SILA POSTKAN ASSIGNMENT ANDA DAN PEMBETULAN SOALAN ESEI DI SINI
+21
wardatulsakinah
ash_deen89
sinar
Nurul Hidayah
d039070
yasmine
assifjiddan
Nur Iliyana Shafeai
Munirah Safiee
myra lyana ismail
dila
munirah
aishah
NOOR AKMANIAH BINTI ARWAE
mas
xuezubaidah
alina
d034862
Cik Nora
asyikin
eddie0611
25 posters
Page 2 of 2 • 1, 2
PEMBETULAN- BIBLIOGRAFI
NOOR AISHAH BINTI MOHAMAD SUDDIN
D20091035759
D20091035759
- Spoiler:
PEMBETULAN- BIBLIOGRAFI
NOOR AISHAH BINTI MOHAMAD SUDDIN
D20091035759
Soalan 1 :
Tuliskan Pantun Silat Cekak yang telah dikarang oleh Almarhum Ustaz Hj Hanafi Bin Hj Ahmad.
Kemudian tuliskan esei "Penghayatan Pantun Silat Cekak Dalam Kehidupan"
Pantun Silat Cekak
Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan
Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri
Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah
Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya
Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat
Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat
Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka
Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.
"Penghayatan Pantun Silat Cekak Dalam Kehidupan"
Kehidupan memerlukan kepada pemerhatian dan penghayatan dalam menilai sesuatu secara tersurat dan tersirat. Begitu juga dalam pantun Silat Cekak yang dikarang oleh almarhum Ustaz Hanafi Haji Ahmad yang mempunyai nilai dan maksud yang tersurat dan tersirat walaupun ayat-ayat yang digunakan mudah untuk difahami. Setiap rangkap ada pesanan dan nasihat yang ingin disampaikan dan menjadi panduan terutama bagi mempelajari silat cekak khususnya dan boleh dikongsi bersama untuk masyarakat umum.
Rangkap pertama : Silat Cekak Ustaz Hanafi merupakan salah satu seni mempertahankan diri dan warisan yang diwariskan oleh nenek moyang kita. Silat cekak adalah salah satu seni warisan Melayu yang masih dipelihara dan diamalkan sehingga kini. Walaupun negara kita telah bebas merdeka, aman, sentosa dan hidup dalam semangat 1 Malaysia, namun seni mempertahankan diri silat cekak masih dikekalkan dan diamalkan agar kita tidak lupa akan asal usul dan semangat pengorbanan datuk nenek moyang kita yang mempertahankan tanah air agar generasi mendatang tidak lupa diri dan tidak buta sejarah. Hal ini kerana sejarah mengajar kita erti pengorbanan dan penghargaan. Kemunculan silat cekak adalah berdasarkan prinsip dan kesedaran yang murni bukannya bertujuan untuk bermusuh dan mencari musuh serta mencari gaduh dengan orang lain. Oleh itu, tujuan dan prinsip silat cekak adalah lebih menekankan kepada mempertahankan diri dari pihak musuh atau pihak lawan. Setiap seni mempertahankan diri memiliki kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri.
Rangkap ke-2 menerangkan bahawa Silat cekak merupakan satu-satunya silat yang masih mengekalkan keaslian gerak geri dan keseniannya daripada bercampur dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri dari luar negeri seperti taekwando, kung fu, wusyu dan lain-lain. Hal ini kerana, seni pertahankan diri ini hanya menggunakan dua tangan dan dua kaki serta asas kedudukannya adalah seperti berdiri tegak umpama ingin menunaikan solat yang menjadi kelebihan silat cekak berbanding silat-silat warisan lain. Oleh itu, dalam menuntut ilmu silat cekak mahu pun ilmu-ilmu lain hendaklah belajar dengan kesungguhan hati serta ikhlas kerana tujuan untuk menjaga diri sendiri apabila ditimpa bahaya dari pihak musuh.
Rangkap ke-3 : Silat cekak Ustaz Hanafi sangatlah mudah untuk mempelajarinya. Namun haruslah ada kesungguhan dan keazaman yang tinggi untuk belajar serta niat yang ikhlas untuk menguasai ilmu silat ini khususnya dan juga ilmu-ilmu lain amnya. Bagi mereka yang mendapat hidayah amatlah beruntung dan mesti bersyukur kepada Allah s.w.t kerana hidayah yang diperolehi dalam mempelajari dan menguasai ilmu persilatan ini. Hal ini kerana tidak semua yang belajar mendapat hidayah dan ada juga yang lambat mendapat hidayah yang menyebabkan tempoh untuk menguasainya akan mengambil sedikit masa berbanding yang mendapat hidayah. Oleh itu, kita hendaklah sabar dan tabah dalam mengharungi ujian dan cabaran yang bakal dihadapi sebelum, semasa dan selepas mempelajari ilmu silat cekak kerana insyaAllah kita akan memperoleh faedah dan hasilnya kelak.
