudkan ialah Silat Pusaka Ustaz Hanafi. Walaupun pengasasnya sudah lama meninggalkan kita semua, tetapi ilmu persilatan yang diturunkan oleh beliau harus kita pelajari dan amalkan oleh kita sebagai belia khususnya masyarakat Malaysia dalam menjalani kehidupan.
Dalam pantun Silat Cekak Ustaz Hanafi sendiri,terdapat pelbagai elemen yang berunsur nasihat cuba diterapkan supaya menjadi panduan bagi pengamal silat Cekak Ustaz Hanafi. Antaranya ialah untuk mempelajari sesuatu ilmu, seseorang itu hendaklah berhati tulus dan ikhlas, hal ini kerana sesuatu ilmu akan mudah dipelajari jika seseorang itu ikhlas untuk belajar sesuatu ilmu. Selain itu juga seseorang yang ingin mendalami ilmu persilatan hendaklah membetulkan niatnya bahawa ilmu yang dipelajarinya tidak disalah gunakan bagi tujuan bermusuh atau sebagainya. Tujuan sebenar haruslah jelas iaitu bagi mempertahankan diri. Hal ini kerana kita sebagai seorang khalifah Allah dimuka bumi wajib mempertahankan diri,masyarakat, agama dan Negara bagi menegakkan agama Islam yang suci.
Kandungan pantun Silat Cekak juga ada menyentuh tentang aspek disiplin pengamalnya. Seperti yang kita semua tahu, dalam mempelajari sesuatu ilmu, aspek kesabaran dan ketabahan merupakan elemen penting bagi menguasai dan mendalami sesuatu ilmu. Oleh itu pengamal silat cekak sebenarnya bukan sahaja memperoleh ilmu pengetahuan tetapi dapat melatih individu tersebut supaya bersifat sabar dan tabah dalam menempuh dugaan sebagai seorang hamba Allah muka bumi ini.
Antara nilai murni yang lain boleh kita aplikasikan dalam kehidupan seharian ialah seperti larangan menderhaka kepada guru serta ibu bapa. Hal ini kerana guru merupakan individu yang kedua terpenting selepas ibu bapa. Guru merupakan insan yang banyak berjasa serta banyak mencurahkan ilmu kepada kita. Sekiranya kita menderhakai guru, ilmu yang kita pelajari tidak akan berkat serta sukar melekat dalam dada.Manakala ibu bapa pula merupakan insan yang melahirkan dan membesarkan kita di dunia ini. Tanpa mereka, kita mungkin tidak akan wujud di dunia ini.
Kesimpulannya,apa yang terkandung dalam pantun Silat Cekak Ustaz Hanafi harus dihayati dan diamalkan bersama bukan sahaja terhad kepada pengamalnya tetapi kepada seluruh masyarakat kita di Malaysia. Hal ini kerana semua aspek yang dititik beratkan dalam pantun tersebut berkaitan dengan kehidupan seharian bagi membolehkan kita digelar mukmin yang berakhlak mulia.
Soalan: 2 SENARAI BUAH JATUH DAN SASARANNYA PADA BADAN
Bil Senarai Buah Sasarannya
1 Buah Pertama > rusuk&liang ketiak
2 Buah Keputusan Gayung Fatani Pecahan Pertama > leher,halkum,dada&penyawa
3 Buah Keputusan gayung Fatani Pecahan Kedua > muka,penyawa&dada
4 Buah Keputusan Gayung Fatani Pecahan Ketiga > lengan,belakang tengkuk
5 Buah Keputusan Gayung Fatani Pecahan Keempat >
6 Buah Sendeng Atas > Dagu, Sendi, Lengan dan Rusuk
7 Buah Kilas Belakang > Khalkum
8 Buah Kilas Hadapan > Dada dan Muka
9 Buah Kidong Kiri > Sendi, Lengan dan Rusuk
10 Buah Kuntau Jatuh > Dagu atau Khalkum
11 Buah Kuntau Kiri > Lengan
12 Buah Kuntau Kiri Gantung > Lengan dan Pelipat
13 Buah Kuntau Kanan Gantung > Pelipat dan Tangan
14 Buah Hentak > Liang ketiak
15 Buah Ali Patah Atas > Khalkum dan Tangan
16 Buah Ali Patah Sudah Pecahan Pertama > Khalkum dan Leher
17 Buah Ali Patah Sudah Pecahan Kedua > Khalkum dan Leher
18 Buah Selendang > Lengan, Dada dan Siku
19 Buah Gari Pecahan Pertama > Leher dan Tangan
20 Buah Gari Gunting > Leher dan Tangan
21 Buah Paras Pecahan Pertama > Tengkok dan Leher
22 Buah Paras Pecahan Kedua > Tengkok dan Leher
23 Buah Paras pecahan Ketiga > Tengkok, Leher, Sendi tangan
24 Buah Keputusan Pasung Kemanga > Tangan dan Leher
25 Buah Keputusan Terlak > Tangan dan Lengan
26 Buah Keputusan Lintau > Perut dan Leher
27 Buah Hempok > Kepala dan Badan
[justify][b]
Last edited by Hafis on Wed Mar 02, 2011 9:11 pm; edited 2 times in total (Reason for editing : berlaku kesalahan)
alina- New Member
- Posts : 4
Join date : 2011-01-05
Re: SILA POSTKAN ASSIGNMENT ANDA DAN PEMBETULAN SOALAN ESEI DI SINI
NAMA : SITI ZUBAIDAH BINTI LOOD
NO MATRIK : D20091034621
STATUS : LEWAT HANTAR
NO MATRIK : D20091034621
STATUS : LEWAT HANTAR
- Spoiler:
- NAMA : SITI ZUBAIDAH BINTI LOOD
NO MATRIK : D20091034621
STATUS : LEWAT HANTAR
Soalan 1:
• Tuliskan Pantun Silat Cekak yang telah dikarang oleh Almarhum Ustaz Hj Hanafi Bin Hj Ahmad.
• Tulis sebuah esei bertajuk "Penghayatan Pantun Silat Cekak Dalam Kehidupan". Panjang esei adalah sekitar 300-500 patah perkataan.
Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan
Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri
Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah
Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya
Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat
Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat
Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka
Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.
Pantun silat cekak ini adalah hasil nukilan YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dengan tujuan untuk mmberi gambaran kepada orang ramai tentang seni Silat Silat Cekak UStaz Hanafi ini. Pantun ini ialah kewujudan silat Cekak Ustaz Hanafi ini adalah untuk mendaulatkan dan memartabatkan seni kebangsaan Melayu iaitu tanah air Melayu yang tercinta.
Silat Cekak Ustaz Hanafi ini betul-betul asli dan tidak bercampur dengan mana-mana silat lain. Jadi, pengamal Silat Cekak Ustaz Hanafi ini haruslah mempelajari ilmu persilatan ini dengan bersungguh-sungguh dengan tujuan untuk membela diri sendiri. Dalam dunia hari ini, walaupun pelbagai perkara buruk yang berlaku, namun bagi pengamal ilmu Silat Cekak Ustaz Hanafi, mereka tidak boleh menggunakan ilmu persilatan itu sewenang-wenangnya untuk membalas dendam kembali kepada mereka yang melakukan perkara-perkara buruk.
Bagi mempelajari ilmu persilatan ini adalah mudah bagi mereka yang mendapat petunjuk dan benar-benar mahu mempelajarinya dengan penuh minat. Walaupun begitu, bagi mereka yang mempunyai minat separuh jalan, haruslah bersabar dan tenang dalam mempelajari ilmu persilatan ini semoga mendapat semua kelebihan-kelebihan dan faedah-faedah di sebalik mempelajari ilmu persilatan Silat Cekak Ustaz Hanafi. Bagi pelajar-pelajar yang mempelajarinya betul-betul dengan niat untuk mempertahankan diri sendiri lebih berhasil daripada belajar sekadar sahaja.
Pergerakan dalam ilmu persilatan Silat Cekak Ustaz Hanafi ini adalah sama seperti pergerakan solat, contohnya, berdiri betul, mengangkat takbir dan sebagainya. Oleh sebab itu, pergerakan dalam persilatan ini adalah pergerakan batin. Seluruh anggota yang digunakan mestilah sudah mahir dan belajarnya dengan bersungguh-bersungguh dengan niat yang betul untuk mempertahankan diri sendiri bukan untuk membuat jahat kepada orang lain. Jadi, bagaimana sesorang itu solat dapat digambarkan melalui cara pergerakan seseorang itu dalam melakukan setiap buah silat.
Sebelum mempelajari ilmu persilatan Silat Cekak Ustaz Hanafi ni, terdapat lima pantang larang yang harus diikuti. Antaranya ialah tidak menderhaka kepada guru yang mengajar ilmu persilatan Silat Cekak Ustaz Hanafi. Jadi, semua pengamal silat ini harus mentaati kepada guru yang mengajar silat. Jika penuntut ilmu persilatan ini menderhaka kepada guru mereka, akan ada sesuatu yang buruk akan berlaku kepada mereka kerana mereka sudah bersumpah semasa waktu pengijazahan pertama untuk tidak menderhaka kepada guru persilatan ini. Jika melanggar sumpah, maka sesuatu yang buruk akan terjadi kepada mereka.
Pantang larang yang kedua dan ketiga ialah tidak boleh menderhaka kepada ibu dan bapa. Pantang larang ini sama seperti saranan yang diunjurkan oleh Allah S.W.T iaitu tidak boleh menderhaka kepada ibu bapa masing-masing. Oleh itu, keredhaan Allah S.W.T terletak kepada keredhaan ibu bapa. Jika menderhaka kepada orang tua,anak-anak tersebut akan menerima balasan yang tidak baik tidak kira samada semasa di dunia atau pun di akhirat kelak. Balasan yang diterima olah anak-anak yang menderhaka kepada kedua orang tua mereka di akhirat kelak adalah memasuki neraka Allah S.W.T.
Amanah yang diterima oleh setiap hamba Allah di muka bumi ini ialah menjadi makhluk sebaik-baiknya di muka bumi ini dengan menjalankan semua perintahNYA. Dari dalam kandunga lagi, setiap manusia telah bersetuju dan berjanji dengan ALLAH untuk memegang amanah ALLAH sebagai makhluk yang menjalankan semua perintahNYA. Antara amanah yang dipegang oleh setiap manusia adalah untuk menjadi mukmin sejati demi menegakkan agama ISLAM yang tercinta.
Soalan 2.
Senaraikan 20 buah peringkat jatuh serta pecahannya (jika ada) berserta gambar dan tuliskan pemakan bagi setiap buah-buah tersebut.
Peringkat buah jatuh adalah merupakan sambungan kepada peringkat buah asas. Pada peringkat jatuh ini, semua buah akan diajar serentak bersama-sama dengan pemakan serta kekuncinya sekali. Jika semasa peringkat asa ahulu terdapat 21 buah semuanya, begitu juga dengan peringkat jatuh ini, juga terdapat 21 buah. Senarai buah jatuh ialah :
1. Buah Pertama
Buah ini berasakan daripada menggunakan kaedah A. teknik serangan ini adalah menyerang bahagian dada penyerang dan pemakannya ialah dada dan penyawa.
2. Buah Keputusan Gayung Fatani Pecahan Pertama
Buah ini akan mengakibatkan penyerang akan akan dijatuhka, dikunci pelipat dan tangannya. Khalkum, dada serta penyawa adalah sasaran terakhir.
3. Buah Keputusan Gayung Fatani Pecahan Kedua
Buah ini akan digunakan sekiranya penyerang melangkah ke hadapan untuk menyerang semula menggunakan kaki. Akibatnya, pelipat kaki penyerang akan dikunci kemas.
4. Buah Keputusan Gayung Fatani Pecahan Ketiga
Buah ini digunakan apabila musuh menggunakan kaki untuk menyepak rusuk atau paha pengamal. Akibatnya, kaki enyerang akan dikunci oleh pengamal dengan menggunakan tangannya dan pelipat kaki yang satu lagi akan dikunci rapat ke bumi.
5. Buah Keputusan Gayung Fatani Pecahan Keempat
Buah ini dilakukan oleh pengamal untuk menurunkan penyerang ke bawah dengan niat untuk menyepak kaki pengamal. Akhirnya, pelipat kaki serta tangan penyerang akan dikunci rapat oleh pengamal.
6. Buah Keputusan Sendeng Atas
Buah ini dapat memeranjatkan penyerang dengan menjadikan tangan serta rusuk menjadi sasaran.
7. Buah Kilas Belakang
Buah yang dapat menjatuhkan dan mengunci sehingga penyerang hilang pertimbangan dan tidak dapat bergerak.
8. Buah Kilas Hadapan
Buah ini bertujuan untuk menangkis serangan tangan dari bawah termasuk layangan kerambit dan juga menangkis kembali serangan kaki yang ditujukkan di perut dan di bawah. Keadaan ini akan menyebabkan tangan dan leher penyerang dikunci. Sasaran terakhir ialah dada dan muka penyerang.
9. Buah Kidong Kiri
Buah ini merupakan buah istimewa kerana pengamal akan menangkis serangan secara simbat. Kaki dan tangan penyerang akan dikunci rapat oleh pengamal.
10. Buah Kuntau Jatuh
Buah ini berasakan daripada menggunakan kaedah B. Pemakan bagi buah ini ialah dagu atau halkum penyerang
11. Buah Kuntau Kiri
Buah ini dilakukan dengan pantas, pengamal dapat mengunci kaki dan tangan penyerang rapat ke bumi. Sasaranya ilah membuat penyerang memakan pasir.
12. Kuntau Kiri Gantung
Buah ini menyebabkan keseimbangan lawan tergugat secara memeranjatkan. Kaki penyerang akan terkunci dan pemakan bagi buah ini ialah tengkok penyerang.
13. Buah Kuntau Kanan Gantung
Dengan melakukan bua ini, kaki penyerang akan dikunci dengan kemas dan dapat mencabut kedua-dua belah sendi tangan penyerang.
14. Buah Hentak
Kaedah mudah yang dapat menjatuhkan dan mengunci rapat penyerang ke bumi dengan tiba-tiba. Pemakan terkahirnya ialah penyawa, dada dan muka.
15. Buah Ali Patah Atas
Buah ini dapat mengunci kedua-dua tangan penyerang dengan sebelah tanagn pengamal sahaja. Kaki penyerang akan terkunci rapat ke bumi dan penekanan terakhir ialah di rusuk muda.
16. Buah Ali Patah Sudah
Buah ini akan menyebabkan leher lawan terkunci.khalkum penyerang akan terjerut apabila satu hentakan mudah yang dilakukan oleh pengamal.
17. Buah Selendang
Buah ini akan menyelendangkan tanagn penyerang dengan kemas. Pemakannya terletak di dada dan siku dengan mematahkannya.
18. Buah Gari Pecahan pertama
Leher dan tangan penyerang akan dikunci kemas oleh pengamal. Penyerang akan dijatuhkan ke bumi dengan keadaan tanagn masih lagi terkunci. Pemakan yang terakhir ialah leher penyerang.
19. Buah Gari Gunting
Kaedah yang dapat mengacip leher penyerang dengan menggunakan gabungan kaki dan tanagn pengamal. Dalam amsa yang sama, tanagn penyerang juga dapat dikunci dengan kemas.
20. Buah Paras Pecahan Pertama
Tamparan dan tetakan yang akan menyebabkan penyerang terperanjat dan hilang ingatan seketika. Ia mempunyai kuncian menyeluruh yang kemas dan seluruh anggota penyerang tidak dapat bergerak.
21. Buah Paras Pecahan Kedua
Buah ini dapat membuatkan penyerang hilang ingatan seketika. Ia mempunyai kuncian menyeluruh yang kemas dan seluruh anggota penyerang tidak dapat bergerak.
22. Buah Paras Pecahan Ketiga
Buah ini juga menyebabkan penyerang hilang ingatan seketika. Tangan penyerang akan dikunci dengan menggunakan kaki, menyebabkan mereka tidak dapat bergerak. Sasaran terakhir dapat mematahkan sendi tangan penyerang.
23. Buah Keputusan Pasung Kemanga
Tamparan yang dilakukan dalam buah ini menyebabkan penyerang terperanjat dan jika bersenjata, senjata tersebut akan terlepas. Tangan dan kaki penyerang akan dikunci kemas seolah-olah dipasung dan tidak dapat bergerak lagi. Pukulan terakhir adalah di leher penyerang.
24. Buah Keputusan Terlak
Buah ini dilakukan untuk menangkis balik serangan tangan kosong atau pun semasa penyerang menggunakan senjata pendek dengan menyerang dari tikaman luar. Tangan penyerang akan dikunci dan menyebabkan seluruh anggota badannya tidak dapat bergerak. Tangan penyerang juga dapat dipatahkan.
25. Buah Keputusan Lintau
Buah ini dilakukan dengan membuat tamparan yang akan meemranjatkan dan menggoyahkan penyerang. Sasaran pukulan terakhir ialah di perut dan leher penyerang.
26. Buah Hempok
Buah ini dilakukan sekiranya penyerang menyerang di bahagian kepala pengamal. Pengamal akan membuat buah ini dan badan penyerang akan dijatuhkan terlangkup, manakala kaki dan tangan penyerang dikunci kemas oleh pengamal.
xuezubaidah- New Member
- Posts : 7
Join date : 2010-07-18
Re: SILA POSTKAN ASSIGNMENT ANDA DAN PEMBETULAN SOALAN ESEI DI SINI
nama: masliza binti mat lazim
no.matrik:d20091034769
status: lewat hantar
no.matrik:d20091034769
status: lewat hantar
- Spoiler:
- nama: masliza binti mat lazim
no.matrik:d20091034769
status: lewat hantar
2.0 PANTUN DAN PENGHAYATAN PANTUN DALAM KEHIDUPAN
2.1 PANTUN
PANTUN SILAT CEKAK USTAZ HANAFI HAJI AHMAD
Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan
Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri
Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah
Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya
Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat
Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat
Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka
Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.
2.2 KARANGAN PENGHAYATAN PANTUN DALAM KEHIDUPAN
PENGHAYATAN PANTUN SILAT CEKAK DALAM KEHIDUPAN
Tertubuhnya Silat Cekak Ustaz Hanafi di Kedah telah banyak mempengaruhi golongan muda kini untuk terus belajar seni mempertahankan diri. Pada asalnya silat ini hanya digunakan oleh panglima-panglima kanan kerajaan negeri Kedah ketika suatu masa yang lalu bagi mempertahankan tampuk pemerintahan pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin (1854-1879). Penubuhan silat cekak ini adalah berdasarkan sifat kesedaran yang terdapat dalam diri para panglima yang terdahulu bagi melindungi pemerintahan mereka. Bahkan, ia bukan bertujuan untuk bermusuh antara satu sama lain tetapi sebaliknya adalah untuk mendaulatkan seni silat kebangsaan yang bersesuaian dengan makna kemerdekaan yang telah diperolehi Malaysia.
Silat Cekak Ustaz Hanafi merupakan salah satu silat pertahanan diri yang dikenali di seluruh Malaysia. Hal ini kerana, setiap jenis silat mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Selain itu juga, silat cekak tidak mempunyai pengaruh dari unsur-unsur luar dan ia merupakan silat yang benar-benar asli diperturunkan oleh panglima terdahulu. Berdasarkan pantun yang telah dikarang oleh pengasas silat cekak iaitu ustaz Hanafi Haji Ahmad, sesiapa yang ingin mempelajari teknik silat cekak perlu belajar dengan bersungguh- sungguh demi mempertahankan diri daripada sebarang kecelakaan. Bahkan silat ini menjadi mudah kepada mereka yang benar-benar ingin mempelajarinya. Maka, setiap yang dipelajari perlulah dilaksanakan dengan tabah dan bersemangat tinggi supaya apa yang dipelajari akan tersemat di dalam hati.
Selain itu, silat cekak juga pada asalnya mempunyai pelbagai makna. Antara makna yang dapat dijelaskan adalah kesanggupan, keupayaan dan tanggungjawab untuk menjalankan tugas. Ia juga menegaskan bahawa silat ini adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan diri. Bagi mempelajari suatu seni silat cekak, setiap pelajar perlulah jujur dan ikhlas dalam mendalaminya kerana ia dapat membawa manfaat yang besar terhadap diri individu.
Selain itu juga terdapat beberapa pantang larang dalam seni silat cekak. Salah satunya adalah taat kepada guru dan ibu bapa. Sekiranya seseorang pelajar menghormati guru, keberkatan yang dicari akan diperoleh. Sebaliknya akan berlaku sekiranya individu tidak menghormati seorang guru. Kesannya segala yang dipelajari tidak mendapat berkat dan segala ilmu yang diperoleh akan mudah dilupakan. Oleh itu, setiap guru perlu dihormati oleh setiap pelajar bagi mendapat keberkatan ilmu yang dipelajarinya.
Selain daripada guru, kedua ibu bapa juga perlu dihormati dan ditaati. Hal ini kerana peranan ibu bapa dalam membesarkan kita sebagai anak yang soleh adalah amat besar. Sekiranya terdapat anak yang menderhaka kepada kedua ibu bapa, musibah akan terjadi keatasnya. Segala perbuatannya akan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan terhadap ibu bapa. Maka, kita sebagai seorang anak yang baik dan soleh perlu menghormati kedua ibu bapa supaya mendapa kesenangan hidup di dunia dan juga akhirat.
Kesimpulannya, seni silat cekak adalah satu medium pertahanan diri yang boleh dipelajari bagi menjaga maruah diri sendiri, keluarga, masyarakat dan juga agama. Ia juga adalah sebagai satu langkah membangun dan menegakkan kesucian agama Islam. Berdasarkan daripada pelajaran silat ini juga, ia dapat memupuk semangat perpaduan sesama individu bagi mempertahankan maruah diri yang telah dituntut oleh Islam.
3.0 SENARAI BUAH JATUH DAN PECAHANNYA
1. BUAH PERTAMA
Pemakan bagi buah pertama adalah rusuk kiri, bahagian leher, dada dan penyawa.
2. BUAH KEPUTUSAN GAYUNG FATANI
i. Pecahan pertama: Melibatkan pemakan atau sasaran pada bahagian leher atau halkum, dada dan penyawa
ii. Pecahan kedua: melibatkan muka, penyawa dan dada.
iii. Pecahan ketiga: sasarannya adalah lengan dan belakang tengkuk.
3. BUAH KEPUTUSAN SENDENG ATAS
Pemakan bagi buah jatuh keputusan sendenga atas ialah bawah dagu, lengan dan belakang tengkuk.
4. BUAH KILAS BELAKANG
Pemakan : leher atau halkum.
5. BUAH KILAS HADAPAN
Sasaran: bahagian dada dan muka
6. BUAH KIDONG KIRI
Pemakan: rusuk dan lengan.
7. BUAH KUNTAU JATUH
Pemakan: Bawah dagu, dada, muka dan penyawa.
8. BUAH KUNTAU KIRI & KUNTAU KIRI GANTUNG
i. Buah kuntau kiri melibatkan pemakan pada bahagian lengan dan tengkuk.
ii. Kuntau kiri gantung melibatkan pelipat, leher dan tengkuk.
9. BUAH KUNTAU KANAN GANTUNG
Sasarannya adalah pelipat dan lengan.
10. BUAH HENTAK (BUAH KEPUTUSAN SILAT HARIMAU)
Melibatkan penyawa dan muka dan dada.
11. BUAH ALI PATAH ATAS
Pemakannya adalah leher, pelipat dan rusuk muda.
12. BUAH ALI PATAH SUDAH
Melibatkan leher atau halkum.
13. BUAH SELENDANG
Sasarannya adalah leher atau halkum, lengan, siku dan penyawa.
14. BUAH GARI & GARI GUNTING
i. Buah gari melibatkan pemakan pada rusuk muda, lengan dan leher.
ii. Buah gari gantung melibatkan rusuk muda, lengan dan leher. Perbezaan buah gari dab gari gantung adalah pada kedudukannya.
15. BUAH PARAS
i. PECAHAN PERTAMA: melibatkan lengan, belakang tengkuk dan belakang telinga.
ii. PECAHAN KEDUA: melibatkan lengan, belakang tengkuk dan leher.
iii. PECAHAN KETIGA: sasarannya adalah lengan, belakang tengkuk, leher dan sendi tangan.
16. BUAH KEPUTUSAN PASUNG KEMANGA
Melibatkan lengan, pelipat dan leher.
17. BUAH KEPUTUSAN TERLAK
Sasarannya ialah dada dan lengan.
18. BUAH KEPUTUSAN LINTAU
Melibatkan pemakan pada perut dan leher.
19. BUAH HEMPOK
Sasarannya adalah rusuk muda.
20. BUAH LUNCUR
Melibatkan leher atau halkum.
mas- New Member
- Posts : 3
Join date : 2010-08-18
Location : tanjung malim
Re: SILA POSTKAN ASSIGNMENT ANDA DAN PEMBETULAN SOALAN ESEI DI SINI
NAMA : NOOR AKMANIAH BINTI ARWAE
NOM . MATRIK : D20101039393
NOM . MATRIK : D20101039393
- Spoiler:
- NAMA : NOOR AKMANIAH BINTI ARWAE
NOM . MATRIK : D20101039393
Soalan 1 :
• Tuliskan Pantun Silat Cekak yang telah dikarang oleh Almarhum Ustaz Hj Hanafi Bin Hj Ahmad .
Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan
Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri
Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah
Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya
Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat
Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat
Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka
Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci .
• Tulis sebuah esei bertajuk " Penghayatan Pantun Silat Cekak Dalam Kehidupan " . Panjang esei adalah sekitar 300 - 500 patah perkataan .
Almarhum Ustaz Hj Hanafi Bin Hj Ahmad telah menyusulkan perihal Silat Cekak dalam pantun yang dikarang oleh beliau . Dalam pantun Silat Cekak tersebut , beliau menyatakan sebab musabab tertubuhnye Seni Silat Cekak . Menurut beliau , Silat Cekak tertubuh bukanlah untuk bermusuh – musuhan sesama sendiri atau untuk menunjukkan kehebatan diri masing – masing tetapi ianya ditubuhkan untuk menaikkan lagi martabat seni di tanah air kita . Seperti yang kita tahu , warisan seni mempertahankan diri seperti silat semakin dilupakan dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini , oleh itu , dengan adanya seni mempertahankan diri seperti Silat Cekak dapat memberi kesedaran kepada generasi kini tentang kepentingan Silat Cekak yang saling berkait denagn sejarah kemerdekaan .
Selain itu , Silat Cekak juga adalah asli datang dari Kedah dan tidak diadaptasi dari silat yang datang dari negeri lain . Oleh sebab itu , penuntut yang mempelajari seni Silat Cekak perlulah belajar dengan bersungguh – sungguh dan seikhlas hati supaya Silat Cekak dapat diaplikasikan dalam sesuatu situasi untuk mempertahankan diri .
Pergerakan dalam Silat Cekak amat mudah . Malahan , lebih mudah mempelajari pergerakan dalam Silat Cekak jika penuntut mendapat hidayah . Namun begitu , setiap penuntut yang mempelajari Silat Cekak haruslah bersikap tabah dan dengan izin – Nya , faedah akan diperolehi jika kita mempelajari setiap pergerakan dengan gigih dan tabah .
Pergerakan dalam Silat Cekak banyak dipengaruhi dalam diri penuntut itu sendiri . Oleh itu , setiap anggota tubuh penuntut perlulah mempunyai kebolehan untuk melakukan setiap pergerakan dalam Silat Cekak . Selain itu , ketika menuntut ilmu Silat Cekak , penuntut perlulah bersikap jujur, baik pada guru mahupun pada diri sendiri . Keberkesanan ilmu yang diperolehi mergantung pada kejujuran penuntut itu sendiri .
Ketika menuntut ilmu Silat Cekak , penuntut perlulah taat kepada guru . Ianya bersesuian dengan 5 pantang larang dlam menuntut seni Silat Cekak dan salah satunya termasuklah tidak boleh menderhaka kepada tok guru . Oleh itu , perlulah kita mengtaati guru kerana walaupun sedikit sahaja pelajaran yang kita belajar tetapi seolah – olah kita mendapat ilmu yang banyak . Oleh yang demikian , kita tidak boleh mengderhaka kepada guru kerana kelak ilmu yang dituntut tidak berkat dan susah untuk diingati .
Seorang guru mempunyai kelebihan tersendiri yang tidak ada pada penuntutnya . Selain turut mempunyai banyak ilmu pengetahuan guru juga lebih berpengalaman dalam apa yang diceburinya . Oleh itu , sebagai penuntut yang menimba ilmu darinya , kita wajib menghormati dan mangtaati mereka . Kelebihan yang terdapat pada guru juga dapat dibuktikan melalui cara pemakaian mereka yang berbeza dengan anak – anak buah mereka .
Selain itu juga , apabila menuntut seni Silat Cekak , kita tidak beleh mengderhaka kepada kedua ibu – bapa kerana ianya merupakan salah satu pantang – larang apabila menuntut ilmu dlam Silat Cekak . Seperti yang kita tahu , ibu – bapa telah banyak berjasa kepada kita terutama dalam membesarkan kita . Oleh itu , sebagai anak , kita wajib menghormati mereka dan besar padah yang akan menimpa kita apabila kita mengderhaka kepada kedua ibu – bapa . Allah s . w . t juga telah menjanjikan neraka bagi anak – anak yang mengderhaka kepada orang tua mereka .
Oleh yang demikian , sebagai seorang hamba – Nya , kita wajib menjaga diri dan maruah . Kita juga perlu menjaga amanat yang telah dipinjamkan oleh – Nya kepada kita . Janganlah kita menganiayai amanat yang telah diberikan . Selain itu , juga juga haruslah menjadi mukmin yang sentiasa berada di landasan Allah s . w . t supaya hidup kita lebih diredhai oleh – Nya . Kita juga haruslah menjadi hamba – Nya yang berani menegakkan syariat Islam .
Soalan 2 :
• Senaraikan 20 buah peringkat jatuh serta pecahannya ( jika ada ) berserta gambar dan tuliskan pemakan bagi setiap buah-buah tersebut
1) Buah Pertama
Pelipat dan tangan penyerang dikunci sementara khalkum , dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir .
2) Buah Keputusan Gayung Fatani ( Gayung Fatani Pecahan Pertama )
Bertindak terhadap penyerang yang menarik balik penumbuk untuk mengubah kepada cara serangan yang lain . Keadaan ini akan menyebabkan penyerang akan dijatuhkan , dikunci pelipat dan tangannya serta khalkum , dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir .
3) Buah Keputusan Gayung Fatani (Gayung Fatani Pecahan Kedua )
Digunakan sekiranya penyerang melangkah ke hadapan untuk menyerang semula dengan menggunakan kaki . Akibatnya , penyerang akan dikunci pelipatnya .
4) Buah Keputusan Gayung Fatani (Gayung Fatani Pecahan Ketiga )
Digunakan untuk menyerang penyerang yang cuba turunkan badan ke bawah dengan niat untuk menyepak kaki pengamal . Akibatnya , pelipat kaki dan tangan penyerang akan dikunci rapat . Penyudahnya mengikut rentak lanjut pergerakan kedua penyerang tersebut .
5) Buah Keputusan Sendeng Atas
Buah yang dapat memeranjatkan penyerang dengan tangan dan rusuk menjadi sasaran . Matlamat terakhirnya ialah mengunci kaki dan tangan penyerang rapat ke bumi .
6) Buah Kilas Belakang
Buah yang dapat menjatuhkan dan mengunci penyerang sehingga penyerang hilang pertimbangan dan tidak dapat bergerak .
7) Buah Kilas Hadapan
Buah yang dapat digunakan untuk menangkis serangan tangan dari bawah termasuk layangan kerambit dan menangkis serangan kaki yang ditujukan ke perut dan ke bawah . Buah ini akan mengakibatkan tangan penyerang dikunci beserta lehernya , manakala sasaran terakhirnya ialah dada dan muka .
Buah Kidong Kiri
Digunakan teristimewa untuk menangkis serangan secara simbat , dengan tangan dan kaki penyerang dikunci rapat .
9) Buah Kuntau Jatuh
Buah yang dapat menjatuhkan penyerang secara cepat dengan kakinya dikunci kemas . Sasaran terakhirnya ialah nyawa penyerang .
10) Buah Kuntau Kiri
Buah pantas yang dapat mengunci kaki dan tangan penyerang rapat ke bumi dengan cepat . Sasaran terakhirnya ialah membuat penyerang memakan pasir .
11) Buah Kuntau Kiri Gantung
Buah yang menyebabkan keseimbangan penyerang tergugat secara memeranjat . Kaki penyerang akan terkunci dan pemakan terakhirnya ialah tengkok penyerang .
12) Buah Kuntau Kanan Gantung
Penyerang akan dikunci kakinya dengan kemas dan buah ini dapat mencabutkan kedua-dua sendi lengan penyerang .
13) Buah Hentak ( Keputusan Silat Harimau )
Kaedah mudah yang boleg menjatuhkan dan mengunci rapat penyerang ke bumi dengan tiba-tiba . Pemakan terakhirnya ialah penyawa , dada dan muka .
14) Buah Ali Patah Atas
Buah ini dapat mengunci kedua-dua tangan penyerang dengan sebelah tangan pengamal sahaja , manakala kaki penyerang akan terkunci rapat ke bumi . Pemakan terakhirnya ialah rusuk muda .
15) Buah Ali Patah Sudah
Buah ini menyebabkan leher penyerang terkunci . Ia hanya akan sudah dengan khalkum penyerang terjerut akibat henjutan mudah .
16) Buah Selendang
Buah ini akan menyelendangkan penyerang secara kemas . Pemakannya yang terakhir ialah dada penyerang dan pematahan siku .
17) Buah Gari Pecahan Pertama
Leher penyerang akan dikunci kemas berserta dengan tangannya sekali . Kemudian diturunkan ke bumi dengan tangan masih terkunci . Pemakan yang terakhirnya ialah leher penyerang .
18) Buah Gari Gunting
Kaedah yang dapat mengacip leher penyerang dengan menggunakan kombinasi kaki dan tangan pengamal . Tangan penyerang juga dapat dikunci kemas .
19) Buah Paras Pecahan Pertama
Tamparan dan tetakan yang akan menyebabkan penyerang terperanjat dan hilang ingatan seketika . Tangan penyerang dikunci dan siku pengamal menekan leher penyerang menyebabkan kesakitan yang amat sakit .
20) Buah Paras Pecahan Kedua
Buah ini akan menyebabkan penyerang akan hilang ingatan seketika . Ia mempunyai kuncian yang menyeluruh dan kemas serta seluruh anggota penyerang tidak dapat bergerak .
21) Buah Paras Pecahan Ketiga
Buah ini akan menyebabkan penyerang akan hilang ingatan seketik . Tangan penyerang akan dikunci dengan menggunakan kaki menyababkan mereka tidak dapat bergerak . Sasaran terakhir akan dapat mematahkan sendi tangan penyerang .
22) Buah Keputusan Pasung Kemanga
Tamparan yang menyebabkan penyerang terperanjat dan jika bersenjata akan terlepas senjatanya . Tanagn dan kai penyerang akan dikunci kemas seolah - olah dipasung dan tidak dapat bergarak lagi . Pemakan terakhirnya ialah leher penyerang .
23) Buah Keputusan Terlak
Buah ini sangat sesuai untuk menangkis serangan tangan kosong atau bersenjata pendek yang dilakukan tikaman dari luar . Ia mempunyai kaedah kuncian tangan yang istimewa . Tangan penyerang akan dikunci yang kedudukannya akan menyebabkan seluruh anggotanya tidak dapat bergerak . Tangan penyerang juga boleh dipatahkan .
24) Buah Keputusan Lintau
Mempunyai kaedah tamparan yang akan memeranjatkan dan menggoyahkan badan penyerang . Sasaran pukulan terakhirnya ialah perut dan leher penyerang .
25) Buah Hempok
Buah yang istimewa untuk menghadapi serangan penyerang yang ditujukan ke bahagian kepala , badan penyerang akan dijatuhkan terlangkup manakala kaki dan tangan penyerang dikunci kemas .
NOOR AKMANIAH BINTI ARWAE- New Member
- Posts : 6
Join date : 2011-02-12
Pembetulan tugasan Silat Cekak II
NAMA: NOR AISHAH BINTI YUSOF
NO. MATRIK: D20091035530
STATUS: PEMBETULAN ESEI
NO. MATRIK: D20091035530
STATUS: PEMBETULAN ESEI
- Spoiler:
- NAMA: NOR AISHAH BINTI YUSOF
NO. MATRIK: D20091035530
STATUS: PEMBETULAN ESEI
Tulis sebuah esei bertajuk "Penghayatan Pantun Silat Cekak Dalam Kehidupan". Panjang esei adalah sekitar 300-500 patah perkataan.
Pantun Silat Cekak telah dihasilkan oleh Alhamrhum Ustaz Hj. Hanafi Bin Hj. Ahmad. Beliau yang merupakan seorang pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) dan sebagai guru utama merangkap Presiden dari tahun 1965 hingga 1986. Pantun ini dicipta bertujuan untuk memberi gambaran kepada penuntut-penunutut Silat Cekak bahawa silat ini lebih menekankan kepada pendidikan rohani dan jasmani yang tidak terkeluar dari landasan Islam. Pantun ini telah diterbitkan oleh PSSCM secara rasmi melalui Majalah Suara Cekak 1 pada tahun 1975 dan Suara Cekak 2 pada tahun 1976. Silat Cekak merupakan sejenis ilmu bela diri bangsa Melayu yang asli dan boleh digunakan sebagai alat untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh. Penghayatan pantun Silat Cekak dalam kehidupan seseorang dapat memberikan manfaat yang berguna kepada seseorang lebih-lebih lagi kepada penuntut ilmu bela diri ini.
Berdasarkan kepada rangkap pertama pantun tersebut, dapat menjelaskan bahawa Silat Cekak lahir bukannya untuk bermusuh dengan sesiapa, namun silat ini lahir atas dasar kesedaran untuk mendaulatkan seni kebangsaan sesuai dengan makna kemerdekaan. Kita sebagai pelapis kepada generasi muda haruslah mempertahankan khazanah budaya yang bernilai tinggi ini agar tidak lapuk dek panas, tidak lekang dek hujan. Oleh itu, usaha-usaha seperti penerangan dan penjelasan tentang kebaikan dan kelebihan Silat Cekak perlu kerap diadakan supaya dapat memupuk rasa sayangkan warisan yang bermutu tinggi ini. Apabila kita sayangkan budaya warisan sendiri, secara tidak langsung akan melahirkan jiwa patriotik iaitu rasa sayang terhadap bangsa dan negara.
Namun, apabila membicarakan tentang ilmu mempertahankan diri daripada ancaman musuh, sesetengah pihak berpendapat bahawa ilmu silat sudah tidak relevan lagi untuk dipelajari dalam dunia moden hari ini. Hal ini demikian kerana, terdapat senjata moden seperti pistol yang dapat membunuh musuh dari jarak jauh atau dekat. Walau bagaimanapun, tidak semua orang mampu untuk memiliki pistol disebabkan oleh beberapa syarat tertentu yang perlu dipatuhi sebelum memilikinya. Oleh itu, ilmu mempertahankan diri ini masih diperlukan di zaman serba moden ini kerana musuh datang menyerang tidak mengenal masa dan tempat. Jika kita sudah ada ilmu bela diri ini, sekurang-kurangnya kita akan lebih bersedia untuk menghadapi semua kemungkinan yang akan berlaku terhadap diri kita. Hal ini amat bertepatan seperti yang dinyatakan dalam pantun Silat Cekak rangkap kedua iaitu, seseorang perlu menyedari pentingnya ilmu ini dan mengambil langkah-langkah untuk mempelajarinya dengan bersungguh-sungguh demi menjaga keselamatan diri.
Pada rangkap ketiga pula, menyatakan bahawa mempelajari Silat Cekak adalah mudah bagi mereka yang mendapat hidayah untuk mempelajarinya. Namun, pasti ada dugaan dan cabaran yang harus ditempuh oleh penuntut ilmu bela diri ini sebelum dapat mengusai ilmu ini sepenuhnya. Oleh itu, kita seharusnya sentiasa gigih dan sabar dalam mempelajarinya kerana pulangan atau faedah yang akan kita dapat nanti sangat bernilai dan tiada tandingannya. Seterusnya, Silat Cekak juga menjelaskan tentang kompenan diri iaitu zahir dan batin. Kedua-duanya harus dididik agar seimbang iaitu zahirnya perlu mahir seluruh anggota manakala batinnya pula hendaklah kuat dalam mentauhidkan Allah. Selain itu kejujuran pada jiwa juga dititikberatkan supaya dapat membersihkan hati daripada sifat-sifat mazmumah seperti dengki, riak dan megah serta mengikhlaskan hati dalam melakukan semua perkara. Perkara ini dijelaskan menerusi Pantun Silat Cekak pada rangkap keempat.