Rangkap ke-4: Dalam mempelajari dan menguasai ilmu persilatan, silat cekak ini merangkumi zahir dan batin. Hal ini kerana silat cekak adalah pada lahirnya atau zahirnya merujuk kepada pergerakan anggota badan dan pengertian gerak silat cekak pada batinnya yang melibatkan keikhlasan dan keazaman dalam menguasai seni persilatan. Oleh itu, seseorang itu hendaklah mahir seluruh anggota dan hendaklah jujur dan ikhlas pada niat atau jiwanya.
Rangkap ke-5 : Setiap perkara ada garis panduan yang mesti diikuti selagi tidak bertentangan dengan syariat dan hukum taklifi yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. Silat Cekak Ustaz Hanafi telah menggariskan lima pantang larang yang mesti ditaati iaitu
1. Tidak boleh derhaka kepada guru
2. Tidak boleh derhaka kepada ibu
3. Tidak boleh derhaka kepada bapa
4. Tidak boleh bergaduh sesama ahli
5. Tidak boleh mencaci silat Melayu yang asli
Pertamanya, kita mestilah taat kepada guru selagi tidak menyeleweng kerana guru membawa keberkatan dengan izin Allah. hal ini kerana, apabila keberkatan wujud pembelajaran menjadi mudah dan walaupun sedikit kita belajar tetapi banyak yang kita dapat. Namun, jika kita menderhaka kepada guru akan menjadi mudarat kepada kita kerana semua ilmu yang kita pelajari susah dihadam dan melekat pada jiwa kerana keberkatan sudah hilang atau tiada lagi mengiringi semasa menuntut.
Rangkap ke-6 :Selain daripada itu juga, guru merupakan insan yang mulia disisi Allah dan juga manusia. Hal ini kerana Rasulullah s.a.w ada menyatakan bahawa Allah mengangkat darjat orang-orang berilmu beberapa darjat iaitu dari segi kehormatan, kemuliaan, ketinggian ilmu dan pahala yang berterusan walaupun sudah meninggal dunia. Dalam mengajarkan silat cekak ada dikuatkan pula dengan amalan syariat yang menekankan perihal solat kerana pergerakan silat cekak adalah aplikasi daripada pergerakan solat. Tambahan pula, dalam pergerakan solat ada ilmu makrifat iaitu mengenal Allah iaitu menginsafi bahawa kita seorang hamba yang lemah yang hanya diberi kekuatan oleh Allah dengan hidayah dan keizinan Allah s.w.t. Manakala dalam berpakaian pula dengan isyarat membawa erti mengikut syarat dan batasan agama Islam yang telah digariskan.
Rangkap ke-7 : Pantang larang dalam menuntut ilmu dan menguasai ilmu silat cekak juga meletakkan agar kita tidak menderhakai kedua ibu bapa kita kerana tanpa mereka kita tidak akan lahir di dunia ini dan pengorbanan dan jasa mereka amat besar untuk kita. Hal ini demikian kerana merakalah yang mengandungkan, melahirkan, menyusukan, membesarkan, mendidik dan mengasuh serta memberi keperluan-keperluan yang yang menjadi hak kepada kita. Namun pantang larang ini bukanlah diwajibkan dalam silat cekak tetapi ia adalah aplikasi daripada tuntutan agama yang menjadi fardu ain kepada kita kerana Allah telah memerintahkan kita agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita selagi mereka tidak bertentangan dengan syariat yang Allah gariskan. Selain itu, kita juga diingatkan dengan balasan bagi sesiapa yang menderhakai ibu bapa akan ditimpa bahaya di dunia dan di akhirat kelak ditempatkan di neraka. (nauzubillah). Oleh itu, kita mestilah sentiasa berbuat baik dan menghormati mereka kerana redha Allah terletak pada keredhaan ibu bapa kita.