Di samping itu, Silat Cekak juga menganjurkan penuntutnya agar berperangai baik, hidup dalam bersaudara, patuh dan hormat kepada guru. Mereka juga dilarang menderhaka kepada kedua ibu bapa. Hal ini sama seperti yang dituntut dalam Islam. Perkara ini ada dirakamkan di dalam pantun Silat Cekak seperti pada rangkap kelima hingga rangkap ketujuh. Selain itu, perkara ini turut dinyatakan dalam tiga pantang larang utama Silat Cekak. Guru, ibu dan bapa adalah orang yang paling berjasa dalam hidup kita kerana mereka telah menjaga, mendidik dan membimbing kita untuk menjadi manusia yang berguna. Jika kita merderhaka kepada guru, semua ilmu yang kita pelajari tidak akan lekat seperti kata pepatah Melayu, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Hal ini akan merugikan diri kita sendiri. Di samping itu, seseorang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya akan dimasukkan ke dalam api neraka kerana itu merupakan dosa besar. Oleh itu, kita haruslah menghormati mereka supaya kita memperolehi keberkatan hidup di dunia dan akhirat.
Selain itu, pada rangkap terakhir pantun tersebut mengingatkan para penuntutnya agar pandai menjaga diri dan menjadi mukmin yang sejati demi menegakkan syiar Islam. Silat Cekak juga telah menjelaskan betapa pentingnya mengenal diri untuk mengenal yang maha pencipta. Hal ini penting supaya kita tidak mudah lupa diri kerana apabila kita mempelajari ilmu bela diri ini bukanlah untuk bermegah-megah tetapi semata-mata untuk menjaga diri. Kesimpulannya, penghayatan pantun Silat Cekak adalah penting terutamanya kepada penuntut ilmu bela diri ini kerana dalam pantun tersebut terdapat nasihat-nasihat berguna yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini.
Last edited by Hafis on Wed Mar 02, 2011 9:14 pm; edited 2 times in total (Reason for editing : TERSILAP MASUKKAN TUGASAN)
aishah- New Member
- Posts : 6
Join date : 2010-08-27
salam
NAMA : SITI MUNIRAH ALIAS
NO MATRIK : D20091034883
STATUS : LEWAT POST
SILAT CEKAK 2
NO MATRIK : D20091034883
STATUS : LEWAT POST
SILAT CEKAK 2
- Spoiler:
- NAMA : SITI MUNIRAH ALIAS
NO MATRIK : D20091034883
STATUS : LEWAT POST
SILAT CEKAK 2
SOALAN 1
PANTUN SILAT CEKAK
Lahirnya Cekak kerana kesedaran,
Bukan bermusuh sebagai tujuan,
Untuk mendaulatkan seni kebangsaan,
Menyesuaikan dengan makna kemerdekaan.
Silat Cekak benar-benar asli,
Tidak bercampur hak luar negeri,
Hendaklah belajar sesungguh hati,
Untuk menjaga diri sendiri.
Wajiblah menjaga diri sendiri,
Menerima amanah tuhan Rabbi,
Supaya menjadi mukmin sejati,
Demi menegak Islam yang suci.
Silat Cekak tersangatlah mudah,
Bagi mereka yang mendapat hidayah,
Sungguhpun begitu hendaklah tabah,
Insya Allah mendapat faedah.
Silat Cekak pada lahirnya,
Pengertian gerak pada batinnya,
Hendaklah mahir seluruh anggotanya,
Hendaklah jujur pada jiwanya.
Sebenar guru ada Hakikat,
Dikuat pula amalan Syariat,
Ditambah pula Ilmu Maarifat,
Berpakaian pula dengan isyarat.
Taat ke guru membawa berkat,
Sedikit belajar banyak yang dapat,
Jika menderhaka menjadi mudarat,
Semua ilmu tiada yang lekat.
Dua ibu bapa tak boleh derhaka,
Besar jasanya pada kita,
Kalau menderhaka bahaya menimpa,
Di akhirat kita masuk neraka.
PENGHAYATAN PANTUN SILAT CEKAK DALAM KEHIDUPAN
Pantun Silat Cekak telah dicipta oleh Almarhum Ustaz Hj hanafi Bin Hj Ahmad. Pantun yang mengandungi lapan rangkap kesemuanya ini banyak memberikan nasihat-nasihat yang berguna secara halus dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak kepada generasi yang baru iaitu kita para pelajar seterusnya ahli-ahli Silat Cekak Ustaz Hanafi.
Sebagai permulaannya, rangkap pertama menjelaskan bahawa betapa pentingnya kita untuk belajar silat ini kerana dapat mendaulatkan seni kebangsaan kita yang melambangkan identiti kita sebagai orang melayu. Selain itu, kita harus sentiasa ingat bahawa mempelajari silat ini hanyalah untuk memepertahankan diri bukan untuk bermusuhan. Rangkap yang kedua pula menekankan kita supaya belajar dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas tidak kiralah belajar silat mahupun bejalar akademik agar apa yang dipelajari dapat memberikan manfaat kepada kita dan dapat kita gunakan pada masa hadapan nanti.
Seterusnya, Pantun Silat Cekak menekankan kita agar beriman dengan Allah yang Maha Agung dan sentiasa memelihara diri agar tidak tersesat ke jalan yang salah. Selain itu juga, kita perlu mempersiapkan diri kita dengan iman yang mantap dalam menempuh arus globalisasi yang penuh dengan cabaran agar maruah agama tidak tercemar. Seperti juga belajar, kita memerlukan sikap tabah dan tidak berputus asa dalam mempelajari sesuatu ilmu sekalipun. Begitu juga dengan silat, selagi kita sempitkan pemikiran kita dengan perkataan ‘aku tidak boleh’ selagi itulah kita tidak dapat memepelajari ilmu persilatan dengan lebih yakin dan mudah kerana minda jugalah yang mengawal aktiviti pergerakan tubuh badan kita. Kelak, kita juga yang akan mendapat kebaikan.
Kemudian pada rangkap yang kelima, kita ditekankan agar menetapkan nawaitu kita kerana dari niat dapat kita tafsirkan melalui pergerakan-pergerakan silat. Bukan hanya mempelajari silat sahaja memerlukan kita menguasai semua kemahiran malah dalam pembelajaran seharian juga memerlukan kita untuk menguasai semua mata pelajaran tanpa memilih subjek-subjek yang kita minat. Kita juga perlu menghormati guru kita kerana tanpa guru siapalah kita pada masa ini dan guru juga mempunyai lmu-ilmu yang tersendiri yang adakalanya tidak mampu kita miliki tanpa tunjuk ajarnya.
Perbuatan menderhaka kepada guru turut menyebabkan kita susah untuk mempelajari ilmu yang telah diajar. Sebagai orang yang menolong kita, mengajar kita, kita harus sentiasa mengingati mereka. Mereka tidak mahu harta dan wang ringgit tetapi mahu melihat minat dan kesungguhan kita untuk belajar. Selain guru-guru, kita perlut ahu bahawa syurga adalah di bawah telapak kaki ibu dan ayah. Jika kita menderhaka, dunia dan akhirat kita akan mendapat azab yang berat.
Oleh itu, kita perlu yakin dengan apa yang kita lakukan dan pelajari kerana sesungguhnya kita mampu untuk berjaya sekiranya kita membuat sesuatu itu dengan bersunggguh-sungguh.
SOALAN 2
BUAH JATUH
Peringkat jatuh merupakan sambungan kepada peringkat buah asas. Apabila penuntut telah mahir membuat buah- buah asas maka ia memudahkan mereka membuat buah- buah jatuh. Pada peringkat ini setiap buah akan diajar hingga sempurna termasuk teknik- teknik pemakan dan kuncian.
Buah Pertama
Pelipat dan tangan penyerang dikunci sementara khalkum, dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir.
Buah Keputusan Gayung Patani Pecahan Pertama
Satu untuk bertindak terhadap penyerang yang menarik balik penumbuk untuk mengubah ke cara serangan yang lain. Ini akan mengakibatkan penyerang akan dijatuhkan, dikunci pelipat dan tangannya serta khalkum, dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir.
Buah Keputusan Gayung Patani Pecahan Kedua
Pecahan kedua pula digunakan sekiranya musuh melangkah kehadapan untuk menyerang semula dengan menggunakan kaki. Akibatnya penyerang akan dikunci pelipatnya.
Buah Keptutsan Gayung Patani Pecahan Ketiga
Pecahan ketiga pula digunakan untuk menangkis musuh apabila musuh menggunakan kaki untuk menyepak rusuk atau paha pengamal. Akibatnya kaki penyerang akan dikunci dengan tangan dicelah kangkangnya dan pelipat kaki yang satu lagi dikunci rapat ke bumi.
Buah Keputusan Gayung Patani Pecahan Keempat
Pecahan keempat pula untuk penyerang yang cuba turunkan badan kebawah dengan niat untuk menyepak kaki pengamal. Akibatnya pelipat kaki dan tangan akan dikunci rapat. Sebagai kesimpulan keputusan buah gayung patani ini ialah untuk membuat pukulan dan kuncian pada gerakan kedua penyerang. Penyudahnya mengikut rentak lanjut pergerakan kedua penyerang tersebut.
Buah Keputusan Sendeng Atas
Buah yang dapat memeranjatkan penyerang dengan tangan dan rusuk menjadi sasaran. Matlamat terakhirnya ialah mengunci kaki dan tangan penyerang rapat ke bumi.
Buah Kilas Belakang
Buah yang dapat menjatuh dan mengunci sehingga hilang pertimbangan dan tidak dapat bergerak.
Buah Kilas Hadapan
Buah yang dapat digunakan untuk menangkis serangan tangan dari bawah termasuk layangan kerambit dan menangkis serangan kaki yang ditujukan ke perut dan ke bawah. Buah ini akan mengakibatkan tangan penyerang dikunci berserta lehernya, manakala sasaran terakhirnya ialah dada dan muka.
Buah Kidong Kiri
Buah yang dapat digunakan teristimewa untuk menangkis serangan secara simbat, dengan tangan dan kaki penyerang dikunci rapat.
Buah Kuntau Jatuh
Buah yang dapat menjatuhkan penyerang secara cepat dengan kakinya dikunci kemas. Sasaran terakhirnya ialah nyawa penyerang.
Buah Kuntau Kiri
Buah pantas yang dapat mengunci kaki dan tangan penyerang rapat ke bumi dengan cepat. Sasaran terakhirnya ialah membuat penyerang memakan pasir.
Buah Kuntau Kiri Gantung
Buah yang akan menyebabkan keseimbangan lawan tergugat secara memeranjatkan. Kaki penyerang akan terkunci dan pemkan terakhirnya ialah tengkok penyerang.
Buah Kuntau Kanan Gantung
Penyerang akan dikunci kakinya dengan kemas dan buah ini dapat mencabutkan kedua-dua sendi lengan penyerang.
Buah Hentak
Kaedah mudah yang dapat menjatuh dan mangunci rapat penyerang ke bumi dengan tiba-tiba. Pemakan terakhirnya ialah penyawa, dada dan muka.
Buah Ali Patah Atas
Buah ini dapat mengunci kedua-dua tangan penyerang dengan sebelah tangan pengamal sahaja, manakala kaki penyerang akan terkunci rapat ke bumi. Penekanan terakhirnya ialah rusuk muda.
Buah Ali Patah Sudah
Kedua-dua pecahan ali patah sudah ini akan menyebabkan leher lawan terkunci. Ia hanya akan sudah dengan khalkum penyerang terjurat akibat henjutan mudah.
Buah Selendang
Buah ini akan menyelendangkan tangan penyerang secara kemas. Pemakannya yang terakhir ialah dada penyerang dan pematahan siku.
Buah Gari Pecahan Pertama
Leher penyerang akan dikunci kemas berserta dengan tangannya sekali. Kemudian diturunkan ke bumi dengan tangan masih terkunci. Pemakan yang terakhir ialah leher penyerang.
Buah Gari Gunting
Kaedah yang dapat mengacip leher penyerang dengan menggunakan kombinasi kaki dan tangan pengamal. Tangan penyerang juga dapat dikunci kemas.
Buah Paras Pecahan Pertama
Tamparan dan tetakan yang akan menyebabkan penyerang terperanjat dan hilang ingatan seketika. Tangan musuh dikunci dan siku pengamal menekan leher penyerang menyebabkan kesakitan yang amat sangat.
Buah Paras Pecahan Kedua
Buah ini dapat membuatkan penyerang hilang ingatan seketika. Ia mempunyai kuncian menyeluruh yang kemas dan seluruh anggota penyerang tidak dapat bergerak.
Buah Paras Pecahan Ketiga
Buah ini juga akan menyebabkan penyerang hilang ingatan seketika. Tangan penyerang akan dikunci dengan menggunakan kaki, menyebabkan mereka tidak dapat bergerak. Sasaran terakhir akan dapat mematahkan sendi tangan penyerang.
Buah Keputusan Pasung Kemanga
Tamparan yang terdapat dalam kaedah buah ini akan menyebabkan penyerang terperanjat dan jika bersenjata akan terlepas senjatanya. Tangan dan kaki penyerang akan dikunci kemas seolah-olah dipasung dan tidak dapat bergerak lagi. Pukulan terakhir ialah di leher penyerang.
Buah Keputusan Terlak
Buah ini sangat sesuai untuk menangkis serangan tangan kosong atau senjata pendek yang dilakukan secara tikaman dari luar. Ia mempunyai kaedah kuncian tangan yang istimewa, tangan penyerang akan dikunci yang kedudukannya akan menyebabkan seluruh anggotanya tidak dapat bergerak. tangan penyerang juga boleh dipatahkan.
Buah Keputusan Lintau
Buah ini mempunyai kaedah tamparan yang akan memeranjatkan dan menggoyahkan badan penyerang. Sasaran pukulan terakhirnya ialah perut dan leher penyerang.
Buah Hempok
Istimewa untuk menghadapi musuh yang ditujukan ke bahagian kepala, badan musuh akan dijatuhkan terlangkup. Manakala kaki dan tangan dikunci kemas.
munirah- New Member
- Posts : 6
Join date : 2010-09-01
Re: SILA POSTKAN ASSIGNMENT ANDA DAN PEMBETULAN SOALAN ESEI DI SINI
WAN FARADILA BT WAN TARMIZI
D20091035634
STATUS: PEMBETULAN ESEI
D20091035634
STATUS: PEMBETULAN ESEI
- Spoiler:
- WAN FARADILA BT WAN TARMIZI
D20091035634
STATUS: PEMBETULAN ESEI
PENGHAYATAN PANTUN SILAT CEKAK DALAM KEHIDUPANIlmu seni mempertahankan diri amat penting dalam diri setiap manusia sekiranya manusia itu mempelajari dan mengamalkannya. Sememamngnya, silat cekak hanafi amat bermanfaat kepada setiap pengamalnya. Perkara ini ada dijelaskan melalui setiap rangkap pantun silat cekak hanafi yang telah dikarang oleh Almarhum Ustaz Hj Hanafi Bin Hj Ahmad.Dalam rangkap pertama, perkara yang perlu ditekankan bahawa silat cekak diwujudkan adalah bukan untuk bermusuhan kerana ia mempunyai matlamatnya tersendiri dan lahirnya adalah atas kesedaran. Oleh itu, dengan memahami ilmu silat ini kita dapat menghindari diri kita daripada pergaduhan di samping dapat mengelakkan pepecahan antara manusia. Rangkap kedua pantun cekak pula menjelaskan bahawa keaslian silat cekak adalah benar. Oleh itu, kita hendaklah belajar dan mengamalkannya dengan penuh keyakinan agar kita dapat menjaga diri sendiri. Oleh itu, keyakinan ini membantu kita agar melakukan sesuatu yang baik dengan bersungguh-sungguh.
Rangkap ketiga pantun pula menyatakan bahawa setiap gerakan dalam silat cekak amat mudah dipelajari oleh meraka yang mendapat petunjuk. Oleh itu, kita hendaklah tabah dalam mempelajari ilmu agar kita mendapat manfaatnya sama ada dalam ilmu silat atau ilmu yang dipelajari dalam kehidupan kita di dunia ini. Rangkap keempat pula menyatakan bahawa silat cekak menekankan tentang komponen diri. Diri kita terdiri daripada dua komponen asas iaitu yang zahir dan yang batin, kedua-duanya perlu dididik agar ia seimbang.
Penghayatan yang dapat kita perolehi dalam rangkap kelima dan keenam pula ialah ketaatan kepada guru dalam memperolehi keberkatan setiap ilmu yang diajar oleh guru. Seperti yang kita ketahui bahawa terdapat beberapa pantang larang yang terkandung dalam seni mempertahankan diri silat cekak ustaz hanafi dan salah satu yang utamanya iaitu tidak boleh derhaka kepada guru. Perkara ini ialah pendorong kepada konsep mengenang jasa dan tatatertib dalam menuntut ilmu. Oleh itu, inti pati taat kepada guru ini ialah konsep keberkatan seperti yang ternyata dalam rangkap kelima pantun silat cekak. Dengan berkat dan didikan guru, kita akan terhindar daripada melakukan perkara-perkara negatif seperti kezaliman, rasuah, sombong, menipu dan sebagainya. Melalui gurulah kita akan dididik untuk mentaati Rasulullah dan Allah.
Rangkap ketujuh pula menekankan agar kita taat kepada ibu bapa dan tidak menderhaka kepadanya. Hal ini juga ada dinyatakan dalam pantang larang silat cekak iaitu tidak boleh derhaka kepada ibu dan tidak boleh derhaka kepada bapa. Sekiranya kita menderhaka kepada kedua-duanya maka bahaya yang akan mengundang kita kelak dan sesungguhnya Allah telah menjanjikan di dalam Al-Quran bahawa tempat bagi anak-anak yang derhaka ialah neraka jahanam. Sementara, ketaatan kita kepada ibu bapa akan membantu kita memperoleh keberkatan dan kerahmatannya. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa taat kepada setiap suruhan kedua-dua ibu bapa kita seperti mana kita mentaati suruhan Allah. Sekiranya kita menderhaka kepada mereka bererti kita juga menderhaka kepada Allah. Dengan ini, kita hendaklah sentiasa berbuat baik dan sentiasa mengikuti suruhan ibu bapa serta memuliakan dan menghargai setiap pengorbanan yang mereka lakukan buat kita sepanjang mereka membesarkan kita.
Keutamaan dalam rangkap kelapan pula adalah agar kita menghargai nyawa yang Tuhan kurniakan kepada kita kerana ia merupakan satu amanah yang perlu kita menjaganya. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menyucikan hati dengan melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya agar membentuk seorang mukmin yang sejati. Secara tidak langsung, kita dapat membela kebenaran dan kesucian agaran Islam.
Secara kesimpulannya, pantun silat cekak sedikit sebanyak dapat memberi penghayatan kepada ahlinya agar diri meraka dapat mempraktikkannya dalam kehidupan mereka. Oleh itu, pendidikan dalam Seni Silat Cekak berupaya melahirkan anggota masyarakat yang sayang akan diri, agama, bangsa dan negara dan seterusnya menjadikan pengamalnya selamat di dunia dan di akhirat.
[b]
dila- New Member
- Posts : 5
Join date : 2011-01-05
PEMBETULAN ESEI SILAT CEKAK II
NAMA : NOOR AMIRA LIANA BT. ISMAIL
NO. MATRIK : D20091035706
STATUS : PEMBETULAN
NO. MATRIK : D20091035706
STATUS : PEMBETULAN
- Spoiler:
- NAMA : NOOR AMIRA LIANA BT. ISMAIL
NO. MATRIK : D20091035706
STATUS : PEMBETULAN
Esei bertajuk "Penghayatan Pantun Silat Cekak Dalam Kehidupan"
Pantun Silat Cekak ini adalah ciptaan daripada YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad. Terdapat banyak penghayatan yang boleh di ambil daripada pantun ini untuk kehidupan seharian manusia. Dalam rangkap pertama, ia menjelaskan bahawa tujuan mempelajari silat cekak ini adalah untuk ketahanan diri dan bukan tujuan permusuhan. Ketahanan diri penting untuk mengekalkan jati diri seseorang. Penghayatannya disini adalah boleh menguatkan jati diri dalam diri seseorang penuntut silat cekak. Jati diri adalah elemen yang mendasari citra dan imej sesebuah bangsa. Ia merangkumi adat, agama, bahasa dan budaya. Dengan ini, ia berupaya mendidik kita mengenali jati diri yang sebenarnya dan seterusnya menjadikan kita menghargai dan bertanggungjawab untuk menjaga kurniaan Allah yang ada pada diri kita.
Rangkap kedua pula menjelaskan bahawa ilmu silat cekak ini adalah benar dan ilmu ini bukan rekaan semata-mata. Penghayatan yang boleh diambil ialah menunjukkan kesucian ilmu tersebut dan seseorang penuntut silat cekak itu akan bersungguh-sungguh dalam menuntut sebarang ilmu. Seseorang itu juga akan ikhlas mempelajarinya untuk kepentingan diri di dunia mahupun di akhirat.
Seterusnya pada rangkap ketiga menerangkan bahawa ilmu silat cekak itu adalah mudah untuk dipelajari jika seseorang itu ikhlas untuk menuntut ilmu tersebut. Walaupun sukar untuk seseorang itu dalam menuntut ilmu, segalanya akan mudah jika seseorang itu tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran yang menghalang. Dengan keizinan Allah, berkat kesabaran dan ketabahan itu akan mendapat keredhaanNya dalam menuntut ilmu.
Dalam rangkap keempat pula, penghayatannya ialah kejujuran dalam menuntut ilmu itu adalah penting. Pergerakan silat cekak hanya dapat dilihat melalui pergerakan seseorang penuntut ilmu tersebut. Kejujuran dalam diri itu dapat di pupuk. Justeru, seseorang itu dapat menyerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian seperti jujur dan sebagainya.
Selain itu, penghayatan yang dapat diambil daripada rangkap kelima dan keenam ialah dengan berkat dan didikan seorang guru, kita akan terhindar daripada melakukan kerja-kerja mungkar dan sifat buruk seperti rasuah, khianat, sombong, berbohong dan sebagainya. Dengan adanya guru, kita akan dididik untuk mentaati Rasulullah SAW dan Allah SWT. Gurulah yang kita dapat lihat secara lahiriah untuk mendidik kita mentaati yang ghaib dan tidak terlihat menerusi mata kasar. Kita hendaklah sentiasa mentaati guru yang telah banyak memberi didikan dan tunjuk ajar kepada kita. Segala ilmu yang diperolehi daripada guru itu tidak berkat jika seseorang itu melawan dan tidak mentaati guru.
Penghayatan daripada rangkap ketujuh pula ialah kepentingan ibu bapa dalam hidup seseorang manusia. Seseorang anak tidak boleh menderhakai ibu bapa kerana terlalu besar pengorbanan dan jasa mereka terhadap anak-anak. Anak yang menderhakai ibu bapa mereka hidupnya tidak berkat dan Allah SWT tidak menjaminkan syurga untuknya kerana syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.
Penghayatan daripada rangkap yang terakhir ialah menerangkan tentang konsep diri dan mengenal diri untuk mengenal penciptaNya supaya kita tidak lupa diri dan sentiasa mensyukuri segala nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Dengan ini, ia akan menjadikan diri kita lebih amanah dan menjadi hamba yang taat kepada Allah SWT demi menegakkan kebenaran dan kesucian agama Islam.
myra lyana ismail- New Member
- Posts : 4
Join date : 2011-02-11
MUNIRAH BINTI SAFIEE D20091034844
MUNIRAH BINTI SAFIEE D20091034844
- Spoiler:
- Penghayatan pantun Silat Cekak Ustaz Hanafi dalam kehidupan
Pantun Silat Cekak ini telah dicipta oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad. Pantun silat cekak ini telah dicipta pada tahun 1975. Silat Cekak Ustaz Hanafi berasal dari negeri Kedah. Ia pernah diamalkan oleh panglima-panglima kerajaan Kedah di zaman Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II.
Berdasarkan rangkap pertama pantun Silat Cekak, Silat Cekak Ustaz Hanafi merupakan silat yang dipelajari bukan bertujuan untuk bermusuh, mengganas atau menceroboh tetapi sebagai satu mekanisme mempertahankan diri daripada musuh. Pantun silat cekak juga menyampaikan matlamat supaya kita mendaulat dan menanam rasa cinta kepada kebudayaan pusaka asli bangsa Melayu selaras dengan teras dasar kebudayaan kebangsaan. Silat Cekak digunakan sebagai satu seni mempertahankan diri dan untuk negara walaupun kita tiada peralatan yang canggih tetapi kita mempunyai ilmu dan keberanian dalam mempertahankan diri daripada musuh.
Berdasarkan rangkap kedua dan ketiga pantun Silat Cekak Ustaz Hanafi menerangkan bahawa Silat Cekak Ustaz Hanafi ialah silat yang asli dan tidak meniru mana-mana teknik silat yang lain. Untuk mendapat ilmu silat cekak kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh dan dengan hati yang jujur supaya ilmu yang kita dapat itu berkekalan dan mendapat faedah mempelajarinya.
Rangkap keempat pantun Silat Cekak menggambarkan pengajaran dalam Silat Cekak yang mempunyai kaedah-kaedah yang tetap dengan mempunyai buah-buah pukulan dan kunci-kunci tangkapan yang cukup dan kemas. Pergerakan dan sistem silat ini adalah berasaskan gerak geri semulajadi manusia yang berdasarkan fikiran yang sihat, jiwa yang tenang dan nyata kesesuaiannya dengan prinsip agama Islam.
Rangkap kelima dan keenam pantun ini menerangkan peranan seseorang guru amatlah penting. Kita haruslah sentiasa menghormati guru kita jika kita ingin mendapat sesuatu dengan ikhlas. Guru banyak membantu mendidik serta membentuk kita dan tanpa guru siapalah kita sekarang. Jika kita menderhaka kepada guru, ilmu yang diajar tidak akan dapat kita menguasainya. Walaupun hanya sedikit yang diajar tetapi banyak faedah yang akan dapat kita perolehi. Oleh itu, kita haruslah sentiasa menghormati guru kita.
Rangkap ketujuh pantun ini menceritakan peranan seorang anak kepada ibu bapanya. Seseorang manusia tidak seharusnya menderhaka kepada kedua ibu bapa mereka apatah lagi melawan cakap mereka. Merekalah yang membesarkan kita dengan penuh kasih sayang seperti menatang minyak yang penuh. Jika kita menangis merekalah di sisi kita dan tanpa mereka tiadalah kita di muka bumi ini. Sebagai umat Islam besar dosanya jika kita menderhaka kepada kedua ibubapa kita terutamanya ibu kita kerana syurga itu berada di bawah tapak kaki ibu. Sekali hati mereka terguris, itu sudah dikatakan menderhaka kepada mereka. Oleh itu, kita haruslah sentiasa membalas budi baik mereka, layanlah mereka dengan ikhlas dan penuh kasih sayang sebelum ia terlambat.
Rangkap terakhir pantun Silat Cekak Ustaz Hanafi ini memberitahu kita bahawa kita bertanggungjawab dalam menjaga diri kita sendiri. Silat Cekak Ustaz Hanafi mengajar kita supaya menjadi seorang yang mempunyai ciri-ciri mukmin sejati supaya dpat menegakkan agama Islam. Silat Cekak lebih menekankan kepada pendidikan rohani dan jasmani yang tidak terkeluar dari landasan Islam. Sebagai kesimpulannya, Silat Cekak Ustaz Hanafi ini banyak mengajar kita menempuh kehidupan di dunia yang penuh dengan dugaan supaya kita bahagia di akhirat kelak.
Munirah Safiee- New Member
- Posts : 3
Join date : 2011-01-05
Re: SILA POSTKAN ASSIGNMENT ANDA DAN PEMBETULAN SOALAN ESEI DI SINI
Nama: Nur Iliyana Bt Shafeai
No Matrik: D20091034868
Status : Pembetulan Esei
No Matrik: D20091034868
Status : Pembetulan Esei
- Spoiler:
- Nama: Nur Iliyana Bt Shafeai
No Matrik: D20091034868
Status : Pembetulan Esei
Soalan 1
(i) Tuliskan Pantun Silat Cekak yang telah dikarang oleh Almarhum Ustaz Bin Haji Ahmad.
Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan
Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri
Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah
Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya
Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat
Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat
Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka
Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.
(ii) Penghayatan Pantun Silat Cekak
Pantun Silat Cekak ini telah dikarang oleh Yang Mulia Almarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad. Pantun ini dikarang bertujuan untuk memberi gambaran kepada para penuntutnya bahawa silat ini sebenarnya menekankan pendidikan rohani dan jasmani serta tidak terpesong dari landasan agama sama sekali.
Berdasarkan pantun di atas, kita dapat lihat silat merupakan sejenis kaedah atau seni mempertahankan diri yang harus dipelajari oleh seseorang individu. Pada era globalisasi ini, terdapat pelbagai ancaman dari anasir-anasir luar. Contohnya seperti peragut, perompak, perogol, pembunuh dan sebagainya. Setiap individu tidak terkecuali dan tidak mustahil terpaksa berhadapan dengan anasir-anasir ini suatu ketika nanti. Seandainya tiada sebarang ilmu mempertahankan diri, bagaimana kita dapat mempertahankan diri kita tatkala berhadapan dengan bahaya, ancaman atau musuh yang tidak terduga hadirnya. Kerana itulah berdasarkan rangkap pertama pantun ini dinyatakan bahawa lahirnya Silat Cekak kerana kesedaran. Tujuan kita mempelajari silat bukan untuk bermusuh atau mencipta musuh sebaliknya ia digunakan untuk mempertahankan diri kita daripada musuh.
Kita haruslah belajar ilmu mempertahankan diri ini dengan bersungguh-sungguh. Ilmu mempertahankan diri ini amat penting dan seharusnya dipelajari oleh setiap individu sama ada lelaki mahupun kaum wanita. Sekiranya ilmu mempertahankan diri ini dipelajari dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas, pasti ia akan memberi manfaat atau faedah kepada penuntutnya. Walaupun silat ini kelihatan susah untuk dipelajari tetapi sekiranya kita mempunyai niat yang betul dan bertekad untuk mempelajarinya secara bersungguh-sungguh, pasti ia akan menjadi mudah untuk dipelajari dan diikuti. Melalui seni mempertahankan diri ini, kita dapat melatih diri kita menjadi seorang berdisiplin dan lebih berani untuk bertindak terutamanya ketika berhadapan dengan musuh. Apabila kita mempunyai pengetahuan dalam mempertahankan diri, sekurang-kurangnya kita dapat melindungi diri kita daripada musuh dan tidak berserah kepada nasib semata-mata.
Guru merupakan insan yang mendidik dan mencurahkan ilmu pengetahuan kepada kita. Oleh itu, kita haruslah menghormati mereka. Sekiranya guru dihormati, pastilah sesuatu ilmu itu akan mudah difahami dan mendapat keberkatan. Begitulah juga sebaliknya, sekiranya guru tidak dihormati, perintahnya diingkari, sudah tentu ilmu yang disampaikan oleh guru itu tidak dapat diikuti oleh pelajarnya. Oleh itu, kita haruslah menghormati dan mengenang jasa-jasa yang telah dicurahkan guru kepada kita. Antara perkara yang dapat dilakukan sebagai tanda kita menghormati mereka ialah dengan menumpukan sepenuh perhatian ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Begitulah juga dengan mempelajari silat. Kita haruslah menumpukan sepenuh perhatian ketika guru atau jurulatih mengajar. Silat haruslah dipelajari dengan bersungguh-sungguh.
Seterusnya ialah menghormati ibu dan bapa. Mereka merupakan insan yang amat berjasa dalam hidup kita. Budi baik mereka tidak akan mampu dibalas. Wang ringgit juga tidak mampu untuk membayar atau menebus jasa-jasa mereka kepada kita selama ini. Tanpa mereka, sudah tentu kita tidak mampu untuk menjejakkan kaki ke sekolah atau pusat-pusat pengajian tinggi. Oleh itu, kita haruslah menghormati kedua ibu bapa kita. Sesuatu ilmu yang dipelajari dan dituntut itu akan menjadi lebih mudah sekiranya kita menghormati kedua ibu bapa kita. Ini kerana, dengan menghormati mereka, kita akan menjadikan hati mereka senang dan gembira. Doa-doa yang dipinta oleh ibu bapa senang dan pasti akan dimakbulkan oleh Allah. Secara tidak langsung, segala ilmu yang kita pelajari seperti ilmu mempertahankan diri ini, pasti akan mendapat keberkatan dari ibu bapa dan juga dari Allah SWT.
Kesimpulannya, seseorang penuntut silat cekak haruslah menghayati pantun Silat Cekak ini dengan sebaik-baiknya. Ini kerana tedapat banyak pengajaran dan teladan baik yang cuba disampaikan oleh pengarang kepada penuntutnya.
Nur Iliyana Shafeai- New Member
- Posts : 5
Join date : 2010-09-21
AMEERA BINTI YAHYA D20091034814 PEMBETULAN ESEI ASSINGMENT CEKAK 2
AMEERA BINTI YAHYA
D20091034814
PEMBETULAN ESEI ASSINGMENT CEKAK 2
D20091034814
PEMBETULAN ESEI ASSINGMENT CEKAK 2
- Spoiler:
- 1.0 ESEI BERTAJUK "PENGHAYATAN PANTUN SILAT CEKAK DALAM KEHIDUPAN"
Silat Cekak Hanafi merupakan seni silat kebangsaan yang banyak menerapkan nilai-nilai murni kepada para pengamalnya. Keikhlasan serta kesungguhan haruslah dititikberatkan dalam mempelajarinya supaya proses pengambilan dan latihan buah-buah silat boleh difahami sebaik mungkin. Almarhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad telah mencipta Pantun Silat Cekak sebagai rujukan dan panduan kepada para pengamalnya agar tidak tersasar dari matlamat sebenar dalam mempelajari silat ini.
Berdasarkan rangkap pertama dan kedua jelas menyatakan bahawa mempelajari silat Cekak ini hendaklah bukan bertujuan untuk bermusuhan atau mengamalkannya ke arah kejahatan tetapi untuk mempertahankan diri ancaman dan serangan musuh. Seterusnya untuk memartabatkan seni warisan silat kebangsaan terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu yang menjadi lambang kepada identiti bangsa dan negara kita yang tercinta.
Silat Cekak juga menekankan aspek keikhlasan dan kesungguhan dalam mempelajarinya sebagaimana diterangkan dalam rangkap ketiga. Azam yang tinggi serta minat yang mendalam dapat membantu pengamalnya meningkatkan kemahiran dalam menmpraktikkan buah-buah silat dengan baik. Manakala pada rangkap keempat juga menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sifat kejujuran dalam diri setiap individu. Sifat ini haruslah dibentuk sebaik mungkin kerana ia mencerminkan sahsiah dan akhlak bagi setiap insan.
Guru merupakan insan yang amat berjasa dalam hidup kita. Setiap pengorbanan dan usaha dalam
menyampaikan ilmu kepada kita dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dengan harapan agar kita sentiasa mendapatkan yang terbaik dalam setiap perkara. Sekiranya kita sebagai anak didiknya memperolehi kejayaan merekalah diantara insan yang akan bergembira dan meraikannya bersama kita. Oleh yang demikian kita sebagai pelajar haruslah sentiasa menghargai dan mendoakan kesejahteraan mereka. Perkara ini banyak diterangkan pada rangkap kelima dan keenam.
Seterusnya pada rangkap ketujuh banyak memperkatakan tentang kepentingan beradab kepada ibu dan ayah yang banyak bersusah payah membesarkan dan menyayangi kita dengan sepenuh hati mereka. Agama Islam juga mengajar umatnya supaya sentiasa menjaga adab dan mentaati ibu dan ayah. Sesungguhnya anak yang menderhaka kepada ibu dan ayah telah dijamin oleh Allah S.W.T tidak akan selamat kehidupanya di dunia mahupun di akhirat.
Kesimpulannya penghayatan pantun dalam Seni Silat Cekak berupaya melahirkan anggota masyarakat yang sayang akan diri, agama, bangsa dan negara. Seni silat ini harus dipertahankan untuk kebaikan kita bersama supaya dapat diperturunkan kepada generasi yang seterusnya.
assifjiddan- New Member
- Posts : 7
Join date : 2011-01-22
Location : PASIR PUTEH, KELANTAN
Re: SILA POSTKAN ASSIGNMENT ANDA DAN PEMBETULAN SOALAN ESEI DI SINI
NAMA : YASMINE BINTI MOHD ZABAWI
NO MATRIK : D20091035795
STATUS : PEMBETULAN ESEI
NO MATRIK : D20091035795
STATUS : PEMBETULAN ESEI
- Spoiler:
- NAMA : YASMINE BINTI MOHD ZABAWI
NO MATRIK : D20091035795
STATUS : PEMBETULAN ESEI
B) PENGHAYATAN PANTUN SILAT CEKAK DALAM KEHIDUPAN
Pantun silat cekak Hanafi adalah pantun yang telah dicipta oleh Almarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad, terdapat banyak maksud yang tersirat melalui pantun tersebut. Maksud pantun silat cekak pada rangkap pertama ialah wujudnya silat cekak adalah berdasarkan kesedaran. Seni silat cekak ini perlu menetapkan tujuan yang betul untuk mempelajarinya. Silat adalah seni untuk mempertahankan diri. Namun ia bukanlah bermatlamat untuk menyerang musuh semata-mata tetapi turut bertujuan untuk memartabatkan seni kebangsaan kerana ia merupakan seni kebudayaan yang hampir diabaikan oleh masyarakat melayu. Silat cekak juga dapat menyesuaikan dengan makna kemerdekaan.
Manakala rangkap kedua pula menjelaskan bahawa silat cekak Hanafi ini merupakan silat cekak yang asli dan bukannya sejenis ilmu silat permainan semata-mata. Gerak-gerinya adalah gerak-geri semula jadi manusia. Kaedahnya juga tidak bercampur dengan kaedah ilmu mempertahankan diri daripada luar negeri. Keaslian silat Cekak ini juga dapat dilihat dari kesanggupannya untuk mempertahankan diri. Oleh itu, segala ilmu dan panduan Silat Cekak ini seharusnya seseorang itu belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Pelajarannya lebih menitikberatkan kepada mempertahankan diri supaya terlatih dengan keberaniannya.
Rangkap ketiga dalam pantun silat cekak telah membawa mesej iaitu mempelajari silat akan menjadi suatu kemudahan dan kesenangan sekiranya seseorang itu belajar dengan tekun, bersungguh-sungguh dan sangat berhajat untuk mempelajarinya. Mempelajari silat bukan untuk bermegah-megah, sombong dan hanya mengikut nafsu, tetapi sebenarnya tujuan utama adalah untuk menjaga diri, bangsa dan agama. Seseorang itu akan mendapat pertolongan dari Allah s.w.t. sekiranya dia bertindak dengan niat yang benar.
Seterusnya makna yang terdapat dalam rangkap keempat menunjukkan silat cekak adalah dilakukan dengan pergerakan pada batinnya iaitu pada seluruh anggota badan. Namun, pergerakan ini harus dilatih supaya ia seimbang dalam setiap perbuatan serta tidak mudah berlaku kesilapan dalam melakukannya. Silat cekak ini berupaya dalam membina ketahanan diri. Oleh itu, seseorang itu haruslah jujur pada diri serta ikhlas dalam mempelajarinya.
Seterusnya, rangkap kelima dan keenam telah membawa mesej supaya dalam mempelajari silat cekak ini perlulah mentaati guru kerana mentaatinya membawa berkat. Walaupun sedikit ilmu yang dapat dari mempelajarinya, namun kebaikannya membawa kemana sahaja kita pergi demi mempertahankan diri sendiri. Sekiranya seseorang menderhaka terhadap guru, tiada faedah yang diperoleh kerana berkat ilmu tidak sampai kepadanya. Melalui berkat dan didikan guru, kita akan terhindar daripada melakukan sesuatu sifat yang tidak baik seperti berbohong dan sebagainya.
Maksud yang terdapat pada rangkap ketujuh pula ialah pantang larang dalam silat cekak ini supaya tidak menderhakai kedua ibu bapa kerana jasa mereka kepada kita tidak terhitung nilainya. Mereka juga telah bersusah payah dalam membesarkan kita. Oleh itu, seharusnya kita membalas jasa mereka dengan perbuatan yang soleh yang hakikatnya menjadi satu harapan setiap ibu bapa terhadap anak-anaknya. Namun sekiranya seseorang anak itu menderhakai kedua ibu bapanya, maka balasan buruk akan menimpa di akhirat kelak.
Rangkap terakhir membawa maksud iaitu menjaga diri sendiri adalah satu kewajiban dan dituntut untuk mempelajarinya kerana Islam memandang mulia terhadap ilmu-ilmu mempertahankan diri ini. Ilmu ini juga dapat mendidik seseorang menjadi seorang mukmin yang baik serta dapat menyumbang kepada Islam dengan mempelajarinya.
yasmine- New Member
- Posts : 3
Join date : 2011-01-05
pembetulan esei
nama : wan nor roziaty binti wan mat roni
no. matrik : D20101039070
status : pembetulan
no. matrik : D20101039070
status : pembetulan
- Spoiler:
- nama : wan nor roziaty binti wan mat roni
no. matrik : D20101039070
status : pembetulan
PANTUN SILAT CEKAK
Lahirnya Cekak kerana kesedaran
Bukan bermusuh sebagai tujuan
Untuk mendaulatkan seni kebangsaan
Menyesuaikan dengan makna kemerdekaan.
Silat Cekak benar-benar asli
Tidak bercampur hak luar negeri
Hendaklah belajar sesungguh hati
Untuk menjaga diri sendiri.