Rangkap akhir pantun silat cekak memberi peringatan kepada kita akan kewajiban menjaga diri adalah merupakan amanah Tuhan Rabbi ke atas setiap hambanya daripada bahaya dari musuh dan juga jangan terjerumus dalam kancah maksiat serta menjaga keimanan dan kemuliaan agama Islam. Kewajiban menjaga diri ditekankan kerana menjaga maruh diri yang saling berkaitan dengan maruah agama, bangsa dan negara dan supaya kita menjadi mukmin sejati yang mengamalkan suruhan dan meninggalkan larangan serta berpegang teguh pada ketauhidan kepada Allah dan Rasulullah pesuruh Allah yang merupakan asas dalam menegakkan Islam yang suci.
Kesimpulannya, dalam menuntut ilmu mestilah kita mengikhlaskan diri dan bersungguh-sungguh dalam menuntut sesuatu ilmu. Selain itu kita mestilah berpegang pada kalimah tauhid kerana daripada itulah lahirnya suruhan agar kita mentaati dan menghormati kedua ibu bapa dan juga guru kerana keberkatan juga berkait dengan mereka. Apabila kita mempelajari dan seterusnya menguasai silat cekak jangan kita menyalahguna untuk mencari gaduh dan mencaci silat-silat Melayu lain.
SOALAN 2.
Peringkat buah jatuh merupakan sambungan kepada peringkat buah asas. Apabila penuntut telah mahir membuat buah-buah asas maka ia memudahkan mereka membuat buah-buah jatuh.
Antara 20 buah peringkat jatuh ialah
1. Buah Pertama
Pada buah ini, pelipat dan tangan penyerang dikunci sementara khalkum, dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir
2. Buah Keputusan Gayung Fatani
Terdapat empat pecahan bagi buah jatuh. Satu untuk bertindak terhadap penyerang yang menarik balik penumbuk untuk dikunci mengubah ke cara serangan yang lain. Ini akan mengakibatkan penyerang akan dijatuhkan, dikunci pelipat dan tangannya serta khalkum, dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir.
3. Keputusan Gayung Fatani Pecahan Pertama
untuk bertindak terhadap penyerang yang menarik balik penumpuk untuk mengubah ke cara serangan yang lain. Ini akan mengakibatkan penyerang akan dijatuhkan, dikunci pelipat dan tangannya serta khalkum, dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir.
4. Keputusan Gayung Patani Pecahan Kedua
Buah pecahan kedua pula digunakan sekiranya musuh melangkah ke hadapan untuk menyerang semula dengan menggunakan kaki. Akibatnya penyerang akan dikunci pelipatnya.
5. Keputusan Gayung Patani Pecahan Ketiga
digunakan untuk menangkis musuh apabila musuh menggunakan kaki untuk menyepak rusuk atau paha pengamal. Akibatnya kaki penyerang akan dikunci dengan tangan dicelah kangkangnya dan pelipat kaki yang satu lagi dikunci rapat ke bumi.
6. Keputusan Gayung Fatani Pecahan Keempat
Pecahan keempat pula untuk penyerang yang cuba turunkan badan kebawah dengan niat untuk menyepak kaki pengamal. Akibatnya pelipat kaki dan tangan akan dikunci rapat. Sebagai kesimpulan keputusan buah gayung fatani ini ialah membuat pukulan dan kuncian ada gerakan kedua penyerang. Penyudahnya mengikut rentak lanjut pergerakan kedua penyerang tersebut.
7. Buah Keputusan Sendeng Atas
Buah ini merupakan buah yang dapat memeranjatkan penyerang dengan tangan dan rusuk menjadi sasaran. Matlamat terakhirnya ialah mengunci kaki dan tangan rapat ke bumi.
8. Buah Kilas Belakang
Buah ini merupakan buah yang dapat menjatuh dan mengunci sehingga hilang pertimbangan dan tidak dapat bergerak.
9. Buah Kilas Hadapan
Buah yang dapat digunakan untuk menangkis serangan tangan dari bawah termasuk layangan kerambit dan menangkis serangan kaki yang ditujukan ke perut dan ke bawah. Buah ini akan mengakibatkan tangan penyerang dikunci beserta lehernya, manakala sasaran terakhirnya ialah dada dan muka.
10. Buah Kidong Kiri
Buah yang dapat digunakan teristimewa untuk menangkis serangan secara simbat, dengan tangan dan kaki penyerang dikunci rapat.
11. Buah Kuntau Jatuh
Buah yang dapat menjatuhkan penyerang secara cepat dengan kakinya dikunci kemas. Sasaran terakhirnya ialah nyawa penyerang.
12. Buah Kuntau Kiri
Buah pantas yang dapat mengunci kaki dan tangan penyerang rapat ke bumi dengan cepat. Sasaran terakhirnya ialah membuat penyerang memakan pasir.