Wajiblah menjaga diri sendiri
Menerima amanah tuhan Rabbi
Supaya menjadi mukmin sejati
Demi menegak Islam yang suci
Silat Cekak tersangatlah mudah
Bagi mereka yang mendapat hidayah
Sungguhpun begitu hendaklah tabah
Insya Allah mendapat faedah.
Silat Cekak pada lahirnya
Pengertian gerak pada batinnya
Hendaklah mahir seluruh anggotanya
Hendaklah jujur pada jiwanya.
Sebenar guru ada Hakikat
Dikuat pula amalan Syariat
Ditambah pula Ilmu Maarifat
Berpakaian pula dengan isyarat.
Taat ke guru membawa berkat
Sedikit belajar banyak yang dapat
Jika menderhaka menjadi mudarat
Semua ilmu tiada yang lekat.
Dua ibu bapa tak boleh derhaka
Besar jasanya pada kita
Kalau menderhaka bahaya menimpa
Di akhirat kita masuk neraka
Esei “Penghayatan Pantun Silat Cekak Dalam Kehidupan”
Dari rangkap pertama, pantun silat cekak ini merupakan pantun nasihat dan pesanan kepada pesilat-pesilat cekak. Pantun silat cekak ini dibuat bertujuan untuk memberi gambaran bahawa silat ini mementingkan pendidikan jasmani dan pendidikan dalaman bagi para pesilat (rohani). Pantun ini juga memberi penekanan terhadap beberapa aspek penting dan bermakna kepada para pesilat iaitu menerapkan pendidikan agama dalam diri pesilat agar sedar bahawa ilmu sebegitu amat penting dalam kehidupan kita seharian. Silat atau ilmu mempertahankan diri ini wujud dalam kehidupan kita sebagai kesedaran buat para pesilat dan seluruh manusia di muka bumi ini supaya kita mengetahui betapa pentingnya ilmu perlindungan diri untuk kita. Silat cekak ini bukannya silat untuk menunjukkan kehebatan silat mana yang lebih hebat tetapi silat ini boleh mengukuhkan lagi hubungan sesama manusia kerana silat ini bukan untuk bermusuh tetapi amat mementingkan persaudaraan. Silat ini juga merupakan seni budaya melayu supaya kekal sepanjang zaman seperti kata pepatah “tak lepuk dek hujan, tak lekang dek panas”. Silat ini juga mengajar kita tentang erti hormat-menghormati. Silat ini juga merupakan cara terbaik untuk mempertahankan diri sendiri dari ancaman kerana pada zaman sekarang banyak masalah berlaku seperti kes-kes jenayah, ragut, bunuh, buli dan sebagainya. Masalah ini sering didengari dari corong-corong radio dan televisyen dan cara terbaik untuk mengelak masalah ini adalah mempelajari silat cekak untuk melindungi diri.
Manakala, pada rangkap kedua dan ketiga, pantun ini bermaksud bahawa silat cekak bukanlah diadaptasi dari seni silat lain tetapi silat ini merupakan silat asli dan tidak sesekali meniru seni silat lain yang ada di Malaysia ataupun Negara yang mengamalkan ilmu mempertahankan diri. Silat ini juga tidak bercampur dengan seni silat dari negeri lain. Maka dengan itu, kita perlu mempelajari silat ini dengan bersungguh-sungguh dan dengan tekun agar dapat apa yang kita niatkan iaitu untuk mempertahankan diridan menjaga diri dan munkin boleh menjaga ahli keluarga serta masyarakat dan Negara. Kita sebagai manusia di atas muka bumi Allah ini, wajiblah menjaga diri sendiri bagi mengelak dari ancaman musuh. Allah menyuruh umatNya supaya menjaga diri, jadi maksudnya kita mesti mempelajari ilmu mempertahankan diri bagi mengelakkan perkara buruk berlaku keatas diri kita.
Pada rangkap keempat dan kelima, pantun ini menerangkan bahawa silat ini juga merupakan silat yang mudah untuk kita mempelajari, berdasarkan makna secekak yang membawa maksud segenggam. Ini bererti ilmu yang dipelajari adalah mudah dan tidak terlalu susah kerana mata pelajaran iaitu intisari silat sahaja yang dipelajari serta tidak mempunyai banyak cabang atau cara yang perlu kita ingati. Mempelajari ilmu silat ini perlu mempunyai tahap kesabaran dan ketabahan yang tinggi untuk memastikan diri kita mahir dan berjaya menguasai silat tersebut dengan mudah serta lebih baik lagi. Di dunia ini tiada perkara yang mudah, begitu juga dengan mempelajari silat, memerlukan kesabaran, kecekalan, ketabahan serta kesungguhan untuk memperoleh kejayaan yang berbaloi dan memuaskan hati. Kita akan lebih mahir mempelajari silat ini jika jujur dan ikhlas letak di hati kita. Kita juga perlu menjiwai segala buah silat yang dipelajari agar hati dan badan kita mudah untuk menerima semua jenis buah silat yang dipelajari. Silat ini bukan sahaja mempertahankan diri tetapi silat ini juga berperanan untuk mendisiplinkan diri dan saling menghormati sesama ahli.
Rangkap keenam dan ketujuh pula membawa maksud bahawa guru merupakan guru yang telah banyak mempelajari ilmu dan telah mahir dalam ilmu silat cekak ini. Biasanya guru yang dipilih adalah guru yang terbaik iaitu guru tersebut mengikuti semua amalan syariat. Jadi dengan inilah kita perlu mentaati guru dan tidak boleh menentang guru iaitu kita perlu menghormati guru tersebut. Ini merupakan salah satu daripada pantang larang dalam mempelajari seni silat cekak. Mentaati dan menghormati guru adalah sesuatu yang penting dalam mempelajari sesuatu ilmu dalam kehidupan kita. Dengan inilah, ilmu yang kita pelajari akan berkat dan kekal selamanya dalam dada kita. Jika kita tidak mentaati atau tidak menghormati seseorang guru untuk mempelajari sesuatu ilmu, maka ilmu tersebut tidak berkat sehingga kita lambat untuk mengingati sesuatu buah yang dipelajari serta susah untuk kita mempelajarinya dengan lebih mendalam dan fikiran kita lambat untuk mengingati buah-buah silat yang dipelajari. Dalam mempelajari silat cekak, kita perlulah sentiasa berlapang dada dan menerima apa yang guru ajar selagi ia tidak bercanggah dengan agama agar kita mendapat manfaat daripada yang kita pelajari.. Kita juga perlu mengetahui tentang gerak geri silat yang kita pelajari tersebut.
Manakala rangkap terakhir cuba menerangkan tentang menghormati ibu bapa. Ini merupakan salah satu faktor kita mempunyai keberkatan dalam mempelajari ilmu silat cekak ini. Mentaati ibu bapa merupakan perkara yang wajibdan ini telah diterangkan oleh Allah dalam firmannya bahawa anak jangan sesekali menderhakai ibu bapa mereka walaupun dengan mangatakan ‘uh’ sekalipun. Hormat ibu bapa ini mestilah dilakukan oleh semua anak-anak terhadap ibu bapa mereka. Perkara ini merupakan salah satu daripada pantang larang untuk mempelajari silat cekak ini. Hal ini kerana, merekalah yang menyebabkan kita lahir dan mereka jugalah yang membesarkan kita. Pengorbanan yang mereka lakukan untuk kita adalah tidak ternilai serta tidak boleh dikira dengan wang ringgit. Begitun juga dengan kasih sayang yang mereka berikan kepada. Kita tidak boleh mempertikaikan lagi hal sebegini kerana sanggup menuruti kehendak anak-anak mereka.
Kesimpulannya adalah kita mesti mempelajari ilmu selagi ilmu itu tidak bertentangan dengan apa yang diajar oleh Islam supaya kita boleh menjadi seorang mukmin yang berjaya dan seseorang mukmin yang sanngup menegakkan agama daripada pelpagai ancaman musuh. Moga dengan mempelajari ilmu mempertahankan diri ini, kita mendapat serba sedikit ilmu tentang betapa pentingnya mempelajari ilmu pertahankan diri ini dala kehidupan kita yang bermasyarakat. Moga keamanan dapat bersama dengan kita dan memperoleh keberkatan dalam mempelajari ilmu silat ini.
d039070- New Member
- Posts : 5
Join date : 2011-02-12
esaimen individu pembetulan
- Spoiler:
Soalan 1 :
Tuliskan Pantun Silat Cekak yang telah dikarang oleh Almarhum Ustaz Hj Hanafi Bin Hj Ahmad.
Kemudian tuliskan esei "Penghayatan Pantun Silat Cekak Dalam Kehidupan"
Pantun Silat Cekak
Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan
Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri
Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah
Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya
Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat
Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat
Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka
Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.
jika dibaca dan diamati dengan teliti Pantun Silat Cekak yang telah dicipta oleh Almarhum Ustaz Hj Hanafi Bin Hj Ahmad ini mempunyai banyak nilai-nilai murni yang boleh dijadikan garis panduan bagi setiap penuntut Silat Cekak ini. Pantun ini dicipta bukan sahaja untuk dibaca tetapi dijadikan amalan kepada setiap penuntut yang mengamalkan silat cekak ini. Di sini juga banyak nasihat-nasihat yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian kita.
Pada rangkap pertama,
maksud yang ingin disampaikan ialah lahirnya silat cekak ini bertujuan murni dan baik bukan untuk bermusuh dan mencari musuh. Ia juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kita semua terutama kaum wanita yang dikatakan kaum yang lemah amat sesuai mempelajari dan mengamalkan silat cekak ini. Kesedaran ini harus dipupuk sejak kecil lagi kerana setengah daripada kita merasakan silat ini tidak penting dan merasakan diri sentiasa akan selamat. Tujuan lain ialah untuk mendaulatkan seni kebangsaan yang bersesuaian dengan makna kemerdekaan.
Rangkap kedua,
Dalam mempelajari silat cekak haruslah wujud dengan kesungguhan dan keikhlsan. Tanpa kesungguhan dan keikhlasan apa yang dipelajari tidak sampai dan sukar untuk dipraktikkan. Setiap kesungguhan yang ditunjukkan inilah yang akan membuahkan hasil yang baik dan sekaligus dapat melindungi dan dapat menjaga diri dari musuh. Silat cekak adalah satu-satunya silat yang benar-benar asli dan tidak bercampur hak luar negeri.
Rangkap ketiga,
Setiap insan wajib bersyukur dengan rahmat yang Allah berikan dan salah satunya ialah dengan menjaga diri dari ancaman luar. Ia adalah amanah yang diberikan oleh Allah kepada kita dan salah satu cara untuk kita menjaga amanah ini ialah dengan mempelajari silat cekak. Amanah ini haruslah dipikul dengan baik agar diri tergolong dalam golongan mukmin yang sejati seterusnya menegakkan Islam yang sejati.
Rangkap keempat,
Bagi mereka yang benar-benar meminati silat cekak ini, ia akan menjadi mudah dengan petunjuk dan hidayah daripada Allah. Dalam mempelajri silat cekak ini perlulah ada kesungguhan dan kesabaran yang tinggi serta ketabahan kerana banyak kemungkinan akan berlaku yang kita tidak jangka. Sekiranya kita tahu tanggungjawab kita dalam menjaga diri, insyaAllah kelak kita akan mendapat faedah dan akan dibantu oleh Allah.
Rangkap kelima,
Dalam mempelajari silat cekak perlulah wujud rasa minat dan sifat yang jujur juga perlu ada pada jiwa bagi mereka yang merasakan silat ini suatu perkara yang perlu dan harus ada terutamanya bagi kaum perempuan. Sekiranya perasaan ini wujud maka, perlulah dipelajari dengan mahir bagi seluruh anggota. Dalam maksud lain silat cekak pada lahirnya dan pengertian gerak pada batinnya.
Rangkap keenam,
Setiap perkara yang dibuat pasti ada pengasasnya dan begitu jugalah dengan silat cekak. Pengasas bagi silat cekak ini dipanggil sebagai guru. Untuk dihormati dan dipandang tinggi oleh anak buahnya setiap guru perlulah meningkatkan ilmu baik ilmu akademik, agama dan ilmu persilatan itu sendiri. Ilmu yang dipelajari ini perlulah menjadi amalan syariat dalam kehidupan bukan sahaja mempelajari dan mendalami sahaja tetapi perlu diamalkan begitu juga dengan tingkah laku dan cara berpakaian kerana semua ini menjadi cerminan kepada orang lain.
Rangkap ketujuh,
Dalam menuntut ilmu, setiap pelajar perlulah taat kepada guru untuk memperoleh keberkatan dan mendapat kejayaan cemerlang serta restu daripada guru. Seterusnya, dalam adalah ilmu walaupun kita mempelajari bukan secara teori atau dalam kelas tetapi ia adalah praktikal. Sekiranya, kita menderhaka dan tidak mentaati setiap apa yang disuruh selagi tidak bercanggah dengan agama maka, ilmu yang dipelajari sia-sia dan akan memudaratkan kita.
Rangkap kelapan,
Selain daripada guru, kita juga perlu dan wajib keatas kita untuk mentaati Ibu Bapa kita kerana mereka banyak berjasa pada kita. Tanpa restu mereka tidak mungkin kita akan menceburkan diri dalam silat cekak ini. Ibu Bapa adalah orang yang pertama yang perlu kita taat setelah Allah dan Rasul dan ingatlah ayurga di bawah telapak kaki Ibu. Seandainya kita menunjukkan penderhakaan kita kepada Ibu Bapa maka, kita akan ditimpa bahaya dan bencana serta akan mendapat azab di akhirat kelak.
Kesimpulannya, lahirnya silat cekak hanafi ini dengan tujuan yang murni dan suci iaitu untuk memartabatkan warisan orang melayu dan mendaulatkan seni kebangsaan. Silat cekak ini membantu setiap pengamalnya agar lebih berhati-hati dengan serangan musuh dan ia bukan untuk mencari musuh tetapi melindungi diri daripada musuh. Oleh itu, kita semua digalakkan untuk mempelajari seni silat cekak ini dengan bersungguh-sungguh terutamanya bagi kaum wanita kerana kebanyakan wanita ramai yang menjadi mangsa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan ke atas diri mereka.
SOALAN 2.
Peringkat buah jatuh merupakan sambungan kepada peringkat buah asas. Apabila penuntut telah mahir membuat buah-buah asas maka ia memudahkan mereka membuat buah-buah jatuh.
Antara 20 buah peringkat jatuh ialah
1. Buah Pertama
Pada buah ini, pelipat dan tangan penyerang dikunci sementara khalkum, dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir
2. Buah Keputusan Gayung Fatani
Terdapat empat pecahan bagi buah jatuh. Satu untuk bertindak terhadap penyerang yang menarik balik penumbuk untuk dikunci mengubah ke cara serangan yang lain. Ini akan mengakibatkan penyerang akan dijatuhkan, dikunci pelipat dan tangannya serta khalkum, dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir.
3. Keputusan Gayung Fatani Pecahan Pertama
untuk bertindak terhadap penyerang yang menarik balik penumpuk untuk mengubah ke cara serangan yang lain. Ini akan mengakibatkan penyerang akan dijatuhkan, dikunci pelipat dan tangannya serta khalkum, dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir.
4. Keputusan Gayung Patani Pecahan Kedua
Buah pecahan kedua pula digunakan sekiranya musuh melangkah ke hadapan untuk menyerang semula dengan menggunakan kaki. Akibatnya penyerang akan dikunci pelipatnya.
5. Keputusan Gayung Patani Pecahan Ketiga
digunakan untuk menangkis musuh apabila musuh menggunakan kaki untuk menyepak rusuk atau paha pengamal. Akibatnya kaki penyerang akan dikunci dengan tangan dicelah kangkangnya dan pelipat kaki yang satu lagi dikunci rapat ke bumi.
6. Keputusan Gayung Fatani Pecahan Keempat
Pecahan keempat pula untuk penyerang yang cuba turunkan badan kebawah dengan niat untuk menyepak kaki pengamal. Akibatnya pelipat kaki dan tangan akan dikunci rapat. Sebagai kesimpulan keputusan buah gayung fatani ini ialah membuat pukulan dan kuncian ada gerakan kedua penyerang. Penyudahnya mengikut rentak lanjut pergerakan kedua penyerang tersebut.
7. Buah Keputusan Sendeng Atas
Buah ini merupakan buah yang dapat memeranjatkan penyerang dengan tangan dan rusuk menjadi sasaran. Matlamat terakhirnya ialah mengunci kaki dan tangan rapat ke bumi.
8. Buah Kilas Belakang
Buah ini merupakan buah yang dapat menjatuh dan mengunci sehingga hilang pertimbangan dan tidak dapat bergerak.
9. Buah Kilas Hadapan
Buah yang dapat digunakan untuk menangkis serangan tangan dari bawah termasuk layangan kerambit dan menangkis serangan kaki yang ditujukan ke perut dan ke bawah. Buah ini akan mengakibatkan tangan penyerang dikunci beserta lehernya, manakala sasaran terakhirnya ialah dada dan muka.
10. Buah Kidong Kiri
Buah yang dapat digunakan teristimewa untuk menangkis serangan secara simbat, dengan tangan dan kaki penyerang dikunci rapat.
11. Buah Kuntau Jatuh
Buah yang dapat menjatuhkan penyerang secara cepat dengan kakinya dikunci kemas. Sasaran terakhirnya ialah nyawa penyerang.
12. Buah Kuntau Kiri
Buah pantas yang dapat mengunci kaki dan tangan penyerang rapat ke bumi dengan cepat. Sasaran terakhirnya ialah membuat penyerang memakan pasir.
13. Buah Kuntau Kiri Gantung
Buah yang akan menyebabkan keseimbangan lawan tergugat secara memeranjatkan. Kaki penyerang akan terkunci dan pemakan akhirnya ialah tengkuk penyerang
14. Buah Kuntau Kanan Gantung
Penyerang akan dikunci kakinya dengan kemas dan buah ini dapat mencabutkan kedua-dua sendi lengan penyerang.
15. Buah Hentak ( Keputusan Silat Harimau )
Kaedah mudah yang dapat menjatuhkan dan mengunci rapat penyerang ke bumi dengan tiba-tiba. Pemakan terakhirnya ialah penyawa, dada dan muka.
16. Buah Ali Patah Atas
Buah ini dapat mengunci kedua-dua tangan penyerang dengan sebelah tangan pengamal sahaja, manakala kaki penyerang akan terkunci rapat ke bumi. Penekanan terakhirnya ialah rusuk muda.
17. Buah Ali Patah Sudah
Kedua-dua pecahan ali patah sudah ini akan menyebabkan leher lawan terkunci. Ia hanya akan sudah dengan khalkum penyerang terjerut akibat henjutan mudah.
18. Buah Selendang
Buah ini akan menyelendangkan tangan penyerang secara kemas. Pemakannya yang terakhir ialah dada penyerang dan pematahan siku.
19. Buah Gari Pecahan Pertama
Leher penyerang akan dikunci kemas beserta dengan tangannya sekali. Kemudian diturunkan ke bumi dengan tangan masih terkunci . pemakan yang terakhir ialah leher penyerang.
20. Buah Gari Gunting
Kaedah yang dapat mengacip leher penyerang dengan menggunakan kombinasi kaki dan tangan pengamal. Tangan penyerang juga dapat dikunci kemas.
21. Buah Paras
i. Buah Paras Pecahan Pertama
Tamparan dan tekaan yang akan menyebabkan penyerang terperanjat dan hilang ingatan seketika. Tangan musuh dikunci dan siku pengamal menekan leher penyerang menyebabkan kesakitan yang amat sangat.
ii. Buah Paras Pecahan Kedua
Buah ini dapat membuatkan penyerang hilang ingatan seketika. Ia mempunyai kuncian menyeluruh yang kemas dan seluruh anggota penyerang tidak dapat bergerak.
iii. Buah Paras Pecahan Ketiga
Buah ini juga akan menyebabkan hilang ingatan seketika. Tangan penyerang akan dikunci dengan menggunakan kaki, menyebabkan mereka tidak dapat bergerak. Sasaran terakhir akan dapat mematahkan sendi tangan penyerang.
22. Buah Keputusan Pasung Kemanga
Tamparan yang terdapat dalam kaedah buah ini akan menyebabkan penyerang terperanjat dan jika bersenjata akan terlepas senjatanya. Tangan dan kaki penyerang akan dikunci kemas seolah-olah dipasung dan tidak dapat bergerak lagi. Pukulan terakhir ialah di leher penyerang.
23. Buah Keputusan Terlak
Buah ini sangat sesuai untuk menangkis serangan tangan kosong atau senjata pendek yang dilakukan secara tikaman dari luar. Ia mempunyai kaedah kuncian tangan yang istimewa, tangan penyerang akan dikunci yang kedudukannya akan menyebabkan seluruh anggota tidak boleh bergerak. Tangan penyerang juga boleh dipatahkan.
24. Buah Keputusan Lintau
Buah ini mempunyai kaedah tamparan yang akan memeranjatkan dan menggoyahkan badan penyerang. Sasaran pukulan terakhirnya ialah perut dan leher penyerang.
25. Buah Hempok
Istimewa untuk menghadapi serangan musuh yang ditujukan ke bahagian kepala, badan musuh akan dijatuhkan terlangkup,. Manakala kaki dan tangan dikunci kemas.
Bibliografi
Silat Cekak Hanafi (2005), Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia: Kuala Lumpur
Nurul Hidayah- New Member
- Posts : 4
Join date : 2011-02-13
TUGASAN INDIVIDU
CUL2021
SILAT CEKAK II
NAMA : SITI NUR AQILAH BINTI ROSNI
NO.MATRIK : D20091036075
STATUS : LEWAT HANTAR DAN PEMBETULAN ESEI
SILAT CEKAK II
NAMA : SITI NUR AQILAH BINTI ROSNI
NO.MATRIK : D20091036075
STATUS : LEWAT HANTAR DAN PEMBETULAN ESEI
- Spoiler:
- CUL2021
SILAT CEKAK II
NAMA : SITI NUR AQILAH BINTI ROSNI
NO.MATRIK : D20091036075
STATUS : LEWAT HANTAR DAN PEMBETULAN ESEI
Soalan 1:
a) Tuliskan Pantun Silat Cekak yang telah dikarang oleh Almarhum Ustaz Hj Hanafi Bin Hj Ahmad.
PANTUN SILAT CEKAK
Lahirnya Cekak kerana kesedaran,
Bukan bermusuh sebagai tujuan,
Untuk mendaulatkan seni kebangsaan,
Menyesuaikan dengan makna kemerdekaan.
Silat Cekak benar-benar asli,
Tidak bercampur hak luar negeri,
Hendaklah belajar bersungguh hati,
Untuk menjaga diri sendiri.
Silat Cekak tersangatlah mudah,
Bagi mereka yang mendapat hidayah,
Sungguhpun begitu hendaklah tabah,
Insya-Allah mendapat faedah.
Silat Cekak pada zahirnya,
Pengertian gerak pada batinnya,
Hendaklah mahir seluruh anggotanya,
Hendaklah jujur pada jiwanya.
Taat ke guru membawa berkat,
Sedikit belajar banyak yang dapat,
Jika menderhaka menjadi mudarat,
Semua ilmu tiada yang lekat.
Sebenar guru ada hakikat,
Dikuat pula amalan syariat,
Ditambah pula ilmu makrifat,
Berpakaian pula dengan isyarat.
Dua ibu bapa tak boleh derhaka,
Besar jasanya kepada kita,
Kalau menderhaka bahaya menimpa,
Di akhirat kita masuk neraka.
Wajiblah menjaga diri sendiri,
Menerima amanah Tuhan Rabbi,
Supaya menjadi mukmin sejati,
Demi menegak Islam yang suci.
b) Tulis sebuah esei bertajuk "Penghayatan Pantun Silat Cekak Dalam Kehidupan". Panjang esei adalah sekitar 300-500 patah perkataan.
Penghayatan Pantun Silat Cekak Dalam Kehidupan
Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri yang meliputi aspek teknik dan gaya yang berbeza dengan seni pertahanan diri yang lain. Hal ini kerana seni silat mempunyai gerak tari yang begitu unik dan serangan-serangan yang dikenakan boleh menjatuhkan pihak lawan. Silat mempunyai pelbagai jenis seperti silat cekak, silat gayong dan sebagainya. Sebagai individu yang mempunyai kesedaran bahawa betapa pentingnya mempelajari ilmu persilatan demi menjaga keamanan dan keselamatan diri, keluarga, agama dan negara. Namun begitu, kita hendaklah bijak memilih yang mana bersesuaian dengan agama Islam seperti Silat Cekak Hanafi.
Silat Cekak Hanafi telah diasaskan oleh Al-Marhum Al-Ustaz bin Haji Ahmad yang merupakan Pemimpin Agung Silat Cekak Hanafi di sekitar pertengahan tahun 50-an. Sebelum Allahyarham YM Ustaz Hj. Hanafi bin Hj. Ahmad meninggal dunia, beliau telah mengarang sebuah Pantun Silat Cekak yang terdiri daripada lapan rangkap pantun. Apabila kita menghayati bait-bait pantun tersebut kita akan dapati terdapat banyak kelebihan apabila mempelajari seni silat ini. Seni silat ini bukanlah sekadar seni mempertahankan diri malah segala apa sahaja yang kita pelajari dapat kita aplikasikan dalam kehidupan seharian. Marilah sama-sama kita menghayati maksud yang tersirat dalam bait-bait pantun tersebut.
Dalam rangkap pantun yang pertama, menerangkan bahawa seni silat ini diwujudkan bukan atas dasar permusuhan tetapi atas dasar kesedaran bahawa di era globalisasi ini kita perlu mendaulatkan seni kebangsaan dan mempertahankan hak individu selaras dengan makna kemerdekaan. Berdasarkan rujukan daripada “Buku Silat Cekak Hanafi”, Seni Silat Cekak ini adalah pusaka turun temurun dari para panglima negeri Kedah yang bertanggungjawab menjaga ketenteraman sultan-sultan, rakyat, dan negeri Kedah daripada sebarang serangan musuh. Dalam surah al-Anfal : 60-61, Allah telah berfirman “dan bersiaplah kamu dari segala kekuatan.” Nah, di sini jelas kita lihat, bahawa kita perlu mempersiapkan diri dari segi mental, fizikal, rohani dan jasmani. Dari segi rohani, kita hendaklah memperkukuhkan iman dengan amal ibadah dan ilmu-ilmu berkaitan Islam. Manakala dari segi mental, fizikal dan jasmani kita perlu mendalami ilmu mempertahankan diri atau bela diri.
Ilmu bela diri adalah dimaksudkan dengan ilmu untuk mempertahankan diri daripada ancaman-ancaman dan keganasan-keganasan yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab khususnya musuh Allah. Mempertahankan diri pula, dalam ertikata yang luas ialah mempertahankan diri sendiri dan apa jua yang berkaitan dengan diri atau agama, harta dan negara. Hikmatnya apabila seseorang itu mempelajari ilmu bela diri, dia akan dipandang mulia dan disanjung oleh sahabat dan masyarakatnya, namun sebaliknya pula pihak musuh merasai gentar dan gerun terhadapnya. Demikianlah kelebihannya orang yang memiliki ilmu bela diri. (http://saifullah-hafsan.blogspot.com)
Dalam rangkap pantun yang kedua pula, menerangkan bahawa Seni Silat Cekak merupakan sejenis silat Melayu yang asli dan tidak sama dengan seni silat yang lain. Adat-adat istiadat yang digunakan dalam silat ini adalah bersih dan jauh dari unsur-unsur tahyul dan khurafat. Oleh itu, perkara utama yang dititikberatkan ketika mengambil ijazah persilatan adalah niat. Berdasarkan Hadis Empat Puluh yang pertama “Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat”. Maksudnya di sini, jika seseorang itu ingin mempelajari ilmu persilatan ini hendaklah berniat ikhlas kerana Allah dan akan belajar bersungguh-sungguh demi menjaga keselamatan diri, agama dan negara.
Dalam rangkap ketiga, menyatakan seni silat cekak sebenarnya mudah untuk dipelajari dan dikuasai walaupun terdapat banyak jenis pergerakan yang berbeza. Namun begitu, bagi mereka yang mengambil sikap sambil lewa sememangnya sukar untuk mempelajarinya apatah lagi mendalami ilmu persilatan ini. Jika kita ingin mempelajari ilmu ini hendaklah sabar, tabah dan sentiasa berharap diberikan hidayah atau petunjuk agar mendapat manfaat dan segala ilmu yang dipelajari mudah diikuti dan diamalkan dengan sebaik-baiknya.
Dalam rangkap yang keempat pula, menerangkan aspek pelajaran. Daripada apa yang saya pelajari dan sumber-sumber bacaan , saya dapati Seni Silat Cekak mempunyai kaedah pelajaran yang tetap dengan buah-buah pukulan yang cukup lagi kemas serta kunci-kunci tangkapan yang lengkap. Pergerakannya pula sesuai dengan gerak-geri semula jadi manusia yang berdasarkan fikiran yang sihat, jiwa yang tenang dan nyata kesesuaiannya dengan prinsip agama. Pelajaran Seni Silat Cekak tidak sepeti kebanyakan silat-silat lain. Ia lebih menitik beratkan kepada mempertahankan diri supaya terlatih dengan keberanian, bukan mengganas atau menceroboh. Silat Cekak hanya menyerang apabila terpaksa, demi menjaga keselamatan diri.
Sistem pelajaran sedemikian itu secocok dengan ajaran al-Quran yang mengajur supaya tidak menceroboh kecuali diceroboh terlebih dahulu. Firman Allah dengan maksudnya : "Sesiapa yang memusuhi kamu, maka hendaklah kamu memusuhinya sebagaimana dia memusuhi kamu." Pelajaran Silat yang menumpukan kepada kaedah menyerang semata-mata dipercayai bukan sahaja akan membangkitkan semangat angkuh dan bogkak di kalangan ahli-ahli silat akan tetapi mendorong mereka berlaku kasar dan ganas. Oleh itu, hendaklah jujur pada diri sendiri dan sucikan hati sebelum mempelajari Silat Cekak ini. (http://jombersilat.blogspot.com)
Dalam rangkap pantun yang kelima, menjelaskan setiap guru yang mengajar ilmu persilatan ini telah menjalani beberapa tahap sehingga benar-benar mengenali dan memahami kebenaran ilmu persilatan ini. Di samping itu, dikukuhkan lagi dengan amalan-amalan yang berkaitan ilmu persilatan ini. Apabila sudah sampai tahap tinggi dan layak untuk mengajar mereka dikehendaki memakai pakaian yang telah ditetapkan dan bersesuaian dengan karakter seorang guru atau tenaga pengajar Silat Cekak Hanafi.
Manakala dalam rangkap keenam dan ketujuh pula, menekankan aspek ketaatan. Saya merasakan di samping Silat Cekak melatih sifat keberanian yang merupakan sifat lelaki (rijal) ia juga mendidik ahlinya berperangai baik, hidup bersaudara dan menganjur mereka patuh kepada guru dan tidak menderhaka kepada kedua ibu bapa. Islam menyuruh patuh kepada guru dan kedua ibu bapa dan melarang keras perbuatan menderhaka kepada mereka sepertimana yang terkandung dalam Pantang Larang Silat Cekak Hanafi.
Berdasarkan surah al-Zumar, Allah berfirman dengan maksudnya : "…..katakanlah wahai Muhammad : Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal sahajalah yang dapat menerima pelajaran." Dalam ayat yang lain Allah berfirman lagi dengan maksudnya : "Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan juga orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat…". Oleh itu, wajib kita menghormati dan berbuat baik kepada guru yang merupakan seorang yang sangat berilmu kerana itulah Allah telah meletakkan martabat seorang guru atau pendidik ditahap yang sangat mulia. Kita perlu menghormati mereka agar ilmu yang diberikan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Jika menderhakainya kita akan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang kita lakukan malah setiap ilmu yang dipelajari tidak berguna.
Begitu juga dengan ibu bapa, dalam firman Allah surah al-Ahqaaf ayat 15-17, kita telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapa kerana ibu telah bersusah payah mengandungkan dan melahirkan kita. Ibu bapa juga telah mendidik dan mengasuh kita daripada kecil sehinggalah dewasa menjadi seorang yang berguna. Sungguh besar jasa dan pengorbanan yang telah mereka curahkan. Oleh sebab itulah kita dilarang menderhakai, melukai dan bersikap kasar terhadap mereka. Jika kita menderhakai mereka tiada tempat yang sebaik-baiknya di akhirat kelak melainkan di neraka. Nauzubillah.
Jelaslah di sini bahawa, kedudukan ilmu bela diri adalah penting dan tinggi statusnya di sisi Islam. Setiap orang hendaklah sedar tentang pentingnya ilmu ini dan mengambil peranan untuk mempelajarinya. Seni silat ini juga merupakan satu amanah daripada Allah kepada setiap individu untuk mendalami ilmu tersebut demi menjaga maruah diri, agama dan negara. Akhir kata, marilah sama-sama kita mempelajari ilmu persilatan Silat Cekak Hanafi. Wallahua’alam.
Soalan 2:
• Senaraikan 20 buah peringkat jatuh serta pecahannya (jika ada) berserta gambar dan tuliskan pemakan bagi setiap buah-buah tersebut.
1-BUAH PERTAMA
Sasaran/pemakan : (i).rusuk kiri
(ii).bahagian leher atau halkum
(iii).dada
(iv).penyawa
2(a)-BUAH KEPUTUSAN GAYUNG FATANI (1)
Sasaran/pemakan :(i).bahagian leher atau halkum
(ii).dada
(iii).penyawa
(b)-BUAH KEPUTUSAN GAYUNG FATANI (2)
Sasaran/pemakan : (i).muka
(ii).penyawa
(iii).dada
(c)-BUAH KEPUTUSAN GAYUNG FATANI (3)
Sasaran/pemakan : (i).lengan
(ii).belakang tengkuk
3-BUAH KEPUTUSAN SENDENG ATAS
Sasaran/pemakan : (i).bawah dagu
(ii).lengan
(iii).belakang tengkuk
4-BUAH KILAS BELAKANG
Sasaran/pemakan : (i).leher atau halkum
5-BUAH KILAS HADAPAN
Sasaran/pemakan :(i).bahagian dada
(ii).bahagian muka
6-BUAH KIDUNG KIRI
Sasaran/pemakan : (i).rusuk
(ii).lengan
7-BUAH KUNTAU JATUH
Sasaran/pemakan : (i).bawah dagu
(ii).dada
(iii).muka
(iv).penyawa
8(a)-BUAH KUNTAU KIRI (1)
Sasaran/pemakan : (i).lengan
(ii).belakang tengkuk
(b)-BUAH KUNTAU KIRI GANTUNG (2)
Sasaran/pemakan : (i).pelipat
(ii).leher atau tengkok
9-BUAH KUNTAU KANAN GANTUNG
Sasaran/pemakan : (i).pelipat
(ii).lengan
10-BUAH KEPUTUSAN SILAT HARIMAU/BUAH HENTAK
Sasaran/pemakan : (i).penyawa
(ii).dada
(iii).muka
11-BUAH ALI PATAH ATAS
Sasaran/pemakan : (i).leher atau halkum
(ii). pelipat
(iii).rusuk muda
12-BUAH ALI PATAH SUDAH
Sasaran/pemakan : (i).leher
(ii).halkum
13-BUAH SELENDANG
Sasaran/pemakan : (i).leher atau halkum
(ii).lengan dan siku
(iii).penyawa
14(a)-BUAH GARI
Sasaran/pemakan : (i).rusuk muda
(ii).lengan
(iii).leher
(b)-BUAH GARI GANTUNG
Sasaran/pemakan : (i).rusuk muda
(ii).lengan
(iii).leher
15(a)-BUAH PARAS (1)
Sasaran/pemakan : (i).lengan
(ii).belakang tengkok
(iii).belakang telinga
(b)-BUAH PARAS (2)
Sasaran/pemakan : (i).lengan
(ii).belakang tengkok
(iii).leher
(c)-BUAH PARAS (3)
Sasaran/pemakan : (i).lengan
(ii).belakang tengkok
(iii).leher
(iv).sendi tangan
16-BUAH PASUNG KEMANGA
Sasaran/pemakan : (i).lengan
(ii).pelipat
(iii).leher
17-BUAH KEPUTUSAN TERLAK
Sasaran/pemakan : (i).dada atau penyawa
(ii).lengan
18-BUAH KEPUTUSAN LINTAU
Sasaran/pemakan : (i).perut
(ii).leher
19-BUAH HEMPOK
Sasaran/pemakan : (i).rusuk muda
20-BUAH LUNCOR
Sasaran/pemakan : (i).leher
(ii).halkum[center]
sinar- New Member
- Posts : 7
Join date : 2011-01-05
Location : KHAR,TG.MALIM
PEMBETULAN ASSIGNMENT...
ASMA' BINTI ABD SALAM
D20091035724
D20091035724
- Spoiler:
- ASMA' BINTI ABD SALAM
D20091035724
Pantun Silat Cekak telah diciptakan oleh Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad, tujuan pantun ini adalah untuk memberi gambaran kepada penuntut-penuntut Silat Cekak bahawa Silat Cekak lebih banyak menekankan kepada pendidikan rohani dan jasmani yang tidak terkeluar dari landasan Islam. Pada rangkap pertama maksud yang ingin disampaikan ialah lahirnya silat cekak ini adalah bertujuan baik dan bukan untuk mencari musuh. Ia juga memberi kesedaran bahawa pentingnya ilmu perlindungan diri untuk kita. Apabila kita mempelajari ilmu mempertahankan diri, dengan secara tidak langsungnya akan timbul bibit keberanian di dalam hati kita. kita tidak akan takut menghadapi sebarang ancaman dan rasa takut itu selayaknya hanyalah kepada Allah s.w.t. Keyakinan kita adalah Allah itu Maha Berkuasa atas tiap sesuatu dan adapun makhluk itu tidak berkuasa untuk memudaratkan makhluk yang lain melainkan dengan izin Allah. kelebihan ilmu bela diri Melayu ini iaitu menaikkan semangat penuntutnya supaya tidak gentar dengan apa cabaran sekalipun. Selain dari pengertian gerak, kita boleh mendapat pengertian batinnya sekali dengan syarat kita sendiri mencari dan menilai sendiri rahsia di sebalik pergerakan-pergerakan di dalam ilmu Silat Cekak ini.
Pada rangkap kedua, pantun ini memberi maksud bahawa silat cekak ini adalah asli. Keasliannya dapat dibuktikan dari perkataan yang digunakan iaitu Cekak di mana ianya benar-benar nama Melayu asli. Gerak gerinya pula merupakan gerak-geri semula jadi manusia iaitu gerakan normal. Kaedah Silat Cekak ini tidak bercampur aduk dengan kaedah ilmu mempertahankan diri daripada luar negeri. Kaedah-kaedahnya tidak perlu direka-reka, dikurangkan atau ditokok tambah walaupun berlaku perubahan zaman. Keaslian Silat Cekak ini dapat dilihat dari kesanggupannya untuk mempertahankan diri.
Seterusnya pada rangkap ketiga, pantun ini memberi maksud bahawa Silat Cekak ini mudah dipelajari jika kita benar-benar ikhlas untuk mempelajarinya. Silat Cekak ini dipelajari melalui sistem mata pelajaran yang teratur dan ringkas. Kita tidak perlu mengelak ke kiri dan ke kanan, hanya berdiri lurus ketika menunggu serangan dan bergerak di dalam gerak yang satu. Namun demikian kita hendaklah sabar dan tabah supaya kita akan mendapat faedah di hari kemudian.
Pada rangkap yang seterusnya, pantun Silat Cekak memberi gambaran bahawa setiap gerakan Silat Cekak memberi maksud yang tersendiri. Kita perlu belajar bersungguh-sungguh dan menjiwai setiap buah yang dipelajari agar diri kita mudah dan sedia menerima buah Silat Cekak yang dipelajari. Silat Cekak juga mempunyai ilmu kebatinan iaitu ilmu untuk mengingati Allah dengan sebenar-benar sehingga hati sentiasa terjaga dari penyakit seperti megah, riya’ dan dengki serta hati sentiasa ikhlas terhadap Allah.
Pada rangkap yang keenam dan ketujuh pula membawa maksud bahawa setiap penuntut perlulah taat dan patuh kepada guru untuk memperoleh keberkatan dalam setiap apa yang dipelajarinya. Jika kita menderhaka kepada guru, setiap ilmu yang kita dapat dan belajar akan menjadi sia-sia sahaja dan tidak berguna. Guru yang dipilih kebiasaanya adalah guru yang terbaik iaitu mengikut setiap amalan syariat. Salah satu daripada pantang larang dalam mempelajari Silat Cekak ini ialah tidak boleh menderhaka kepada guru. Jika kita tida menghormati guru, kita akan susah memahami sesuatu pelajaran dan lambat untuk menerima setiap pelajaran itu.
Manakala rangkap terakhir pula cuba menerangkan tentang menghormati kedua ibu bapa kita. Perkara ini juga termasuk dalam pantang larang Silat Cekak ini. Ini dapat member maksud bahawa betapa pentingnya ibu bapa dalam setiap perkara. Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dan dihormati dalam institusi keluarga. Mereka banyak berkorban dalam membesarkan dan memberi didikan kepada anak-anak. Mereka tidak pernah meminta atau mengharapkan balasan atau bayaran terhadap penat lelah, pengorbanan dan kasih sayang yang mereka berikan. Islam mengajar agar anak-anak menghormati ibu bapa dan menghargai pengorbanan mereka. Perintah ini banyak dimuatkan dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini amat penting.