13. Buah Kuntau Kiri Gantung
Buah yang akan menyebabkan keseimbangan lawan tergugat secara memeranjatkan. Kaki penyerang akan terkunci dan pemakan akhirnya ialah tengkuk penyerang
14. Buah Kuntau Kanan Gantung
Penyerang akan dikunci kakinya dengan kemas dan buah ini dapat mencabutkan kedua-dua sendi lengan penyerang.
15. Buah Hentak ( Keputusan Silat Harimau )
Kaedah mudah yang dapat menjatuhkan dan mengunci rapat penyerang ke bumi dengan tiba-tiba. Pemakan terakhirnya ialah penyawa, dada dan muka.
16. Buah Ali Patah Atas
Buah ini dapat mengunci kedua-dua tangan penyerang dengan sebelah tangan pengamal sahaja, manakala kaki penyerang akan terkunci rapat ke bumi. Penekanan terakhirnya ialah rusuk muda.
17. Buah Ali Patah Sudah
Kedua-dua pecahan ali patah sudah ini akan menyebabkan leher lawan terkunci. Ia hanya akan sudah dengan khalkum penyerang terjerut akibat henjutan mudah.
18. Buah Selendang
Buah ini akan menyelendangkan tangan penyerang secara kemas. Pemakannya yang terakhir ialah dada penyerang dan pematahan siku.
19. Buah Gari Pecahan Pertama
Leher penyerang akan dikunci kemas beserta dengan tangannya sekali. Kemudian diturunkan ke bumi dengan tangan masih terkunci . pemakan yang terakhir ialah leher penyerang.
20. Buah Gari Gunting
Kaedah yang dapat mengacip leher penyerang dengan menggunakan kombinasi kaki dan tangan pengamal. Tangan penyerang juga dapat dikunci kemas.
21. Buah Paras
i. Buah Paras Pecahan Pertama
Tamparan dan tekaan yang akan menyebabkan penyerang terperanjat dan hilang ingatan seketika. Tangan musuh dikunci dan siku pengamal menekan leher penyerang menyebabkan kesakitan yang amat sangat.
ii. Buah Paras Pecahan Kedua
Buah ini dapat membuatkan penyerang hilang ingatan seketika. Ia mempunyai kuncian menyeluruh yang kemas dan seluruh anggota penyerang tidak dapat bergerak.
iii. Buah Paras Pecahan Ketiga
Buah ini juga akan menyebabkan hilang ingatan seketika. Tangan penyerang akan dikunci dengan menggunakan kaki, menyebabkan mereka tidak dapat bergerak. Sasaran terakhir akan dapat mematahkan sendi tangan penyerang.
22. Buah Keputusan Pasung Kemanga
Tamparan yang terdapat dalam kaedah buah ini akan menyebabkan penyerang terperanjat dan jika bersenjata akan terlepas senjatanya. Tangan dan kaki penyerang akan dikunci kemas seolah-olah dipasung dan tidak dapat bergerak lagi. Pukulan terakhir ialah di leher penyerang.
23. Buah Keputusan Terlak
Buah ini sangat sesuai untuk menangkis serangan tangan kosong atau senjata pendek yang dilakukan secara tikaman dari luar. Ia mempunyai kaedah kuncian tangan yang istimewa, tangan penyerang akan dikunci yang kedudukannya akan menyebabkan seluruh anggota tidak boleh bergerak. Tangan penyerang juga boleh dipatahkan.
24. Buah Keputusan Lintau
Buah ini mempunyai kaedah tamparan yang akan memeranjatkan dan menggoyahkan badan penyerang. Sasaran pukulan terakhirnya ialah perut dan leher penyerang.
25. Buah Hempok
Istimewa untuk menghadapi serangan musuh yang ditujukan ke bahagian kepala, badan musuh akan dijatuhkan terlangkup,. Manakala kaki dan tangan dikunci kemas.
Bibliografi
Silat Cekak Hanafi (2005), Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia: Kuala Lumpur
anaaishah suddin- New Member
- Posts : 5
Join date : 2011-02-11
Page 2 of 2 • 1, 2
Similar topics
» sila post kerja kursus anda di thread ini..
» Soalan Kerja Kursus Individu Ko-Cekak 2
» Mohon buka semula thread.
» Tiada Topik Baru Untuk Hantar Assignment
» Ketahui Level Anda
» Soalan Kerja Kursus Individu Ko-Cekak 2
» Mohon buka semula thread.
» Tiada Topik Baru Untuk Hantar Assignment
» Ketahui Level Anda
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|