Kesimpulannya, Silat Cekak ini benar-benar memberi faedah dan tujuan yang baik kepada pengamal dan penuntut Silat Cekak ini. Silat Cekak dapat membantu setiap pengamalnya supaya lebih berhati-hati dan berjaga-jaga dari serangan musuh serta melindungi diri sendiri.
ash_deen89- New Member
- Posts : 4
Join date : 2011-02-09
Nabilah Bt Rodzuan,D20091035144,lewat post
Nabilah Bt Rodzuan,D20091035144,lewat post
- Spoiler:
- SOALAN 1 (a)
PANTUN SILAT CEKAK USTAZ HANAFI
Lahirnya Cekak kerana kesedaran
Bukan bermusuh sebagai tujuan
Untuk mendaulatkan seni kebangsaan
Menyesuaikan dengan makna kemerdekaan
Silat Cekak benar-benar asli
Tidak bercampur hak luar negeri
Hendaklah belajar sesungguh hati
Untuk menjaga diri sendiri
Wajiblah menjaga diri sendiri
Menerima amanah tuhan Rabbi
Supaya menjadi mukmin sejati
Demi menegak Islam yang suci
Silat Cekak tersangatlah mudah
Bagi mereka yang mendapat hidayah
Sungguhpun begitu hendaklah tabah
Insya Allah mendapat faedah
Silat Cekak pada lahirnya
Pengertian gerak pada batinnya
Hendaklah mahir seluruh anggotanya
Hendaklah jujur pada jiwanya
Sebenar guru ada Hakikat
Dikuat pula amalan Syariat
Ditambah pula Ilmu Maarifat
Berpakaian pula dengan isyarat
Taat ke guru membawa berkat
Sedikit belajar banyak yang dapat
Jika menderhaka menjadi mudarat
Semua ilmu tiada yang lekat
Dua ibu bapa tak boleh derhaka
Besar jasanya pada kita
Kalau menderhaka bahaya menimpa
Di akhirat kita masuk neraka
1 (b) Penghayatan Pantun Silat Cekak Dalam Kehidupan
Silat merupakan salah satu ilmu mempertahankan diri bagi masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu. Masyarakat Melayu pada waktu dahulu mempunyai kesedaran akan kepentingan mempelajari ilmu mempertahankan diri. Oleh kerana kesedaran itulah terlahirnya silat Cekak yang diasas dan dilahirkan kembali oleh pemimpin Agung, Allahyarham Ustaz Hanafi Bin Hj Ahmad. Tujuannya adalah untuk mendaulatkan seni mempertahankan diri demi merealisasikan erti kemerdekaan yang sebenar dan bukannya untuk bermusuh.
Silat cekak merupakan ilmu mempertahankan diri yang benar-benar asli dan tidak bercampur dengan unsur-unsur dari luar. Oleh itu, ilmu ini perlulah dipelajari dengan bersungguh-sungguh agar keasliannya terus terjamin sepanjang zaman. Selain itu, ilmu ini juga dapat menjadi ilmu tambahan dalam menjaga keselamatan diri sendiri. Setiap insan wajib mempertahankan diri sendiri. Hal ini kerana manusia dicipta oleh Allah bertujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah jua sebagai khalifah di muka bumi Allah. Seorang khalifah perlulah mempunyai pelbagai ilmu untuk mentadbir muka bumi Allah ini untuk menjalankan segala perintah dan amanah yang diberikan oleh-Nya agar dapat menjadi mukmin yang sejati demi menegakkan Islam yang suci.
Mempelajari ilmu mempertahankan diri ini mudah bagi yang mendapat petunjuk dan hidayah oleh Allah. Oleh itu, untuk mendapatkan hidayah dan petunjuk itu, hubungan dengan Allah perlulah dijaga dan dipelihara sebagai seorang ciptaanNya yang amat memerlukan pertolongan dan bimbingan dari pemilik segala ilmu didunia ini iaitu Allah SWT. Dalam mempelajari ilmu ini, ketabahan dan kesabaran sangat diperlukan. Seseorang yang tabah dan sabar dalam mempelajari ilmu ini, insyaAllah akan mendapat faedah hasil usahanya mempelajari ilmu ini.
Ilmu mempertahankan diri Silat Cekak terdiri daripada dua elemen iaitu zahir dan batin. Secara zahirnya dapat ditunjukkan melalui pergerakan, namun secara batin mempunyai maksud yang tersendiri. Kebanyakan dari pergerakan mempunyai unsur didalam pergerakan solat. Oleh itu, setiap pergerakan yang dizahirkan perlulah juga diselitkan dengan elemen kerohanian pada batinnya. Sebagai seorang penuntut ilmu ini, perlulah mahir dalam setiap pergerakan yang dilakukan melalui latihan yang dilakukan secara bersungguh-sungguh. Selain itu, keikhlasan dan kejujuran juga diperlukan agar ilmu yang dipelajari menjadi lebih berkat.
Individu yang bertanggungjawab menyampaikan ilmu ini perlulah mempunyai ilmu yang yang sebenar. Selain itu, amalan syariat perlu ditanam dalam diri agar segala ilmu yang disampaikan mendapat keredhaan Allah. Ilmu maarifat dan pengetahuan tentang Allah perlulah kukuh di dada agar segala yang dilakukan tidak sia-sia. Oleh itu, golongan ini perlulah dihormati dan ditaati agar ilmu yang disampaikan menjadi berkat. Keberkatan dapat dilihat jika ilmu yang disampaikan mudah diamalkan dalam kehidupan meskipun hanya sedikit sahaja mempelajarinya. Namun jika menderhaka kepada guru akan mendatangkan mudharat dalam diri dan ilmu yang disampaikan menjadi sia-sia serta tidak dapat diamalkan dalam kehidupan.
Selain itu, ibubapa perlulah ditaati dan dihormati untuk mendapat keberkatan hidup. Hal ini kerana mereka merupakan insan yang telah menjaga dan memelihara kita dengan baik sejak kita kecil lagi. Terlalu banyak jasa mereka buat kita sehingga tidak terbalas segala pengorbanan mereka membesarkan kita. Janganlah sesekali menderhaka kepada mereka kerana akibatnya buruk sekali. Hidup di dunia menderita, diakhirat nanti lebih terseksa.
Kesimpulannya, ilmu mempertahankan diri mempunyai nilai yang tersendiri yang tidak dapat dibayar dengan wang. Oleh itu, peliharalah adab-adab dalam mempelajari ilmu ini serta bersungguh-sungguh dalam mempelajarinya agar ia berguna dalam kehidupan kita.
soalan 2
SENARAI BUAH JATUH DAN SASARANNYA
1.Buah Pertama
Pada buah ini, pelipat dan tangan penyerang dikunci sementara khalkum, dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir
2. Buah Keputusan Gayung Fatani
Terdapat empat pecahan bagi buah jatuh. Satu untuk bertindak terhadap penyerang yang menarik balik penumbuk untuk dikunci mengubah ke cara serangan yang lain. Ini akan mengakibatkan penyerang akan dijatuhkan, dikunci pelipat dan tangannya serta khalkum, dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir.
3. Keputusan Gayung Fatani Pecahan Pertama
Untuk bertindak terhadap penyerang yang menarik balik penumpuk untuk mengubah ke cara serangan yang lain. Ini akan mengakibatkan penyerang akan dijatuhkan, dikunci pelipat dan tangannya serta khalkum, dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir.
4. Keputusan Gayung Patani Pecahan Kedua
Buah pecahan kedua pula digunakan sekiranya musuh melangkah ke hadapan untuk menyerang semula dengan menggunakan kaki. Akibatnya penyerang akan dikunci pelipatnya.
5. Keputusan Gayung Patani Pecahan Ketiga
Digunakan untuk menangkis musuh apabila musuh menggunakan kaki untuk menyepak rusuk atau paha pengamal. Akibatnya kaki penyerang akan dikunci dengan tangan dicelah kangkangnya dan pelipat kaki yang satu lagi dikunci rapat ke bumi.
6. Keputusan Gayung Fatani Pecahan Keempat
Pecahan keempat pula untuk penyerang yang cuba turunkan badan kebawah dengan niat untuk menyepak kaki pengamal. Akibatnya pelipat kaki dan tangan akan dikunci rapat. Sebagai kesimpulan keputusan buah gayung fatani ini ialah membuat pukulan dan kuncian ada gerakan kedua penyerang. Penyudahnya mengikut rentak lanjut pergerakan kedua penyerang tersebut.
7. Buah Keputusan Sendeng Atas
Buah ini merupakan buah yang dapat memeranjatkan penyerang dengan tangan dan rusuk menjadi sasaran. Matlamat terakhirnya ialah mengunci kaki dan tangan rapat ke bumi.
8. Buah Kilas Belakang
Buah ini merupakan buah yang dapat menjatuh dan mengunci sehingga hilang pertimbangan dan tidak dapat bergerak.
9. Buah Kilas Hadapan
Buah yang dapat digunakan untuk menangkis serangan tangan dari bawah termasuk layangan kerambit dan menangkis serangan kaki yang ditujukan ke perut dan ke bawah. Buah ini akan mengakibatkan tangan penyerang dikunci beserta lehernya, manakala sasaran terakhirnya ialah dada dan muka.
10. Buah Kidong Kiri
Buah yang dapat digunakan teristimewa untuk menangkis serangan secara simbat, dengan tangan dan kaki penyerang dikunci rapat.
11. Buah Kuntau Jatuh
Buah yang dapat menjatuhkan penyerang secara cepat dengan kakinya dikunci kemas. Sasaran terakhirnya ialah nyawa penyerang.
12. Buah Kuntau Kiri
Buah pantas yang dapat mengunci kaki dan tangan penyerang rapat ke bumi dengan cepat. Sasaran terakhirnya ialah membuat penyerang memakan pasir.
13. Buah Kuntau Kiri Gantung
Buah yang akan menyebabkan keseimbangan lawan tergugat secara memeranjatkan. Kaki penyerang akan terkunci dan pemakan akhirnya ialah tengkuk penyerang
14. Buah Kuntau Kanan Gantung
Penyerang akan dikunci kakinya dengan kemas dan buah ini dapat mencabutkan kedua-dua sendi lengan penyerang.
15. Buah Hentak ( Keputusan Silat Harimau )
Kaedah mudah yang dapat menjatuhkan dan mengunci rapat penyerang ke bumi dengan tiba-tiba. Pemakan terakhirnya ialah penyawa, dada dan muka.
16. Buah Ali Patah Atas
Buah ini dapat mengunci kedua-dua tangan penyerang dengan sebelah tangan pengamal sahaja, manakala kaki penyerang akan terkunci rapat ke bumi. Penekanan terakhirnya ialah rusuk muda.
17. Buah Ali Patah Sudah
Kedua-dua pecahan ali patah sudah ini akan menyebabkan leher lawan terkunci. Ia hanya akan sudah dengan khalkum penyerang terjerut akibat henjutan mudah.
18. Buah Selendang
Buah ini akan menyelendangkan tangan penyerang secara kemas. Pemakannya yang terakhir ialah dada penyerang dan pematahan siku.
19. Buah Gari Pecahan Pertama
Leher penyerang akan dikunci kemas beserta dengan tangannya sekali. Kemudian diturunkan ke bumi dengan tangan masih terkunci . pemakan yang terakhir ialah leher penyerang.
20. Buah Gari Gunting
Kaedah yang dapat mengacip leher penyerang dengan menggunakan kombinasi kaki dan tangan pengamal. Tangan penyerang juga dapat dikunci kemas.
21. Buah Paras
i. Buah Paras Pecahan Pertama
Tamparan dan tekaan yang akan menyebabkan penyerang terperanjat dan hilang ingatan seketika. Tangan musuh dikunci dan siku pengamal menekan leher penyerang menyebabkan kesakitan yang amat sangat.
ii. Buah Paras Pecahan Kedua
Buah ini dapat membuatkan penyerang hilang ingatan seketika. Ia mempunyai kuncian menyeluruh yang kemas dan seluruh anggota penyerang tidak dapat bergerak.
iii. Buah Paras Pecahan Ketiga
Buah ini juga akan menyebabkan hilang ingatan seketika. Tangan penyerang akan dikunci dengan menggunakan kaki, menyebabkan mereka tidak dapat bergerak. Sasaran terakhir akan dapat mematahkan sendi tangan penyerang.
22. Buah Keputusan Pasung Kemanga
Tamparan yang terdapat dalam kaedah buah ini akan menyebabkan penyerang terperanjat dan jika bersenjata akan terlepas senjatanya. Tangan dan kaki penyerang akan dikunci kemas seolah-olah dipasung dan tidak dapat bergerak lagi. Pukulan terakhir ialah di leher penyerang.
23. Buah Keputusan Terlak
Buah ini sangat sesuai untuk menangkis serangan tangan kosong atau senjata pendek yang dilakukan secara tikaman dari luar. Ia mempunyai kaedah kuncian tangan yang istimewa, tangan penyerang akan dikunci yang kedudukannya akan menyebabkan seluruh anggota tidak boleh bergerak. Tangan penyerang juga boleh dipatahkan.
24. Buah Keputusan Lintau
Buah ini mempunyai kaedah tamparan yang akan memeranjatkan dan menggoyahkan badan penyerang. Sasaran pukulan terakhirnya ialah perut dan leher penyerang.
25. Buah Hempok
Istimewa untuk menghadapi serangan musuh yang ditujukan ke bahagian kepala, badan musuh akan dijatuhkan terlangkup,. Manakala kaki dan tangan dikunci kemas.
Bibliografi
Silat Cekak Hanafi (2005), Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia: Kuala Lumpur
wardatulsakinah- New Member
- Posts : 3
Join date : 2010-07-18
Location : kuala kangsar
Pembetulan
- Spoiler:
- "Penghayatan Pantun Silat Cekak Dalam Kehidupan"
Pantun biasanya digunakan untuk melafazkan buah fikiran dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Dengan gambaran yang cantik ini perkara yang dikatakan bertambah menarik hati orang yang mendengarnya. Dalam masa yang sama, karangan berangkap ini ialah karangan yang disusunkan dengan bahagian yang berkerat-kerat atau berbaris-baris, dan antara baris dengan baris itu biasanya berjodoh bunyi atau rentaknya atau isinya, serta kebanyakan menggunakan timbangan yang tertentu.
Dalam seni persilatan Silat Cekak Hanafi terdapat satu pantun yang merupakan hasil ciptaan Yang Mulia Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad. Tujuannya adalah untuk memberi gambaran serta melafazkan buah fikirannya kepada penuntut-penuntut Silat Cekak bahawa Silat Cekak lebih menekankan kepada pendidikan rohani dan jasmani yang tidak terkeluar dari landasan agama Islam. Dalam setiap rangkap pantun tersebut mempunyai maksud-maksud yang tersendiri yang ingin disampaikan berkaitan dengan seni persilatan. Pantun tersebut boleh dijadikan panduan serta teladan kepada penuntut seni persilatan ini.
Lahirnya Cekak kerana kesedaran,
Bukan bermusuh sebagai tujuan,
Untuk mendaulatkan seni kebangsaan,
Menyesuaikan dengan makna kemerdekaan.
Buktinya, dalam rangkap pertama lagi, Yang Mulia Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi seperti cuba memberi kesedaran mengenai tujuan mempelajari ilmu persilatan bukanlah untuk bermusuhan malah sebagai senjata bagi diri kita sendiri untuk menghadapi musuh yang mendatang. Apatah lagi dapat kita perhatikan sekarang ini pelbagai gejala jenayah yang sering berlaku di mana-mana sahaja. Tanpa adanya ilmu persilatan, perkara ini merupakan satu ancaman kepada kita. Dalam masa yang sama, tujuannya juga untuk mendaulatkan dan mengenegahkan kehebatan seni bela diri warisan masyarakat Melayu yang telah luput ditelan zaman.
Silat Cekak benar-benar asli,
Tidak bercampur hak luar negeri.
Hendaklah belajar bersungguh hati,
Untuk menjaga diri sendiri.
Manakala rangkap kedua pula menerangkan bahawa Silat Cekak ini adalah benar-benar asli dan tiada unsur-unsur yang percampuran antara seni bela diri masyarakat Melayu dengan seni bela diri dari luar. Di sini juga, kita sebagai penuntut perlulah belajar bersungguh-sungguh supaya ilmu yang kita pelajari menjadi salah satu ikhtiar kita dalam usaha melindungi diri kita daripada ancaman selain mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT semata-mata.
Silat Cekak amatlah mudah,
Bagi mereka yang mendapat hidayah.
Namun begitu hendaklah tabah,
Mudah-mudahan mendapat faedah.
Dalam rangkap ketiga seperti di atas, Silat Cekak Ustaz Hanafi merupakan suatu seni mempertahankan diri yang mudah, namun mempunyai pelbagai kehebatannya yang tersendiri tanpa disedari. Hanya bagi orang yang menuntut dan mengamalkannya sahaja yang dapat menghidu segala kehebatannya. Jadi kita mestilah tabah dalam menjalani atau mengharugi segala onak duri semasa menuntut ilmu persilatan ini untuk mengetahui segala kehebatan yang ada pada silat ini serta mendapat faedah-faedahnya sebagai bekalan pada masa hadapan.
Silat Cekak pada lahirnya,
Pengertian gerak pada batinnya.
Hendaklah mahir seluruh anggotanya,
Hendaklah jujur pada jiwanya.
Rangkap keempat menerangkan bahawa Silat Cekak pada segi zahirnya ialah pergerakan dimana pergerakan tersebut hanyalah berasaskan empat kaedah utama yang diasaskan daripada gerakan ketika solat. Manakala Silat Cekak dari segi batinnya hendaklah mempunyai kemahiran menggunakan keseluruhan anggota tubuh badan. Jika diamati, sekiranya kita diserang secara tiba-tiba tanpa ada sebarang senjata lain melainkan dua tangan dan dua kaki yang boleh digunakan untuk menangkis serang yang diberikan kepada kita. Oleh itu, kita mestilah belajar besungguh-sungguh serta bersikap jujurlah pada diri sendiri.
Taat ke Guru membawa berkat,
Sedikit belajar banyak yang dapat.
Jika menderhaka menjadi mudarat,
Semua ilmu tiada yang lekat.
Sebenar guru ada hakikat,
dikuat pula amalan syariat,
ditambah pula ilmu makrifat,
berpakaian pula dengan isyarat.
Pantun ini juga turut diselitkan dengan pantang larang Silat Cekak Ustaz Hanafi pada rangkap kelima, keenam dan ketujuh. Bagi rangkap kelima dan keenam, penuntut dinasihati supaya mentaati kepada semua guru-guru yang mengajar terutamanya guru ilmu persilatan ini. Hal ini kerana, guru akan berperanan menasihati dan memberitahu kita agar taat dan patuh pada Allah SWT dan RasulNya serta menghormati kepada ibu bapa. Sebagai penuntut, kita mestilah menghormati dan tidak menderhakai guru supaya ilmu yang dipelajari mendapat berkat dan tidaklah menggangu proses pencarian ilmu.
Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka
Manakala rangkap ketujuh pula menekankan pada pantang larang yang kedua dan ketiga iaitu menghormati dan mentaati ibu dan bapa. Menghormati kedua ibu bapa sudah sememangnya dituntut oleh agama bukan sahaja pantang larang untuk Silat Cekak. Dalam pantun ini menegaskan bahawa tidak boleh menderhakai ibu bapa. Hal ini akan mengakibatkan kita sebagai seorang anak itu tidak dapat mengidu bau syurga bahkan dicampakkan ke neraka di akhirat kelak sekalipun amalan . Di sini dapat dilihat bahawa menghormati ibu bapa sangat penting seperti firman Allah SWT bahawa redhaNYA terletak pada redha ibu bapa. Sekiranya ibu bapa kita redha pada kita maka Allah juga akan redha kepada kita.
Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.
Bagi kesimpulan, rangkap terakhir pantun ini merupakan amanat Ustaz Hanafi kepada kita sebagai penuntut ilmu persilatan ini supaya menjaga diri sendiri dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran kini. Di samping itu, kita diingatkan supaya menjaga hubungan dengan Maha Pencipta sekalian makhluk yang ada di bumi dan juga di langit serta menerima amanah yang diberikanNya dengan sebaik mungkin supaya Islam agama yang suci tertegak di seluruh alam. Seperti kata-kata ulama’ terkenal iaitu Hassan Hudaibi,iaitu “tegaklah Islam dalam diri masing-masing, barulah Islam akan tertegak keseluruhannya”.
nomasra- New Member
- Posts : 5
Join date : 2010-09-01
KERJA KURSUS INDIVIDU KO-CEKAK 2
NAMA: HASNOR IZZATI BINTI CHE RAZALI
NO MATRIK: D20091035119
STATUS:PEMBETULAN
NO MATRIK: D20091035119
STATUS:PEMBETULAN
- Spoiler:
- NAMA: HASNOR IZZATI BINTI CHE RAZALI
NO MATRIK: D20091035119
STATUS:PEMBETULAN
UKK 2241
SILAT CEKAK II
KERJA KURSUS INDIVIDU KO-CEKAK 2
NAMA : HASNOR IZZATI BINTI CHE RAZALI
NO.MATRIK : D20091035119
PROGRAM : PENDIDIKAN SAINS (AT16)
TENAGA PENGAJAR : ENCIK ROSLAN BIN MOHAMMAD
Soalan 1:
-Tuliskan Pantun Silat Cekak yang telah dikarang oleh Almarhum Ustaz Hj Hanafi Bin Hj Ahmad.
Jawapan:
Pantun Silat Cekak
Lahirnya Cekak kerana kesedaran,
bukan bermusuh sebagai tujuan,
untuk mendaulatkan seni kebangsaan,
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan.
Silat Cekak benar-benar asli,
tidak bercampur hak luar negeri,
hendaklah belajar bersungguh hati,
untuk menjaga diri sendiri.
Wajiblah menjaga diri sendiri,
menerima amanah Tuhan Rabbi,
supaya menjadi mukmin sejati,
demi menegak Islam yang suci.
Silat Cekak tersangatlah mudah,
bagi mereka yang mendapat hidayah,
sungguhpun begitu hendaklah tabah,
InsyaAllah mendapat faedah.
Silat Cekak pada lahirnya,
pengertian gerak pada batinnya,
hendaklah mahir seluruh anggota,
hendaklah jujur pada jiwanya.
Sebenar guru ada hakikat,
dikuat pula amalan syariat,
ditambah pula ilmu makrifat,
berpakaian pula dengan isyarat.
Taat ke guru membawa berkat,
sedikit belajar banyak yang dapat,
jika menderhaka menjadi mudarat,
semua ilmu tiada yang lekat.
Dua ibu bapa tak boleh derhaka,
besar jasanya kepada kita,
kalau menderhaka bahaya menimpa,
di akhirat kita masuk neraka.
Nukilan Oleh : Allahyarham Ustaz Hanafi Haji Ahmad
Soalan 2:
- Tulis sebuah esei bertajuk "Penghayatan Pantun Silat Cekak Dalam Kehidupan". Panjang esei adalah
sekitar 300-500 patah perkataan.
Jawapan:
Pantun SIlat Cekak yang telah dikarang oleh Allahyarham Ustaz Hanafi Haji Ahmad mempunyai banyak mutiara kata yang boleh dijadikan pedoman kepada semua pengamal Silat Cekak Hanafi. Silat merupakan salah satu ilmu pertahanan diri orang Melayu yang diwarisi sejak zaman berzaman. Berdasarkan rangkap pertama di dalam pantun hasil nukilan tersebut menceritakan bahawa lahirnya ilmu bela diri ini adalah bertujuan untuk mendaulatkan seni kebangsaan dan bukannya untuk bermusuh antara satu sama lain. Ini disebabkan, seni silat dapat melambangkan identiti orang Melayu di dalam sebuah negara yang telah merdeka.
Ilmu bela diri ini digunakan untuk menjaga diri daripada sebarang ancaman yang boleh membahayakan diri kita. Melalui rangkap kedua pantun Silat Cekak, Allahyarham Ustaz Hanafi yang merupakan pengasas kepada Silat Cekak Malaysia telah berpesan kepada semua pengamal silat cekak agar menuntut ilmu bela diri ini dengan bersungguh-sungguh agar ilmu tersebut dapat memberi manfaat kepada diri pada masa hadapan. Rangkap ketiga pula, memperjelaskan kepada kita tentang kewajipan menjaga keselamatan diri sendiri ke atas setiap insan yang bergelar khalifah Allah di muka bumi ini. Sesungguhnya, mukmin yang berani mampu membantu menegakkan agama Allah.
Rangkap seterusnya menerangkan bahawa pendidikan seni silat cekak merupakan ilmu gerak bela diri yang mudah dipelajari bagi pengamal yang benar-benar ingin menuntut ilmu tersebut. Oleh itu, pengamal perlulah berusaha di dalam mempelajari ilmu tersebut agar mendapat manfaat dan sesuatu yang berguna kepada diri sendiri. Ini menunjukkan bahawa setiap insan perlulah berusaha untuk mendapatkan sesuatu kebaikan ke atas diri mereka sendiri dan selebihnya berserah dirilah kepada Allah SWT agar kebaikan itu dapat dicapai dengan sempurna. Rangkap yang kelima pula menerangkan bahawa silat melibatkan zahir dan batin seseorang pengamal. Ilmu bela diri ini mampu mengekalkan jati diri seseorang insan dengan mendidik jiwa kita agar sentiasa ikhlas di dalam menuntut ilmu tersebut. Justeru, kejujuran serta keikhlasan amat penting di dalam menuntut ilmu persilatan supaya kemahiran yang diperolehi dapat dimanfaatkan.
Orang yang menghargai ilmu yang dipelajari sangat dicintai oleh Rasulullah SAW. Berdasarkan rangkap yang keenam dan ketujuh di dalam pantun Silat Cekak menekankan tentang kepentingan dan kelebihan seorang guru. Guru merupakan seorang insan yang lebih arif dan bijaksana. Mengikut Saidina Ali ra. sendiri pernah berkata : "Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat (sunat) dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapatlah suatu kekosongan dalam Islam yang tidak dapat ditutup selain oleh penggantinya atau orang yang berilmu juga". Oleh itu, janganlah kita sesekali menderhakai guru. Ini disebabkan situasi tersebut boleh mengundang kepada perkara yang akan merugikan diri sendiri. Antaranya ialah tidak dapat dan tidak tahu cara mengaplikasikan ilmu yang dipelajari tersebut di dalam kehidupan harian.
Taat dan patuh kepada ibu bapa juga merupakan elemen yang amat penting di dalam ilmu persilatan. Ini diperjelaskan di dalam rangkap terakhir pantun Silat Cekak. Di dalam Islam, orang yang menderhakai kedua ibu bapanya termasuk di dalam kategori dosa besar setelah mensyirikkan Allah, dan termasuk dalam kalangan ahli neraka. Kesimpulannya, pendidikan dalam seni Silat Cekak berupaya melahirkan anggota masyarakat yang saying dan prihatin akan diri, agama, bangsa dan Negara.
d035119- New Member
- Posts : 6
Join date : 2010-07-24
Location : KHAR
nurhazwani bt othman/ d20091035516/
NAMA : NURHAZWANI BT OTHMAN
NO MATRIK : D20091035516
NO MATRIK : D20091035516
- Spoiler:
SILAT CEKAK 2 (UKK2241/CUL2021)
NAMA PENSYARAH:
ENCIK ROSLAN BIN MOHAMAD
NAMA : NURHAZWANI BT OTHMAN
NO MATRIK : D20091035516
SEMESTER : 4
PROGRAM : ISMP SEJARAH (AT32)
TEL/HP NO : 014-5223668
SOALAN 1
1.1 Pantun silat cekak
Lahirnya Cekak kerana kesedaran
Bukan bermusuh sebagai tujuan
Untuk mendaulatkan seni kebangsaan
Menyesuaikan dengan makna kemerdekaan.
Silat Cekak benar-benar asli
Tidak bercampur hak luar negeri
Hendaklah belajar sesungguh hati
Untuk menjaga diri sendiri.
Wajiblah menjaga diri sendiri
Menerima amanah tuhan Rabbi
Supaya menjadi mukmin sejati
Demi menegak Islam yang suci
Silat Cekak tersangatlah mudah
Bagi mereka yang mendapat hidayah
Sungguhpun begitu hendaklah tabah
Insya Allah mendapat faedah.
Silat Cekak pada lahirnya
Pengertian gerak pada batinnya
Hendaklah mahir seluruh anggotanya
Hendaklah jujur pada jiwanya.
Sebenar guru ada Hakikat
Dikuat pula amalan Syariat
Ditambah pula Ilmu Maarifat
Berpakaian pula dengan isyarat.
Taat ke guru membawa berkat
Sedikit belajar banyak yang dapat
Jika menderhaka menjadi mudarat
Semua ilmu tiada yang lekat.
Dua ibu bapa tak boleh derhaka
Besar jasanya pada kita
Kalau menderhaka bahaya menimpa
Di akhirat kita masuk neraka
1.2 Penghayatan pantun silat cekak dalam kehidupan
pantun ini berkisah tentang ilmu mempertahankan diri iaitu silat cekak. Melihat kepada maksud cekak, cekak adalah kesanggupan, keupayaan dan rasa bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Tegasnya silat ini adalah seni silat yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri. Ahli silat cekak dilarang menggunakan ilmu persilatan yang ada untuk permusuhan tetapi lebih kepada mempertahankan atau menjaga keselamatan diri. Hal yang demikian kita dapat lihat dalam pergerakan yang terdapat dalam silat cekak iaitu ahli silat cekak hanya berdiri lurus menanti apa saja serangan daripada musuh dan tidak perlu mengelak ke kiri atau ke kanan. Ia bergerak di dalam satu gerak. Silat ini mempunyai pendirian, pegangan dan tujuannya yang tersendiri. Ahli silat cekak dilarang untuk bermegah-megah, sombong, menceroboh, mengikut nafsu dengan ilmu pertahankan diri yang dimiliki tetapi sebenarnya untuk menjaga diri, bangsa dan negara. Hal yang demikian, dalam kehidupan kita tidak boleh bermegah-megah atau sombong dengan apa yang kita miliki.
Daripada pantun silat cekak, kita dapat lihat bahawa silat cekak ini adalah silat yang benar-benar asli masyarakat Melayu. Ia tidak diambil daripada mana-mana ilmu persilatan yang ada. Hal yang demikian menunjukkan silat cekak benar-benar mengajar kita untuk mempertahankan bangsa iaitu bangsa Melayu seperti mana keaslian silat cekak ini. Kita diminta untuk belajar bersungguh agar daripada ilmu yang kita dapat, kita dapat mempertahankan diri sendiri daripada pelbagai ancaman musuh. Apabila kita dapat mempertahankan diri sendiri, secara tak langsung kita juga dapat mempertahankan agama. Hal yang demikian, sebelum kita hendak mempertahankan atau untuk menegakkan agama, kita hendaklah menegakkan diri sendiri dahulu atau memperbetulkan diri dahulu agar kita dapat menjadi mukmin atau mukminah yang sejati. Daripada pantun itu juga, kita dikatakan mendapat hidayah daripada Allah untuk mempelajari ilmu persilatan ini. Oleh itu, kita hendaklah tabah untuk mempelajarinya agar kita mendapat faedah daripadanya.
Pantun ini juga, menjelaskan bahawa kita hendaklah bersikap jujur pada diri sendiri iaitu melibatkan zahir dan batin. Hal yang demikian menunjukkan bahawa kita perlu yakin dan mempercayai diri sendiri dalam apa yang kita lakukan . Jangan merendah diri tetapi kita dilarang bermegah-megah. Oleh itu, kita dikehendaki menyeimbangi zahir dan batin dengan jujur pada diri sendiri. Di samping itu, bersikap jujur pada diri juga melatih kita supaya bersikap adil dalam semua hal tetapi yang paling penting kita perlu adil pada diri sendiri.
Daripada penghayatan pantun silat cekak, kita hendaklah menghormati dan taat pada guru. Hal yang demikian kerana untuk mendapat keberkatan kita hendaklah taat pada guru agar apa sahaja yang diajar oleh guru kita dapat terima dengan baik. Kita dilarang sama sekali menderhaka kepada guru kerana segala ilmu yang kita perolehi adalah daripada guru. Tanpa guru kita tidak akan berjaya. Hal yang demikian kita hendaklah menghormati guru walaupun usia guru itu lebih muda dari kita agar kita dapat keberkatan daripada Allah. Di samping itu juga, kita juga dilarang menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa kita kerana mereka banyak berjasa kepada kita dengan melahirkan, membesarkan serta memberi pendidikan agar kita menjadi seorang yang berguna. Dalam pantun ini, kita dilarang sama sekali menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa kita kerana sekiranya kita derhaka kepada ibu bapa kita akan mendapat balasan daripada Allah di akhirat kelak. Dan kita tidak akan tenteram, hidup bahagia malah kita akan dapat musibah di dunia ini. Hal yang demikian, segala apa yang kita pelajari tidak mendapat keberkatan daripada Allah.
Kesimpulannya, pantun silat cekak itu banyak memberi pengajaran kepada kita di mana kita perlu bersikap adil dalam diri, taat pada guru dan juga ibu pada agar kita mendapat keberkatan dalam apa sahaja yang kita lakukan. Daripada apa yang kita pelajari hendaklah bersungguh- sungguh agar ilmu yang kita perolehi itu dapat membantu diri sendiri dan juga dapat mempertahankan agama dan bangsa.
SOALAN 2
Senaraikan 20 buah peringkat jatuh serta pecahannya (jika ada) berserta gambar dan tuliskan pemakan bagi setiap buah-buah tersebut.
1.Buah Pertama
pergerakan untuk membuat buah pertama di mana pelipat dan tangan penyerang dikunci sementara khalkum, dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir.
2. Buah Keputusan Gayung Fatani Pecahan Pertama.
pergerakan untuk menghasilkan buah keputusan gayung fatani pecahan pertama iaitu bertindak terhadap penyerang yang menarik balik penumpuk untuk mengubah ke cara serangan yang lain. Ini akan mengakibatkan penyerang akan dijatuhkan, dikunci pelipat dan tangannya serta khalkum, dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir.
3. Buah Keputusan Gayung Fatani Pecahan Kedua
pergerakan untuk membuah buah keputusan gayung fatani pecahan kedua iaitu digunakan sekiranya musuh melangkah ke hadapan untuk menyerang semula dengan menggunakan kaki. Akibatnya penyerang akan dikunci pelipatnya.
4. Buah Keputusan Gayung Fatani Pecahan Ketiga
buah keputusan gayung fatani pecahan ketiga digunakan untuk menangkis musuh apabila musuh menggunakan kaki untuk menyepak rusuk atau paha pengamal. Akibatnya kaki penyerang akan dikunci dengan tangan dicelah kangkangnya dan pelipat kaki yang satu lagi dikunci rapat ke bumi.
5. Buah keputusan Gayung Fatani Pecahan Keempat
buah keputusan gayung fatani pecahan keempat digunakan untuk penyerang yang cuba turunkan badan ke bawah dengan niat untuk menyepak kaki pengamal. Akibatnya pelipat kaki dan tangan akan dikunci rapat. Ia juga untuk membuat pukulan dan kuncian pada gerakan kedua penyerang. Penyudahnya mengikut rentak lanjut pergerakan kedua penyerang tersebut.
6. Buah Keputusan Sendeng Atas
Buah keputusan sendeng atas yang dapat memeranjatkan penyerang dengan tangan dan rusuk menjadi sasaran. Matlamat terkhirnya ialah mengunci kaki dan tangan penyerang rapat ke bumi.
7. Buah Kilas Belakang
Buah kilas belakang yang dapat menjatuh dan mengunci sehingga hilang pertimbangan dan tidak dapat bergerak.
8. Buah Kilas Hadapan
buah kilas hadapan digunakan menangkis serangan tangan dari bawah termasuk layangan kerambit dan managkis serangan kaki yang ditujukan ke perut dan ke bawah. Buah ini akan mengakibatkan tangan penyerang dikunci berserta lehernya, manakala sasaran ialah dada dan muka.
9. Buah Kidong Kiri
Buah kidong kiri yang dapat digunakan untuk menangkis secara simbar dengan tangan dan kaki penyerang dikunci rapat.
10. Buah Kuntau Jatuh
Buah kuntau jatuh yang rapat menjauhkan penyerang secara cepat dengan kakinya dikunci kemas.sasaran terkhirnya ialah nyawa penyerang.
11. Buah Kuntau Kiri
Buah kuntau kiri adalah buah pantas yang dapat mengunci kaki dan tangan penyerang rapat penyerang rapat ke bumi dengan cepat. Sasaran terkhirnya ialah membuat penyerang memakan pasir.
12. Buah Kuntau Kiri Gantung
Buah kuntau kiri gantung yang akan menyebabkan keseimbangan lawan tergugat secara memeranjatkan. Kaki penyerang akan terkunci dan pemakan terakhirnya ialah tengkok penyerang.
13. Buah Kuntau Kanan Gantung
Dalam pergerakan buah kuntau kanan gantung , penyerang akan dikunci kakinya dengan kemas dan buah ini dapat mencabutkan kedua-dua sendi lengan penyerang.
14. Buah Hentak (Keputusan Silat Harimau)
Cara pergerakan buah hentak dilakukan dengan kaedah mudah yang dapat menjatuhkan dan mengunci rapat penyerang ke bumi dengan tiba-tiba. Pemakan terkhirnya ialah penyawa, dada dan muka.
15. Buah Ali Patah Atas
buah ali patah atas dapat mengunci kedua-dua tangan penyerang dengan sebelah tangan pengamal sahaja, manakala kaki penyerang akan terkunci rapat ke bumi. Penekanan terakhirnya ialah rusuk muda.
16. Buah Ali Patah Sudah
Kedua-dua pecahan Ali patah Sudah ini akan menyebabkan leher terkunci. Ia hanya akan sudah dengan penyerang terkejut akibat henjutan mudah.
17. Buah Selendang
Buah selendang akan menyelendangkan tangan penyerang secara kemas. Pemakannya yang terakhir ialah dada penyerang dan pematahan siku.
18. Buah Gari Pecahan Pertama
buah gari pecahan pertama dilakukan dengan leher penyerang akan dikunci kemas berserta dengan tangannya sekali. Kemudian diturunkan ke bumi dengan tangan masih terkunci. Pemakan yang terakhirnya ialah leher penyerang.
19. Buah Gari Gunting
kaedah buah gari gunting yang dapat mengacip leher penyerang dengan menggunakan kombinasi kaki dan tangan pengamal. Tangan penyerang juga dapat dikunci dengan kemas.
20. Buah Paras Pecahan Pertama
Dalam buah paras pecahan pertama, tamparan dan tetakan yang akan menyebabkan penyerang terperanjat dan hilang ingatan seketika. Tangan musuh dikunci dan siku pengamal menekan leher penyerang menyebabkan kesakitan yang amat sangat.
21. Buah Paras Pecahan Kedua
buah paras pecahan kedua dapat membuat penyerang hilang ingatan seketika. Ia mempunyai kuncian menyeluruh yang kemas dan seluruh anggota penyerang tidak dapat bergerak.
22. Buah Paras Pecahan Ketiga (Min Ha Min Dal)
buah paras pecahan ketiga akan menyebabkan penyerang hilang ingatan seketika. Tangan penyerang akan dikunci dengan menggunakan kaki, menyebabkan mereka tidak dapat bergerak. Sasaran terakhir akan dapat mematahkan sendi tangan penyerang.
23. Buah Keputusan Pasung Kemanga
Dalam buah keputusan pasung kemanga, tamparan yang terdapat dalam kaedah buah ini akan menyebabkan penyerang terperanjat dan jika bersenjata akan terlepas senjatanya. Tangan dan kaki penyerang akan dikunci kemas seolah-olah dipasung dan tidak dapat bergerak. Pukulan terakhir ialah di leher penyerang.
24. Buah Keputusan terlak
Buah keputusan terlak digunakan untuk menangkis serangan tangan kosong atau senjata pendek yang dilakukan secara tikaman dari luar. Ia mempunyai kaedah kuncian tangan yang istimewa,tangan penyerang akan dikunci yang kedudukanya akan menyebabkan seluruh anggotanya tidak dapat bergerak. Tangan penyerang juga boleh dipatahkan.
25. Buah Keputusan Lintau
Buah keputusan lintau mempunyai kaedah tamparan yang akan memeranjatkan dan menggoyahkan badan penyerang. Sasaran pukulan terakhirnya ialah perut dan leher penyerang.
26. Buah Hempok
Buah hempok mempunyai keistimewaan untuk menghadapi serangan musuh yang ditujukan ke bahagian kepala,badan musuh akan dijatuhkan. Manakala kaki dan tangan dikunci kemas.
nurhazwani othman- New Member
- Posts : 5
Join date : 2011-01-08
Page 1 of 2 • 1, 2
Similar topics
» sila post kerja kursus anda di thread ini..
» Soalan Kerja Kursus Individu Ko-Cekak 2
» Mohon buka semula thread.
» Tiada Topik Baru Untuk Hantar Assignment
» Ketahui Level Anda
» Soalan Kerja Kursus Individu Ko-Cekak 2
» Mohon buka semula thread.
» Tiada Topik Baru Untuk Hantar Assignment
» Ketahui Level Anda
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|